2: 112
(Apa yang kamu katakan
itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan
dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya
baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah
ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan
mereka pula tidak akan berdukacita.
Kefahaman ayat merujuk Tafsir Azhar dari Hamka:
1)
Menyerahkan
diri kepada Tuhan bermaksud tunduk dengan segenap jiwa dan raga terhadap
perintah Allah, tidak membantah dan tidak menderhakai, tidak menolak kebenaran.
2)
Kemudian
dibuktikan dengan berbuat baik dan beramala soleh.
3)
Bukan
sekadar menyerah diri kepada Allah melalui mulut sahaja, namun perlu dibuktikan
dengan amal soleh.
4)
Orang-orang
yang beramal ini akan beroleh pahala dan syurga Allah.
Kesannya:
“tidaklah ada
kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka
pula tidak akan berdukacita:
1)
Orang-orang
begini tidak ada ketakutan untuk bertemu Allah kerana diri telah menyerah diri
kepada Allah & amal soleh telah dilakukan.
2)
Mereka
tidak berdukacita kerana segala amalan telah dipersiapkan untuk negeri yang
kekal abadi , iaitu akhirat.
Bahasa:
1)
3rd
person singular verb
2)
Fi’il
Madhi
(sumber corpus quran.com)
Rujukan tafsir Azhar berkenaan
perkataan tersebut:
1)
Bererti
mereka telah menyerahkan diri kepada Allah. Orang tersebut pasti masuk syurga.
2)
Ayat
ini memberi satu kefahaman bahawa tidak cukup sekadar mengakui Islam dengan
mulut, namun tiada ketaatan pada Allah, tiada bukti amal soleh.
3)
Pengertian
menyerah diri kepada Allah tiada
4)
Islam
hanya pada keturunan dan kad pengenalan sahaja
Refleksi pada diri:
1)
Adakah
aku benar-benar telah menyerah diri kepada Allah dengan sebenar-benar
penyerahan? Iaitu beriman dengan ayat-ayat Allah, mematuhi segala perintah
Allah dan meninggalkan larangan serta dibuktikan dengan amal soleh.
2)
Tidak
cukup sekadar mengatakan bahawa aku telah masuk Islam namun tiada bukti.
3)
Analogi
dengan kerjaya sebagai peguam, untuk setiap pensabitan kesalahan di mahkamah
perlu ada pembuktian yang jelas seperti dokumentasi dan juga saksi-saksi untuk
memberi syahadah (keterangan). Begitu juga di akhirat, Allah mahu melihat
bukti-bukti amal-amal soleh kita dan semua anggota badan, (telinga, mata,
kaki,kulit) akan menjadi syahadah/saksi sebagai segala amalan kita. Tidak ada
yang akan terlepas. Semuanya saksi yang benar dan taat perintah Allah. Tidak
selingkuh.
Action plan:
1)
Ayuh,
kita benar-benar “Aslama”/ menyerah diri kepada Allah dengan sebenar-benar
pembuktian.
2)
Orang
yang benar & berjaya adalah menjadi hamba kepada Allah iaitu dengan “total
submission” kepada Allah. Bukannya hamba kepada bos, kerjaya, harta, pangkat,
populariti, penghargaan manusia & banyaknya pengikut.
3)
Apa
indikatornya? Pastilah amal soleh dan sudah pasti ia bermula dengan kefahaman
Al quran & sunnah yang jelas.
4)
“learn,
live & life with quran “ dan seterusnya melakukan refleksi dalam setiap
ayat & programkan dalam diri.
5)
Bila
mahu bermula? Sekarang. The power of now. Mengapa? Apa yang pasti? Tiada yang
pasti dalam hidup ini kecuali kematian.
#lawyerdesignbyquran
#rujukan-tafsir Al Azhar-hamka
No comments:
Post a Comment