Thursday 13 October 2016

TADABUR SURAH AL KAHFI : AYAT 1

    REFLEKSI SURAH AL KAHFI  (18) : AYAT 1
18: 1 | 39: 1-2 |  40:2| 42:1-3| 46:1-2| 17: 105| 27:6
Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)

Rujukan Tafsir Al Azhar, Hamka:
1)      Ayat pertama ini intipatinya adalah tauhid kepada Allah
2)      3 komponen utama dalam ayat ini iaitu Allah, hamba dan Kitab Al quran.
3)      Allah telah memberi petunjuk kepada manusia dengan penurunan kitab Al quran melalui rasulnya.
4)      Subhanallah, jika tiada Al quran sudah pasti manusia tersesat.
5)      MashaAllah, jika tiada rasul saw sebagai mualim (guru) untuk mengajarkan kitab tersebut, sudah pasti tidaklah berfaedah penurunan kitab tersebut.
6)      Maka, harus difahami ayat 1 surah Al kahfi ini bahawa yang patut menerima segala pujian bukanlah Al quran itu tetapi Allah yang mengirimkan kitab Al quran. Dan juga bukan rasul kerana beliau juga merupakan hamba kepada dari Allah.
7)      Jelaslah, yang patut menerima pujian adalah pencipta Al quran dan rasul iaitu Allah.
8)      Aspek penting adalah kitab yang diturunkan ini  tidak bengkok dan menyeleweng dari kebenaran.

Allahu Akbar, begitu indah sekali permulaan surah Al kahfi ini, ia menggambarkan akidah yang jelas sewajarnya dimiliki orang beriman iaitu pujian kepada Allah yang memberi nikmat yang terbesar iaitu:
1)      Al quran;
2)      Rasul saw.
Subhanallah. Kedua-dua ini Allah utuskan sebagai petunjuk dan jalan untuk mengenal Allah.
Maka, aku bertanya pada diri, Allah telah menurunkan permata yang begitu bernilai iaitu Al quran, adakah aku bersungguh-sungguh mendalaminya?
Adakah ia merupakan rujukan utama bagi diri ini jika diuji dengan masalah?
Atau aku memilih sumber rujukan “secondary” , buku-buku lain mendahului Al quran?
Sedangkan Allah telah bersumpah bahawa Al quran ini tidak bengkok.
Ditegaskan di dalam (2:2) “Kitab yang tiada keraguan bagi orang yang bertakwa”.
Aku sudah berkali-kali melalui ayat ini, membaca berulang kali, namun adakah aku benar-benar beriman dengan ayat ini?

Ayuh, diri bangkitlah dari tidur yang lena dan dunia yang mengasyikkan, ayuh telusuri kalam Allah yang penuh hikmah, ibrah dan pengajaran.

39: 1
Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
39: 2
Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.

Kefahaman:
1)      Allah yang maha kuasa dan bijaksana yang menurunkan Al quran
2)      Allah bersumpah bahawa segala ayat-ayat di dalam quran adalah benar samada telah berlaku,sedang berlaku dan akan berlaku.
3)      Makan pelan tindakan adalah pengabdian hanya pada Allah dan dibuktikan dengan amal soleh dilakukan kerana Allah.

40: 2 & 46 : 2
Turunnya Al-Quran ini dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;

Ayat ini diatas juga diulang di dalam surah 46 (Al ahqaf): ayat 2

Kefahaman:
1)      Subhanallah, penegasan bahawa Al quran ini diturunkan oleh Allah yang sifatnya maha berkuasa dan mengetahuai.

17: 105
Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan Al-Quran, dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar).

Kefahaman dan tadabur:
1)      Subhanallah, Allah menegaskan penurunan Al quran ini adalah membawa kebenaran.
2)      Rasul diutuskan untuk menyampaikan risalah yang benar ini.
3)      Antara tujuan al quran diturunkan adalah sebagai membawa berita gembira dan peringatan.

27: 6
Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) diberikan menyambut dan menerima Al-Quran dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

Kefahaman:
1)      Ayat yang menjelaskan Allah yang maha bijaksana dan maha mengetahuai menurunkan Al quran kepada Rasul.

I’m speechless.

Dengan satu ayat Al quran, Allah menjelaskan berkenaan Aqidah, iaitu Allah menurunkan Al quran kepada manusia melalui Rasul saw.

Allah memberi jaminan 100% yang ia tidak akan bengkok.
Dalil sudah jelas? Tanya pada hati dan diri adakah aku benar-benar telah beriman?

Action Plan:
1)      MashaAllah, Al quran kitab yang mengandungi semua ilmu pengetahuan yang perlu dipelajari dengan sungguh-sungguh. Why?
2)      Kerana ia diturunkan oleh rabb kita, Allah yang maha mengetahuai, maha bijaksana.
3)      Tidak cukup ayat tersebut untuk melahirkan keyakinan?
4)      Barangsiapa yang berpegang pada Al quran dan sunnah tidak akan sesat.
5)      Percayalah kita perlu memahami ajaran Islam yang benar adalah melalui pintu Al quran.

#lawyerdesignwithquran
#13Muharam1438H
#rujukantafsirhamka &rlq-peta quran








No comments:

Post a Comment