Sunday, 9 October 2016

SUDAH BERTAKWA?

    SUDAH BERTAKWA ?
2: 1-5 | 69: 48 | 6 : 155| | 39: 13| 64: 16
2: 2
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
2: 3
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

2 :4
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

Kefahaman:
1)      Apakah ciri-ciri orang yang bertakwa?Kriterianya:
1)      Beriman kepada perkara-perkara ghaib
2)      Mendirikan solat
3)      Membelanjakan sebahagian rezeki yang diberi
4)      Beriman dengan Al quran dan kitab-kitab sebelum ini
5)      Yakin dengan hari Akhirat.
Aku bertanya kepada diri. Adakah aku memenuhi kriteria di atas? Beriman dengan Allah, malaikat-malaikat, kitab, rasul dan hari akhirat? Bagaimana dengan solat, adakah dengan sebenar-benar solat dengan kefahaman dan kesedaran? Atau solat fizikal yang menjadi rutin harian? Adakah solat yang didirikan ini telah berjaya mencegah dari kemungkaran/

Bagaiamana dengan rezeki yang Allah kurniakan? Adakah kita telah menginfaqkkan sebahagiannya ke jalan dakwah?Infaq untuk menyebarkan kefahaman Al quran?



69: 48
Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.

6: 155
Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.

Kefahaman:
1)      Al quran hanya menjadi peringatan untuk satu golongan sahaja. Siapa? Orang yang bertaqwa.
2)      Al quran ini ada keberkatan dan manfaat. Maka, sebagai umat yang mengaku beriman sewajarnya kita mentaati dan mengikuti segala perintah dan meninggalkan larangannya.
3)      Mengapa? Supaya kita mendapat rahmat dari Allah.
4)      Persoalan, mengapa tiada keberkatan dan rahmat dalam hidup kita?
5)      Kerana kita tidak menurut perintah Al quran dan bertaqwa kepada Allah.

64: 16
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

Kefahaman dan tadabur:
Apa ciri-ciri orang yang berjaya sebenarnya?
1)      Bertaqwa kepada Allah. Bagaimana nak buktikan ketakwaan?
-          Ambil pelajaran ayat-ayat di dalam Al quran
-          Taat segala perintah-perintah Allah
-          Infaqkan harta untuk jalan Allah
-          Buat kebaikan untuk diri
-          Memelihara diri dari sifat bakhil

Refleksi pada diri… Adakah aku memenuhi kriteria-kriteria orang yang berjaya seperti ayat di atas?
Or apa definisi kejayaan aku? Kerjaya yang hebat? Harta yang banyak? Pengikut yang ramai? Petah berkata-kata? Berjawatan besar? Tidak salah semua di atas jika digunakan segala nikmat untuk mengajak manusia ke jalan Allah melalui pintu yang sahih iaitu Quran dan Sunnah.

Namun yang menjadi kerisauan adalah kita hanya menggunakan nikmat di atas untuk kepentingan dunia tanpa ada tujuan untuk akhirat.

Action plan:
1)      Ayuh berusaha , terus berusaha dan bertahan untuk menjadi orang bertakwa. Bagaimana?
2)      Pertama beriman dengan perkara-perkara ghaib, mendirikan solat, menginfaqkan sebahagian rezeki, beriman dengan kitab Al quran dan kitab-kitab yang diturunkan sebelum ini.
3)      Teruskan usaha belajar Al quran, memahami Al quran dan menyebarkan Al quran
4)      Mulakan dengan tadabur satu ayat, faham ayat tersebut, kaitkan dengan diri, lakukan pempograman dan dibuktikan dengan perbuatan dan “mindset” Al quran yang jelas.
5)      Yakinlah, kita berada di atas jalan yang benar. Kerana
6)      Memahami agami melalui pintu yang sahih iaitu kitab Al quran dan sunnah.

8 Muharam 1438 H
#lawyerdesignbyquran






No comments:

Post a Comment