Thursday, 13 October 2016

TADABUR SURAH AL KAHFI : AYAT 1

    REFLEKSI SURAH AL KAHFI  (18) : AYAT 1
18: 1 | 39: 1-2 |  40:2| 42:1-3| 46:1-2| 17: 105| 27:6
Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)

Rujukan Tafsir Al Azhar, Hamka:
1)      Ayat pertama ini intipatinya adalah tauhid kepada Allah
2)      3 komponen utama dalam ayat ini iaitu Allah, hamba dan Kitab Al quran.
3)      Allah telah memberi petunjuk kepada manusia dengan penurunan kitab Al quran melalui rasulnya.
4)      Subhanallah, jika tiada Al quran sudah pasti manusia tersesat.
5)      MashaAllah, jika tiada rasul saw sebagai mualim (guru) untuk mengajarkan kitab tersebut, sudah pasti tidaklah berfaedah penurunan kitab tersebut.
6)      Maka, harus difahami ayat 1 surah Al kahfi ini bahawa yang patut menerima segala pujian bukanlah Al quran itu tetapi Allah yang mengirimkan kitab Al quran. Dan juga bukan rasul kerana beliau juga merupakan hamba kepada dari Allah.
7)      Jelaslah, yang patut menerima pujian adalah pencipta Al quran dan rasul iaitu Allah.
8)      Aspek penting adalah kitab yang diturunkan ini  tidak bengkok dan menyeleweng dari kebenaran.

Allahu Akbar, begitu indah sekali permulaan surah Al kahfi ini, ia menggambarkan akidah yang jelas sewajarnya dimiliki orang beriman iaitu pujian kepada Allah yang memberi nikmat yang terbesar iaitu:
1)      Al quran;
2)      Rasul saw.
Subhanallah. Kedua-dua ini Allah utuskan sebagai petunjuk dan jalan untuk mengenal Allah.
Maka, aku bertanya pada diri, Allah telah menurunkan permata yang begitu bernilai iaitu Al quran, adakah aku bersungguh-sungguh mendalaminya?
Adakah ia merupakan rujukan utama bagi diri ini jika diuji dengan masalah?
Atau aku memilih sumber rujukan “secondary” , buku-buku lain mendahului Al quran?
Sedangkan Allah telah bersumpah bahawa Al quran ini tidak bengkok.
Ditegaskan di dalam (2:2) “Kitab yang tiada keraguan bagi orang yang bertakwa”.
Aku sudah berkali-kali melalui ayat ini, membaca berulang kali, namun adakah aku benar-benar beriman dengan ayat ini?

Ayuh, diri bangkitlah dari tidur yang lena dan dunia yang mengasyikkan, ayuh telusuri kalam Allah yang penuh hikmah, ibrah dan pengajaran.

39: 1
Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
39: 2
Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.

Kefahaman:
1)      Allah yang maha kuasa dan bijaksana yang menurunkan Al quran
2)      Allah bersumpah bahawa segala ayat-ayat di dalam quran adalah benar samada telah berlaku,sedang berlaku dan akan berlaku.
3)      Makan pelan tindakan adalah pengabdian hanya pada Allah dan dibuktikan dengan amal soleh dilakukan kerana Allah.

40: 2 & 46 : 2
Turunnya Al-Quran ini dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;

Ayat ini diatas juga diulang di dalam surah 46 (Al ahqaf): ayat 2

Kefahaman:
1)      Subhanallah, penegasan bahawa Al quran ini diturunkan oleh Allah yang sifatnya maha berkuasa dan mengetahuai.

17: 105
Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan Al-Quran, dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar).

Kefahaman dan tadabur:
1)      Subhanallah, Allah menegaskan penurunan Al quran ini adalah membawa kebenaran.
2)      Rasul diutuskan untuk menyampaikan risalah yang benar ini.
3)      Antara tujuan al quran diturunkan adalah sebagai membawa berita gembira dan peringatan.

27: 6
Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) diberikan menyambut dan menerima Al-Quran dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

Kefahaman:
1)      Ayat yang menjelaskan Allah yang maha bijaksana dan maha mengetahuai menurunkan Al quran kepada Rasul.

I’m speechless.

Dengan satu ayat Al quran, Allah menjelaskan berkenaan Aqidah, iaitu Allah menurunkan Al quran kepada manusia melalui Rasul saw.

Allah memberi jaminan 100% yang ia tidak akan bengkok.
Dalil sudah jelas? Tanya pada hati dan diri adakah aku benar-benar telah beriman?

Action Plan:
1)      MashaAllah, Al quran kitab yang mengandungi semua ilmu pengetahuan yang perlu dipelajari dengan sungguh-sungguh. Why?
2)      Kerana ia diturunkan oleh rabb kita, Allah yang maha mengetahuai, maha bijaksana.
3)      Tidak cukup ayat tersebut untuk melahirkan keyakinan?
4)      Barangsiapa yang berpegang pada Al quran dan sunnah tidak akan sesat.
5)      Percayalah kita perlu memahami ajaran Islam yang benar adalah melalui pintu Al quran.

