Thursday 15 December 2011

BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR =)

Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”
Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan  agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.
Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.
Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.
Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”
Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja.
Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?
Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.”
Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.
Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.
Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita.


SHARE FROM :USTAZ PAHROL =)

DI MANA DIA DIHATIKU ?

TANYA DIRI KITA DI MANA ALLAH DIHATI KITA?
JIKA KITA JAGA HAK-HAK ALLAH .MISALNYA :SOLAT DI AWAL WAKTU, PUASA ,MENDAHULUKAN ALLAH DALAM SETIAP PERKARA, I.ALLAH ,ALLAH AKAN MUDAHKAN URUSAN KITA. BUKANKAH ALLAH YG MENGURUSKAN SEGALA URUSAN DI LANGIT & DI BUMI.


KEPADA SIAPA LAGI KITA MAHU BERHARAP,JIKA BUKAN PADA ALLAH.KERANA ALLAH AKAN MEMBERI TANPA DIPINTA.CONTOHNYA,NIKMAT OKSIGEN YANG KITA SEDUT HARI-HARI DIBERI SECARA FREE TANPA DIPINTA,NIKMAT BANGUN SELEPAS TIDUR, NIKMAT BERJALAN,MELIHAT,MERASA.SEMUANYE,ALLAH BERI TANPA DIPINTA. JADI ,NIKMAT TUHAN MANA YANG KAMU DUSTAKAN?SURAH AR-RAHMAN...

BERBANDING DENGAN MANUSIA YANG HANYA MEMBERI SETELAH DIPINTA.TERDAPAT JUGA MANUSIA YANG MENGHARAPKAN BALASAN SETELAH MEMBERI.TETAPI ALLAH MAHA LUAS RAHMATNYA,MAHA BESAR KASIH-SAYANGNYA.CUMA KITA SAHAJA LUPA,LEKA & LALAI DENGAN NIKMAT YG DIBERIKAN HINGGA LUPA MENGUCAP SYUKUR.

JOM TANYA DIRI,DI MANA ALLAH DI HATI KITA?ADAKAH SETIAP TINDAKAN,PERLAKUAN ,PERKATAAN DIMULAKAN DENGAN KACA MATA AKHIRAT???ADAKAH HAK-HAK ALLAH DIBERI PRIORITI  DALAM KEHIDUPAN?

Tuesday 25 October 2011

Student University : kurangkan 3K

 "Peluang adalah EMAS, Kesibukan adalah BERKAH, tidak dapat mengaturkan waktu adalah BENCANA"

Imam Hassan Al-Banna : Kewajipan adalah besar dari waktu.

Kita sering mengadu tidak cukup masa, sibuk dengan asignment. bz dengan presentation, test,quiz,mid-term,& research.But actually, masa mencukupi tapi cara kita menggunakannya x betul.

Cuba tanya diri kita,bila ada masa lapang, kita buat apa?melayan facebook berjam-jam? tengok cerita korea yang bersiri-siri ?tengok wayang ?chatting x tentu masa?terlebih masa tido ?

Jadi ,jom kita check diri kita....ada x kita habiskan byk masa dengan 3K??atau hidup kita hanya berkisar dengan 3K jer seharian.....itulah kitaran kita.
 
KAFE : banyak masa dihabiskan di kafe.chatting....lunch or dinner sampai 2-3 jam

KOMPUTER : berapa banyak masa dihabiskan dpn laptop.kita buat apa?layan FB ?download movies?ada x kita ambil masa baca issue PALESTIN , SOMALIA ,ISU UMMAT ISLAM..

KATIL : calculate berapa lama kita tido..

Saya  mengingatkan diri saya dan sahabat pembaca ,betapa ruginya kita sebagai student university kalo masa kita banyak habis dengan 3K ini tanpa ada masa diperuntukkan untuk menghadiri majlis ilmu..

Maka kita kena balancekan masa kita kepada 3...

1) Keimanan = chargekan diri setiap minggu hadiri program yang boleh tingkatkan keimanan kita kepada Allah,beri kefahaman kepada islam...Bateri hp kena charge,setiap hari kan.kalo x ,ia x boleh berfungsi..no function at all.seperti kita juga la,kalo x charge iman, sure jadi mayat hidup..

2) Ilmu agama = lengkapkan diri dengan ilmu agama.peruntukkan masa hadiri halaqah,usrah...ambil peduli Isu ummat...jangan hanya fikir diri sendiri sahaja.. "Bukankah orang yang berguna itu adalah orang yang memberi manfaat kepa orang lain "..

