Sunday, 9 October 2016

BERAMAL TAPI SIA-SIA?

         BANYAK BERAMAL TAPI SIA-SIA?
SHARING REFLEKSI AL KAHFI 18: 103-105
18: 103
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
18: 104
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
18: 105
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
Kefahaman dari Tafsir Al Azhar:
1) Amal telah berbuat, usaha telah dilakukan namun hanya tenaga yang habis kerana tiada hasilnya.
2) Mengapa? Allah telah menunjukkan cara beramal, namun tidak mengikut petunjuk Allah iaitu Al quran. Namun membuat jalan sendiri. Gaya sendiri untuk beramal.
3) Mereka mendahulukan kehendak hati sendiri dan mengabaikan tuntutan Allah.
4) Apa maksud engkar dengan ayat-ayat Allah? Segala suruhan dan tegahan Allah dalam Al quran, mereka engkar. Mereka beramal mengikut fikiran sendiri tanpa mengikut cara yang ditetapkan dalam Al quran dan sunnah.
5) Kesannya, amal-amal tersebut sia-sia dan tidak dikira.
6) Maka di akhirat , amal tersebut tidak dikira sebagai amal soleh.
Berdasarkan hadith riwayah Bukhari & Muslim:
“ Dari Abu Hurairah. Rasul saw bersabda: Sesungguhnya akan datanglah seorang lelaki besar dan gemuk di Hari Kiamat itu namun berat timbangannya di sisi Allah nilainya hanyalah seperti sehelai sayap nyamuk.”
Refleksi:
1) Siapa orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
Kriterianya adalah:
1) Orang-orang yang sia-sia amal usahanya, sedang mereka menyangka telah berbuat baik.
2) Mereka tidak beriman, ingkar dengan ayat-ayat Allah dan tidak beriman dengan hari akhirat atau akan pertemuan dengannya.
3) Apa yang dimaksudkan mereka menyangka sudah berbuat baik tetapi sia-sia? Misalnya, mereka banyak berbuat kebaikan namun tidak memenuhi spesifikasi yang sepatutnya. Maka, ia tertolak.
4) Antara syarat amal ibadah diterima Allah adalah Ikhlas mengharapkan keredhaan Allah dan mengikut cara Rasul saw. Namun bayangkan banyak amalan-amalan yang diada-adakan mengikut nafsu sendiri tanpa dalil yang sah dan soleh. Contohnya berlaku pemujaan di kubur-kubur orang tertentu untuk mendapat manfaat.
5) Persoalan pada diri, selama hari ini aku melakukan amal berdasarkan apa? Ikut-ikutan pendapat sesetengah orang? Atau berpandukan dalil Al quran yang jelas dan tiada keraguan (2:2) dan berpandukan sunnah rasul saw?
6) Jadi macam mana nak pastikan amalan yang dibuat itu memenuhi spesifikasi Allah dan diterima?
7) Sudah pasti wajib dan fardhu ke atas setiap Muslim untuk mempelajari kitabnya iaitu Al quran dan belajar hadith yang sahih untuk mengikut cara yang sepatutnya.
8) Aku bertanya, adakah amalan yang dibuat selama ini Allah terima sebagai amal soleh atau hanya sia-sia? Maka sudah perlu setiap amal itu berpandukan sumber yang jelas.
Antara ciri-ciri orang yang rugi jua adalah mereka engkar dengan ayat-ayat Allah dan tidak meyakini pertemuan dengan Allah.
Apa maksud engkar? Tidak beriman dengan ayat-ayat Allah, tidak yakin dan percaya dalam janji-janji Allah dalm Al quran. Bagaimana dengan aku? Aku yakin dengan hari pembalasan? Yakin dengan akhirat? But why? Hidup di dunia tidak menggambarkan keyakinan tersebut? Why? Banyak usaha dihabiskan untuk dunia, untuk mempelajari ilmu dunia , untuk pakar dalam hal dunia semata-mata dan menduakan akhirat . Namun bab Akhirat dikesampingkan, urusan-urusan Akhirat bila ada masa, tunggu pencen, tunggu,, tunggu dulu.
Untuk hal dunia sanggup berhabis usaha, tenaga dan wang untuk menghadiri kursus-kursus yang mahal, pembangunan diri, marketing strategy.
Tapi, bila sebut hal akhirat, rasa menggeletar nak keluarkan duit. Siap bertanya, x de yang free ke?
Aku bertanya pada diriku, bukankah Syurga itu mahal harganya? Mengapa tidak sanggup berkorban untuk negeri kekal abadi? Mengapa berkira-kira untuk “invest” untuk kampung abadi aku?
Mengapa hal dunia sanggup berkorban sehabis mungkin? Why yang akhirat nak yang free sahaja dan berkira-kira?
Adakah aku kurang cerdik? Tidak tahu menilai yang mana satu kaca dan permata? Nauzubillah.
Tunjukkan kami ke jalan mu yang lurus dan tetapkan kami dalam kebaikan.
Bukankah orang yang cerdik itu orang yang mempersiapkan amalnya untuk kematian? Untuk negeri yang kekal abadi dan “unlimited happiness” , “never ending happiness” and the true success.
Maka,
Action Plan:
1) Memastikan segala amalan soleh yang dilakukan bersumberkan dalil yang Qat’I (jelas) dalam Al quran dan sunnah.
2) Membetulkan setiap amalan perbuatan dilakukan ikhlas kerana Allah dan mengikut cara Rasul saw.
3) Teruskan belajar ilmu quran dan sunnah sehingga akhir hayat.
4) Hidup adalah perjuangan untuk menentang hawa nafsu dan berterusan dalam kebaikan.

No comments:

Post a Comment