Thursday, 6 October 2016

NAFSI ? NAFSI?

HISAB INDIVIDU?
2 : 139 | 10: 41 | 17: 84 | 28: 55

Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya ? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya;

Pemahaman ayat:
1)      Setiap orang akan dibalas berdasarkan amalan masing-masing.
2)      Kita akan dipertanggungjawabkan atas segala perbuatan kita di dunia.
3)      Orang yang beramal soleh akan diberi syurga yang kekal abadi dan yang engkar akan dicampakkan dalan neraka jahanam.

10: 41
Dan jika mereka terus-menerus mendustakanmu (wahai Muhammad), maka katakanlah: "Bagiku amalku, dan bagi kamu pula amal kamu. Kamu tidak bertanggungjawab akan apa yang aku kerjakan, dan aku juga tidak bertanggungjawab akan apa yang kamu kerjakan".
Tadabur:
1)      Rasul telah datang untuk menyampaikan kebenaran, membawa wahyu  iaitu Al quran. Namun, umat mendustakannya, maka Rasul telah selesai tanggungjawabnya.
2)      Akhirnya, di akhirat setiap manusia akan dipertanggungjawabkan atas amalannya.
3)      Setiap kita akan dipersoalkan apa yang telah dibuat di dunia. Namun di dunia ini kita boleh melakukan amal soleh secara jamaie untuk saling mengingatkan dan menguatkan.

17: 84
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya".

Refleksi:
1)      Hanya Allah yang  akan menilai amalan kita, adakah ia benar menurut petunjuk Al quran & mengikut cara Rasul saw.
2)      Antara indikator untuk memastikan amalan diterima Allah adalah dilakukan ikhlas kerana Allah & mengikut cara Rasul saw.
3)      Semoga Allah menerima segala amalan kita



28: 55
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil".
Refleksi:
1)      Ayat ini menerangkan untuk kita meninggalkan perbualan yang sia-sia, yang tiada manfaat.
2)      Maka, perlu beredar dari kawasan tersebut kerana setiap orang akan dipersoalkan atas setiap amalannya.
3)      Contoh situasi ketika tengah bekerja dan makan bersama rakan-rakan sekerja, perlu meninggalkan perbualan yang sia-sia atau menukar perbualan ker arah yang lebih manfaat.
4)      Maka sudah pasti perjumpaan untuk “gossip” perlu ditinggalkan. Perlu bersabar untuk meninggalkan perbuatan sia-sia. Say no to “gossiping meeting”.
5)      Sewajarnya setiap perjumpaan perlu diisi dengan ayat-ayat Allah.

Apa perkataan yang terbaik?
39: 23
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.

Refleksi:
1)      Perkataan yang terbaik adalah Al quran. Maka sudah pasti pertemuan yang terbaik adalah apabila ayat-ayat Al quran dibacakan, dipelajari, ditadabur & difahami.
2)      Sewajarnya, kesan memahami Al quran akan melahirkan seseorang yang akan menjadikan seseorang itu aman & tenteram.
3)      Mengapa sudah baca Al quran, hati tidak aman dan tenteram? Kerana tidak faham ayat dibaca, hanya lafaz di bibir, tidak dibawa ke hati, tidak di tadabur.
4)      Petunjuk untuk mengikut jalan yang lurus adalah sudah pasti bersumberkan “primary source’ Al quran.

Action Plan:
1)      InshaAllah, sama-sama berusaha setiap pertemuan dan perjumpaan dimasukkan agenda Al quran, mesej-mesej kebaikan di dalam Al quran, akhlak, nilai-nilai murni.
2)      Meninggalkan perjumpaan, perkataan yang sia-sia, serta tidak manfaat.
3)      Meningkatkan amal soleh yang dilakukan ikhlas kerana Allah dan mengikut cara rasul saw. Mengapa? Setiap kita akan dipersoalkan dengan apa yang kita usahakan.
4)      Hidup adalah perjuangan untuk melawan hawa nafsu setiap hari dan bersabar dalam meneruskan amalan-amalan kebaikan.


#lawyerdesignbyquran(amen)
#5Muharam1438H
#rujukan-global RLQ










No comments:

Post a Comment