3) Carrier life = kena hadiri lecture,tutorial...prepara for our carrier life.Jangan jadi student yang malas,suka ponteng kuliah, meniru dalam exam,copy paste assignment..bagaimana Ummat islam nak berjaya & ke hadapan jika generasi Y ini malas..

Jadi, bagi saya kita kena pandai balance kn diri dengan 3 perkara. Develop ourself from now to become professional mukmin.Jika jadi lawyer,jadilah lawyer beriman.So,macam mana nak jadi lawyer beriman?ia perlukan ilmu.Thats why kita kena attend majlis ilmu.Bukan sekadar hadiri kuliyyah kos yang kita ambil sahaja.

Maka, saya menyeru diri saya & sahabat pembaca,jom prioritize kan aktiviti yang perlu diberi keutamaan.....

This is because our ultimate purpose is :SYURGA....jadi jom bertindak sebagai ahli Syurga.Niatkan setiap tindakan hanya untuk cari redha  ALLAH  & kejar  SYURGA ALLAH..

Biarlah siapa kita,apa pekerjaan kita.lawyer,arkitek,engineer,doctor,ustazah,pekerka kerajaan ,pekerja swasta,anda adalah duta kepada Islam.Sekurang-kurangnya, baikilah diri, tunjukkan peribadi mulia dalam setiap tindakan untuk tunjukkan betapa INDAHNYA ISLAM ITU.

Mulakan dari diri kita dulu =)

Sunday 23 October 2011

Aurat Wanita : Apa Sudah Jadi ?

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-
"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"
Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.
" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.
Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"
"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.
"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.
" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.
"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.
" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.
"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"
"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.
"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"
"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.
Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.
BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?
Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.
Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)
Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.
Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)
Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.
BANTAHAN KAUM WANITA
"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.
"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.
"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.
"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"
"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.
"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.
"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya
"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"
PENGALAMAN MENUMPANG KE MASJID
Saya masih ingat, dalam perjalanan ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah Masjid di Ibu Negara. Pejabat saya di Jalan Sultan Ismail dan pada hari tersebut saya menumpang kereta seorang rakan. Bersama kami  beberapa rakan sekerja yang lain. Tiba-tiba semasa berada di lampu trafik, tiba-tiba suasana dalam kereta agak bising dengan bunyi..uiiiii..oii...peh..mengancam...dan sebagainya, diikuti dengan kata-kata :
"Astaghfirullah..korang ini teruk betul la, kan ustaz ada dengan kita ini.." Kemudian "disambut dengan kata rakan di belakang, ye la..ini la yang bagus kita pergi masjid dengan ustaz, terjaga sikit"
Anda tentu dapat menggagak apa yang dilihatnya? Alhamdulilllah saya tidak sempat melihat apa-apa kerana sedang membelek pelbagai mesej soalan hukum hakam tertunda yang memenuhi telefon bimbit saya. Bila saya tanya, kenapa? dengan malu-malu mereka menyalahkan sesama sendiri akibat ‘gatal mata' melihat skirt-skirt pendek wanita KL, samada wanita Melayu mahupun Cina disekitar kawasan segitiga emas itu.
Cuba bayangkan, perasaan lelaki-lelaki ini. Mereka dalam perjalanan ke masjid, semuanya juga telah berumah tangga, tapi nafsu masih teransang apabila didedahkan kepada permandangan seperti itu. Jahatkah mereka?
"Gatal dan dah miang sangat kot orang lelaki ni, memang teruk mereka ni, tak sangka, harap suami kita tak macam ni" mungkin itulah yang akan dikatakan oleh sebahagian besar pembaca wanita sekarang ini. 
Tapi itulah cabaran terbesar lelaki wahai kaum wanita, iaitu ANDA, wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..
"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..."
Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : "Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )
ANTARA LAWAK & HUKUM
Saya juga masih ingat, sewaktu di tempat lama, rakan-rakan sepejabat sering kali apabila mereka terlihat aurat wanita sebegini akan disebut .. "tak pe ustaz kan, pandangan pertama tak berdosakan?". Sedih saya melihat sikap sebahagian umat Islam hari ini yang kerap mempermainkan hukum hakam akibat kejahilan mereka.
Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a.
Apabila ia adalah sebuah hukum, maka adalah tidak harus sama sekali sesiapa juga mempermainkan apa jua berkaitan dengannya. Nabi SAW bersabda :-
ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب
Ertinya : " Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat" ( Riwayat Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 2988)
 Inilah Yang Kerap Kita Lihat, Adakah Nabi SAW Tersenyum Melihat Wanita Yang Mengaku Ummatnya Menutup Aurat Sebegini?
KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.
Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.
Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.
Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.
Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya. 
Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.
Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.
"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)
 Ini lebih diredhai di mata Rasulullah SAW
Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.
Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini
Larangan Nipis
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)
Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.
Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
يرحم الله المتسرولات
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)
TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-
" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)
Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-
a)       Perbezaan dengan binatang.
Allah SWT berfirman :
" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)
Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.
b)       Agar kaum wanita tidak disakiti
Ia berdasarkan ulasan yang telah saya buat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.
c)        Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.
Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »
Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »
d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam. Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu. Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar. Semua menjaga ‘standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak beruniform.
Justeru, Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia. Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu ‘standard'  pemakaian yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan logik aqal manusia yang sihat.
e)       Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.
Saya kira hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)
DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.
"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu"  (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.
"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"
Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"
Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.
Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.
Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :
إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار
Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar,  8/632, no 3920 )
Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.
Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW
من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً
Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.
Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ;  Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman 

TAHSIN SOLAT

"JANGAN BERMIMPI UNTUK ISLAM MENANG SELAGI BILANGAN MEREKA SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID TIDAK SERAMAI MEREKA YANG DATANG UNTUK SOLAT JUMAAT...
(MOSHE DAYAN,JENERAL TENTERA YAHUDI DAN BEKAS MENTERI PERTAHANAN ISRAEL)

Renung-renungkanlah.Bagaimana kita hendak perangi Israel laknatullah jikalau tidak mampu solat berjemaah.Jangan hanya pandai berkata-kata, berdemonstrasi di jalanan tapi gagal bermujahadah untuk melawan hawa nafsu.Gagal bangkit menunaikan solat subuh berjemaah.Bangkitlah wahai kaum muslimin & muslimat.Jangan enak dibuai mimpi.Kekuatan ummah hanya boleh disatukan jika kita betul-betul menjaga solat jemaah.

1 solat berjemaah = 27 solat sendiri
1 tahun solat berjemaah = 27 tahun solat bersendirian
10 tahun solat berjemaah = 270 tahun solat bersendirian
30 tahun solat berjemaah =810 tahun solat bersendirian.

Subhanallah ....indahnya islam..

"BARANG SIAPA SOLAT ISYAK BERJEMAAH MAKA SEOLAH-SEOLAH DIA TELAH SOLAT SETENGAH MALAM ,BARANGSIAPA SOLAT SUBUH BERJEMAAH ,MAKA SEOLAH-OLAH DIA TELAH MELAKSANAKAN SOLAT MALAM SATU MALAM PENUH ." (HADIS RIWAYAT MUSLIM)...

Subhanallah, betapa sayangnya ALLAH kepada hambanya.Namun hambanya, yang gagal memahami & tidak merebut peluang.

Jangan harap umat islam akan berjaya,maju ke hadapan, mampu mengalahkan israel ,JIKALAU solat berjemaah tidak mampu dijaga.Wahai kaum muslimin & muslimat, jangan hanya padai mengkritik & memprotes tetapi tiada tindakan mampu dilaksanakan.Buktikan,kamu sayangkan Islam, kamu mahu Islam dipandang tinggi, kamu mahu agama Islam dihormati.Lakukan dengan bermula dari dirimu..
Jaga waktu solat mu.Wahai kaum rijal ,bagaimana kamu mahu memimpin keluarga jika dirimu tidak terjaga.Solat berjemaah pada waktunya,tidak mampu ditunaikan.PUT ALLAH AS PRIORITY IN YOUR LIFE.

Alhamdulilah,diberi kesempatan oleh ALLAH menghadiri kursus TAHSIN  SOLAT  di uia gombak.Banyak input-input & ilmu baru dipelajari.Satu persoalan yang saya nak kongsi disini ....Bagaimana nak dapat Khusyuk dalam solat ?????
My only answer to this question ,faham apa yang kita baca dalam solat. cuba ambil masa memahaminya...Kemudian kita akan dapat 'feel". kita merintih dan merayu dalam solat. Bak kata ustaz kalo kita nak layan habis /feel sesuatu lagu tu, kita kena faham dulu maksud lagu itu.Maksud tersirat & tersurat. Saya menyeru diri saya & sahabat pembaca, jom kita faham dulu semua bacaan dalam solat. Then,I.allah  kita akan dapat rasa nikmatnya,bestnyer solat. Subhanallah.Ya Allah,berikanlah aku kekhusyukan dalam solat & rasa manisnya bersolat.

"sampaikanlah walaupun satu ayat ".
Ya Allah terimalah segala amalanku ikhlas semata-mata untuk mencari redha mu.

Saturday 22 October 2011

Tambat hati & Jiwa

Assalamualaikum w.b.t...

Jom kenali cara mudah untuk mengeratkan silaturahim dan membina hubungan baru kerana Allah.

Mari try 4 S :

1) SENYUM
Bila jumpa orang, x kisah kita kenal atau tidak,automatic kita senyum kepada orang. Ikhlaskan niat kerana Allah.Then, dalam hati lihat perkara baik dalam diri dia.Cari aspek positif dalam diri .I.Allah, aura positif akan datang.
"Senyum itu dikira sedekah ". hadith..

2) SALAM
Benda mudah cuma mulut berat nak ucapkan.Sampaikan salam bila jumpa orang islam.Tidak kira di mana-mana.Misalnya,bila nak pergi kaunter buat bayaran, ucapkan salam.Sebelum naik lif, teksi ucapkan salam."Membina silaturahim dengan menyebarkan salam dan memberi makan. "

3) SAPA
Then, proceed dengan tanya khabar.Sihat atau tidak?Bagaimana keadaan?
"Memberi perkataan yang baik juga dikira sedekah".

4) SOPAN
Bila berjumpa dengan orang,jangan tunjuk kita lebih bagus.Cuba rendahkan hati kita & mendahului orang lain.
Fokuskan lebih banyak mendengar daripada sibuk bercerita tentang kehebatan & pencapaian kita.


Jom cuba,benda simple untuk jadi lebih bahagia & gembira....Yang penting ikhlaskan niat untuk membina jambatan hati hanya kerana Allah.

Wednesday 19 October 2011

Nikmat Allah yang mana yang kamu dustakan ?

Alhamdulilah,sudah masuk hampir sebulan meneruskan pengajian di tahun akhir semester pertama bagi kuliyah undang-undang di UIA gombak. Syukur kepada Allah atas nikmat keimanan & kesihatan untuk meneruskan pelajaran. Betapa kita kadang-kadang sebagai manusia lupa akan nikmat Allah yang melimpah ruah yang diberi oleh Allah walaupun tanpa dipinta.

 Saya terpanggil sharing pasal nikmat ini kerana baru lepas melawat kawan di HKL yg disahkan mengidap SLE atau dengan kata mudah penyakit yang menyebabkan antibodi terlampau aktif sehingga boleh memberi kesan kepada buah pinggang.Sudah 2 minggu dia terlantar di hospital.Kita hanya akan menghargai sesuatu nikmat setelah ia hilang dari kita.

Saya menyeru diri saya & rakan-rakan pembaca supaya mensyukuri nikmat kesihatan sebelum ditarik Allah satu hari nanti.Bagaimana mahu bersyukur?bukan hanya sekadar melafazkan alhamdulilah,tetapi perlu dibuktikan melalui amalan & tindakan.Misalnya,gunakanlah semua anggota badan & organ-organ yang diberi Allah secara percuma ini untuk mendekatkan diri kepada Allah."Jika kita bersyukur,Allah akan tambah nikmat".

Ayuh,banyakkan lakukan perkara-perkara kecil yang mudah dilupakan.Misalnya,memberi senyuman untuk mengeratkan silaturahim & memberi salam.Jom mulakan dengan perkara-perkara kecil untuk melakukan kebaikan.Insyallah,nanti akhirnya akan disusuli dengan perkara yang lebih besar.

"mengeluarkan perkataan-perkataan yang baik juga merupakan sedekah". hadith

Alhamdulilah for this nikmah.health... Ya Allah,jadikanlah kami hamba yang sentiasa mensyukuri segala nikmat &rahmat mu.amin..

Monday 8 August 2011

R & R

On the way to the Masjid, my dad ask me “Azrai, how to deal with test (ujian)?” He told me a simple story;
Two person going to an exam, one prayed to Allah and the other one didn’t.
They both passed. The person who prayed then said Alhamdulillah but the other one boast and said he passed because he is great.
Both of them gain Dunia but only one got closer to Allah and gain Akhirah.

He told me another similar story;
Two person going to an exam, one prayed to Allah and the other one didn’t.
They both failed. The first prayed and ask forgiveness and guidance from Allah while the other one cursed and blame.
Both of them may not gain Dunia but one got closer to Allah and gain Akhirah.
My dad told me “Life is a test”, the good or the bad. How do we react to it?
“And I (Allâh) created not the jinns and humans but to worship Me (Alone),” Az-Zaariyaat 51:56
Allah will not gain nor lose an atom worth of his kingdom if we pray to Him or not. But we humans need to pray to Allah.

Wednesday 3 August 2011

JOM REBUT BONUS

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILAH, SUDAH MASUK 3 HARI BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.SYUKUR KE HADRAT ILLAHI,KITA MASIH DIBERI KESEMPATAN MELALUI BULAN RAMADHAN KALI NI.SEDANGKAN BERAPA RAMAI ORANG YANG MENINGGAL DUNIA SEBELUM SEMPAT MENYAMBUT RAMADHAN.JADI,KITA MERUPAKAN ORG YANG BERTUAH KERANA SEMPAT MEREBUT BONUS DI BULAN RAMADHAN. 



JADI,DI KESEMPATAN INI ,SAYA NAK SHARE  AMALAN-AMALAN YANG BOLEH KITA LAKUKAN SEBAGAI INVESTMENT UTK AKHIRAT & MEREBUT  BONUS YANG DISEDIKAN OLEH ALLAH.SAYA BAGI ANALOGI, JIKA MUSIM DI PERAYAAN,BIASANYA,PEKERJA KERAJAAN AKAN DAPAT BONUS 1 BULAN GAJI, YANG PEKERJA SWASTA MUNGKIN DAPAT 3 BLN GAJI & BAGI MEREKA YANG BEKERJA DI BANK  DAPAT 10 BULAN BONUS.

TAPI,SUBHANALLAH SEBAGAI ORANG ISLAM & MUSLIM, ALLAH OFFER KITA BONUS UTK 1000 BULAN.TAKKAN,KITA NAK BERDIAM DIRI,TANPA BERSAING MEREBUT BONUS YANG BEGITU BANYAK INI?

JUSTERU,SAYA MENYERU DIRI SAYA & RAKAN-RAKAN PEMBACA,JANGAN BIARKAN HARI-HARI DI BULAN RAMADHAN INI DI LALUI TANPA AMALAN-AMALAN YANG MEMBOLEHKAN KITA MEREEBUT BONUS YANG ALLAH SEDIAKAN.

SAYA NAK SHARE SEDIKIT MUNGKIN AMALAN -AMALAN YANG KITA BOLEH KITA LAKUKAN UNTUK MEREBUT BONUS INI.BUKANKAH ALLAH MENYATAKAN BAHAWA SETIAP AMALAN SUNNAH AKAN DIBERI PAHALA SEPERTI MELAKUKAN IBADAH FARDHU DI BULAN RAMADHAN.AYUH,KITA GANDAKAN AMALAN -AMALAN SUNNAT.

KITA START ,B4 SAHUR,JOM TUNAIKAN SOLAT SUNAT TAHAJUD,TAUBAT & HAJAT.THEN,SAHUR KERANA DALAM SAHUR ADA KEBERKATAN.THEN,B4 SOLAT SUBUH,TUNAIKAN SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH.THEN,AFTER SUBUH, KITA BACA MATHURAT & BACAAN AL-QURAN SEKURANG-KURANGNYA 4 MUKA SURAT (INSYALLAH,HBS RAMADHAN BOLEH KHATAM ALQURAN JIKA SELEPAS SOLAT,BACA4 MUKA).

THEN,SOLAT SUNAT DHUHA.TERUSKAN BACAAN AL-QURAN.SOLAT SUNAT SEBELUM & SELEPAS ZUHUR.SOLAT SUNAT SEBELUM ASAR.BACAAN MATHURAT ,LEPAS ASAR.BERBUKA.SEELOK-ELOK UTK REBUT PAHALA IKUT SUNNAH NABI,MAKAN KURMA,JIKA TIADA KURMA BERBUKA DENGAN AIR KOSONG. KEMUDIAN,KITA SOLAT SUNAT SEBELUM MAGHRIB & SELEPAS MAGHRIB.BEGITU JUGA SOLAT SUNNAT UTK ISYAK BEFORE SOLAT TERAWIH.( REMINDER 4 ME ALSO & SAHABAT PEMBACA)

KALO KITA NAK JADI GOOD STUDENT,KITA ADA JADUAL YANG COMPLETE UTK SCORE A.THEN, KALO PEKERJA PULA ADA KPI  SENDIRI UTK NAIK PANGKAT.THE SAME APPLIES ALSO ,AS REGARD HUBUNGAN KITA SEBAGAI HAMBA DENGAN PENCIPTA,KITA PERLU PREPARE KAN DIRI DENGAN AMALAN-AMALAN FARDHU & SUNNAT SUPAYA HARI-HARI KITA TIDAK BERLALU DENGAN SIA-SIA.THAT WHY,KITA KENA ADA JADUAL LENGKAP KITARAN SEHARIAN.

LAST BUT NOT LEAST, JOM KITA REBUT BONUS YANG ALLAH OFFER KEPADA KITA.TAMBAHKAN AMALAN -AMALAN SUNNAH & NIATKAN IKHLAS UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH.

"BARANGSIAPA YANG MENGHIDUPKAN BULAN RAMADHAN DENGAN IMAN DAN MENGHARAPKAN PAHALA DARI ALLAH,MAKA DIAMPUNI DOSA-DOSANYA YANG TELAH LALU" .(HADITH RIWAYAT BUKHARI)..

YA ALLAH,NIATKAN SEGALA AMALANKU IKHLAS UNTUK MENCARI KEREDHAAN MU & MEMBELI SYURGA DAN BUKANNYA MENGHARAPKAN PENGHARGAAN MANUSIA.

"SAMPAIKANLAH WALAUPUN 1 AYAT "....










Thursday 21 July 2011

PRE-RAMADHAN...YOUR PREPARATION?

ASSALAMUALAIKUM....


SEDAR TIDAK SEDAR,BULAN SYA'BAN SEDANG MENINGGALKAN KITA, MANAKALA BULAN RAMADHAN SEMAKIN MENGHAMPIRI KITA.WHAT IS OUR PREPARATION FOR THIS GUEST (RAMADHAN)????..

IF AS A STUDENT ALSO ,WE PREPARE FOR OUR EXAM..NORMALLY,ONE MONTH BEFORE FINAL EXAM TO GET GOOD RESULT.HOWEVER,THERE IS ALSO STUDENT WHO PREPARED LAST MINUTE. SO,THE OUTCOME /RESULT ALSO STANDARD "LAST MINUTE ".THE RESULT OR THE OUTCOME IS BASED ON OUR EFFORT.THERE IS ARAB SAYINGS : "MAN JADA WA JADA".SIAPA BERUSAHA ,DIA AKAN DAPAT.

THEN,ATLIT YANG NK JOIN TOURNAMENT ALSO AKAN PREPARE BERBULAN-BULAN TO GET GOLD MEDAL.BUT KALO,TRAINING PN LAST MINUTE,HOW COME THEY CAN GET GOLD MEDAL?

THE SAME THING ALSO APPLY TO RAMADHAN. TO GET BETTER OUTCOME, TO BECOME BETTER MUSLIM, TO GRAB ALL THE REWARDS IN THIS BARAKAH MONTH,WE SHOULD PREPARE EARLY.WE SHOULD PREPARE WITH ILMU/KNOLWEDGE & AT THE SAME TIME INCREASE OUR IBADAH...THERE ARE FEW STEPS THAT WE CAN FOLLOW TO PREPARE FOR THIS COMING RAMADHAN: LETS TRY & ALL THE BEST :

7 Spiritually Productive activities you should try to develop as Habits during the days of Ramadan so that hopefully you can continue with them after Ramadan. I consider these activities as the spiritual ‘bread and butter’ of any Productive Muslim, and to develop them as habits is the essence of starting your journey towards the love of Allah (Subhanahu Wa Ta’ala) and constantly increasing in your eman inshaAllah:

1) Praying the Sunnah Prayers before and/or after Prayer:

I know it’s easier to just pray the obligatory prayers and rush out of the mosque, however, when we realise the rewards we’re missing from not praying these sunnah prayers, we won’t leave them. Over the years I learnt there’s only ONE way of getting yourself to pray these Sunnah prayers constantly: Get into the habit of praying them! Soon they’ll become part and parcel of your Salah.

2) Remembrance of Allah after Salah:

Again, it’s easier to rush out of Salah to our busy lives, but honestly, how long does it take to recite the supplications after Salah? (answer: 5-7 minutes!). If you’re not sure what I’m referring to, you may find the supplications . Nowadays you’ll find pocket notebooks/or phone applications with these supplications. Again, get into the habit of reciting them daily after each Salah and they’ll become part of your Salah experience.

3) Morning/Evening Remembrance of Allah:

These are beautiful set of duas/remembrances from the Sunnah of Prophet Muhammad (Peace be upon him) which he used to say before sunrise and before sunset. They are true stress relievers, and energy boosters, and never fail to make my day/evening feel blessed.

4) Night Prayer:

ALHamdulillah, during Ramadan we’ve the wonderful Taraweeh prayers to attend. These are of course part of the Night prayer or tahajjud of the Night. If you’re new to night prayer or don’t pray it constantly during the year, make sure you attend taraweeh prayers each and every night, and give yourself a ‘no-excuse’ policy. Continuing to pray them for the entire 30 days, will set you on better footing to continue with Night Prayer after Ramadan inshaAllah.

5) Duha Prayer:

If you want a Muslim’s secret to a productive day, it’s these 2 rak’ahs, known as Duha prayer which you may pray at anytime between after sunrise all the way till before the sun reaches it’s zenith (around 30 minutes before Dhuhur). The reward of this prayer is similar to giving charity on behalf of every bone in your body, and the energy and buzz you feel during the day is amazing.

6) Supplications before you Sleep:

You just had a long day, and you’re super tired. You climb into bed and you want to hit the sack… but wait! Before you do, can you give yourself just 10 more minutes to recite the supplication? That’s all. Try them and watch your yourself have the most beautiful sleep ever and waking up for Fajr easily inshaAllah

7) Reciting one hour of Quran each day:

Notice: I said here recite one hour of Quran each day and not one juz’ or one surah. The amount of Quran you read here is not as important as the quality of your understanding. If you spend one hour reciting one verse but understand it fully, that’s more important and beneficial then reciting lots of Quran at break-neck speed and not understanding a word.
So there you go, 7 spiritually productive habits you can develop this Ramadan starting TODAY!

resources : productive ramadhan .com

"IKHLASKAN NIAT CARI KEREDHAAN ALLAH"

"SAMPAIKANLAH WALAUPUN 1 AYAT"

Sunday 17 July 2011

LAU KANA BAINANA

assalamualaikum...


Sedar tidak sedar sudah seminggu saya berada di rumah untuk cuti semester sehingga bulan september nanti.Alhamdulilah,sudah selesai menghabiskan praktikal selama 3 bulan di sebuah firma guaman di Gombak.

Tanpa kita sedari juga, bulan Sya;aban semakin meninggalkan kita, bulan ramadhan semakin menghampiri kita.Sudahkah kita bersedia dari segi fizikal,rohani & emosi untuk menerima kunjungan tetamu yang dinanti-nantikan ini.Bagaimana dengan amal ibadah kita, semakin bertambah atau berkurang? Bagaimana dengan hati kita, sudah dirawat atau masih berpenyakit?

Peringatan untuk diri ini juga agar tidak lalai dimakan masa kerana masa tidak menunngu kita. Menggunakan kelapangan masa yang diberikan oleh ALLAH untuk mendekatkan diri dengan ALLAH & menambah amal ibadah dari hari ke hari. Seperti yang kita semua tahu, MATI tidak mengenal usia muda atau tua.Semoga ALLAH memberi kesempatan kepada kita untuk sampai ke bulan ramadhan.Insyallah.

Kesempatan kali ini,saya ingin sharing salah satu rancangan television yang menurut pendapat saya banyak memberi manfaat .Iaitu rancangan LAU KANA BAINANA (JIKA RASULLALLAH BERSAMA KITA).yang disiarkan di TV ALHIJRAH (CH 114) SETIAP AHAD, JAM 9 PM.

Apa yang menarik rancangan ini? memaparkan amalam-amalan yang diamalkan rasullah & dikaitkan bagaimana kehidupan nabi muhammad s.a.w dengan para sahabat.Misalnya,malam ini dipaparkan sifat AMANAH. Diberi satu situasi dimana,seorang wanita sengaja menjatuhkan dompet.then,camera disembunyikan, kita akan lihat respon orang yang lalu-lalang. samaada, dia akan mengambil atau mahu pulangkan dompet itu. Then,sunnah kedua yang dipaparkan ialah MEMBERI SALAM. Situasi yang diberikan ialah perlu memberi salam untuk menaiki lif. Jika tidak,perlu naik tangga.dats were very good idea.Jom lepas ini, kita beri salam sebelum naik lif.but make sure,mesti ada orang islam dalam lif...

Jangan lupa menonton rancangan ini.Banyak manfaat yang diperoleh..Ayuh lihat lagu lau kana bainana :




 "SAMPAIKANLAH WALAUPUN SATU AYAT"

"ALLAH MENILAI KITA MELALUI NIAT. AYUH,BETULKAN NIAT UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH & BUKAN MENCARI PENGHARGAAN MANUSIA"

Monday 4 July 2011

Bersama-sama kita tempuhi

Alhamdulilah..Hujung minggu yang lepas banyak dihabiskan dengan aktiviti yang bermanfaat.Saya dan rakan-rakan alumni SMKA Kerian meluangkan masa menguruskan program hala tuju SPM. Fokusnya,adalah jalan-jalan mana yang hendak dituju selepas SPM. 

Saya juga berkesempatan sharing pengalaman peribadi dengan adik-adik. Saya memilih untuk menyambung STPM.Di kala rakan-rakan seperjuangan yang lain further study di matrik,diploma, foundation untuk luar negara.Walaupun,saya ada ditawarkan untuk sambung diploma. Iya,saya mengakui, result SPM tidak secemerlang rakan-rakan lain disebabkan beberapa faktor. 

Namun, apa yang saya nk sharing di sini adalah, kadang-kadang ALLAH  uji kita dengan sesuatu yang kita tidak suka, tetapi sebenarnya itulah perkara yang terbaik untuk kita.Begitu juga,tidak semestinya benda yang kita suka itu adalah baik untuk kita.Memang kita merancang,tetapi ALLAH adalah sebaik-baik perancang. Yakin & redha sahaja dengan perancangan ALLAH.

Hal ini terjadi pada diri saya sendiri. Pada permulaannya,saya sendiri tidak suka sambung belajar  STPM kerana pelbagai sebab.Kena pakai uniform sekolah la, STPM tiada masa depan yang cerah la & pelbagai alasan yang seangkatan dengannya.

Namun,sedar atau tidak sedar STPM yang mematangkan hidup saya. Mengajar saya erti mengejar cita-cita,melatih diri menjadi pemimpin,discover minat saya dalam bidang debat .Saya bersyukur ALLAH sediakan jalan STPM untuk saya kerana banyak pengalaman yang mendewasakan saya.

Kemudian, Alhamdulilah dengan rezeki & nikmat yang ALLAH kurniakan ,saya dapat menyambung pelajaran
dalam bidang undang-undang.Syukur ke hadrat ALLAH.

Rupa-rupanya, ada hikmat di sebalik ujian yang ALLAH berikan.Mungkin saya tidak bersedia untuk sambung pelajaran di matrik ,atau universiti. Jadi ALLAH tangguhkan dahulu,saya habis STPM, then terus ditawarkan di UIAM. Subhanallah, ALLAH sebaik-baik perancang.



Kata-kata, di atas adalah antara sharing saya dengan adik-adik junior.Apa yang saya nak share di sini adalah,kita kena yakin dengan ketentuan ALLAH. dengan Qada' dan Qadar.Kita hanyalah manusia lemah yang cetek ilmunya.

Alhamdulilah,syukur  dengan nikmat yang dikurniakan ALLAH. Kesempatan berjumpa dengan rakan-rakan .Semuanya, sudah berubah menjadi lebih baik dari sehari ke sehari.Subhanallah. Semoga ALLAH terima amalan saya yang tidak seberapa ini. YA ALLAH ikhlaskanlah segala niat kami semata-mata untuk mencari keredhaan Mu.amin.

Seterusnya,syukur atas nikmat sahabat yang ALLAH kurniakan.Semoga ukhuwah ini berkekalan.Sayang korang semua, melin,solehah,tkah,shue,kina,shue,yana,kelip-kelip,& semua yg hadir dalam program itu.


"SAMPAIKANLAH WALAUPUN SATU AYAT".

"IKHLASKAN NIAT UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH".













Wednesday 29 June 2011

Jangan Marah

Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.



p/s : Marah biar bertempat. Kalo Agama,kita dihina ,kita  wajib marah. Tetapi, jangan ikut hawa nafsu untuk marah.

Friday 24 June 2011

BERSYUKUR, JANGAN MERUNGUT.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

JIKA ANDA MERASAKAN ANDA ORANG YANG LEMAH, BERADA DI BAWAH,KEKURANGAN,TIDAK BERJAYA,SERING DIUJI,MASIH ADA INSAN LAIN YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN.

AYUH BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA.DAN JANGAN MERUNGUT DENGAN APA YANG KITA TIADA.

"betapa indahnya kehidupan orang mukmin itu,dia bersyukur apabila diberi nikmat dan bersabar apabila diuji. "HADITH.

SAMA-SAMA HAYATI VIDEO INI DENGAN MATA HATI ANDA.

APA YANG ANDA RASA SEKARANG ?BUKANKAH ANDA LEBIH BERTUAH DARI ORANG YANG BUTA & ORANG YANG CACAT.

JOM START BERSYUKUR DENGAN  SEGALA NIKMAT-NIKMAT YANG ALLAH KURNIAKAN.CUBA LIHAT ANGGOTA BADAN ANDA YANG SEMPURNA, NIKMAT IBU-BAPA,NIKMAT MENUNTUT ILMU, NEGARA YANG AMAN & SEGALA MACAM NIKMAT YANG ALLAH KURNIAKAN.