#lawyerdesignwithquran
#13Muharam1438H
#rujukantafsirhamka &rlq-peta quran








Sunday, 9 October 2016

BERAMAL TAPI SIA-SIA?

         BANYAK BERAMAL TAPI SIA-SIA?
SHARING REFLEKSI AL KAHFI 18: 103-105
18: 103
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
18: 104
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
18: 105
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
Kefahaman dari Tafsir Al Azhar:
1) Amal telah berbuat, usaha telah dilakukan namun hanya tenaga yang habis kerana tiada hasilnya.
2) Mengapa? Allah telah menunjukkan cara beramal, namun tidak mengikut petunjuk Allah iaitu Al quran. Namun membuat jalan sendiri. Gaya sendiri untuk beramal.
3) Mereka mendahulukan kehendak hati sendiri dan mengabaikan tuntutan Allah.
4) Apa maksud engkar dengan ayat-ayat Allah? Segala suruhan dan tegahan Allah dalam Al quran, mereka engkar. Mereka beramal mengikut fikiran sendiri tanpa mengikut cara yang ditetapkan dalam Al quran dan sunnah.
5) Kesannya, amal-amal tersebut sia-sia dan tidak dikira.
6) Maka di akhirat , amal tersebut tidak dikira sebagai amal soleh.
Berdasarkan hadith riwayah Bukhari & Muslim:
“ Dari Abu Hurairah. Rasul saw bersabda: Sesungguhnya akan datanglah seorang lelaki besar dan gemuk di Hari Kiamat itu namun berat timbangannya di sisi Allah nilainya hanyalah seperti sehelai sayap nyamuk.”
Refleksi:
1) Siapa orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
Kriterianya adalah:
1) Orang-orang yang sia-sia amal usahanya, sedang mereka menyangka telah berbuat baik.
2) Mereka tidak beriman, ingkar dengan ayat-ayat Allah dan tidak beriman dengan hari akhirat atau akan pertemuan dengannya.
3) Apa yang dimaksudkan mereka menyangka sudah berbuat baik tetapi sia-sia? Misalnya, mereka banyak berbuat kebaikan namun tidak memenuhi spesifikasi yang sepatutnya. Maka, ia tertolak.
4) Antara syarat amal ibadah diterima Allah adalah Ikhlas mengharapkan keredhaan Allah dan mengikut cara Rasul saw. Namun bayangkan banyak amalan-amalan yang diada-adakan mengikut nafsu sendiri tanpa dalil yang sah dan soleh. Contohnya berlaku pemujaan di kubur-kubur orang tertentu untuk mendapat manfaat.
5) Persoalan pada diri, selama hari ini aku melakukan amal berdasarkan apa? Ikut-ikutan pendapat sesetengah orang? Atau berpandukan dalil Al quran yang jelas dan tiada keraguan (2:2) dan berpandukan sunnah rasul saw?
6) Jadi macam mana nak pastikan amalan yang dibuat itu memenuhi spesifikasi Allah dan diterima?
7) Sudah pasti wajib dan fardhu ke atas setiap Muslim untuk mempelajari kitabnya iaitu Al quran dan belajar hadith yang sahih untuk mengikut cara yang sepatutnya.
8) Aku bertanya, adakah amalan yang dibuat selama ini Allah terima sebagai amal soleh atau hanya sia-sia? Maka sudah perlu setiap amal itu berpandukan sumber yang jelas.
Antara ciri-ciri orang yang rugi jua adalah mereka engkar dengan ayat-ayat Allah dan tidak meyakini pertemuan dengan Allah.
Apa maksud engkar? Tidak beriman dengan ayat-ayat Allah, tidak yakin dan percaya dalam janji-janji Allah dalm Al quran. Bagaimana dengan aku? Aku yakin dengan hari pembalasan? Yakin dengan akhirat? But why? Hidup di dunia tidak menggambarkan keyakinan tersebut? Why? Banyak usaha dihabiskan untuk dunia, untuk mempelajari ilmu dunia , untuk pakar dalam hal dunia semata-mata dan menduakan akhirat . Namun bab Akhirat dikesampingkan, urusan-urusan Akhirat bila ada masa, tunggu pencen, tunggu,, tunggu dulu.
Untuk hal dunia sanggup berhabis usaha, tenaga dan wang untuk menghadiri kursus-kursus yang mahal, pembangunan diri, marketing strategy.
Tapi, bila sebut hal akhirat, rasa menggeletar nak keluarkan duit. Siap bertanya, x de yang free ke?
Aku bertanya pada diriku, bukankah Syurga itu mahal harganya? Mengapa tidak sanggup berkorban untuk negeri kekal abadi? Mengapa berkira-kira untuk “invest” untuk kampung abadi aku?
Mengapa hal dunia sanggup berkorban sehabis mungkin? Why yang akhirat nak yang free sahaja dan berkira-kira?
Adakah aku kurang cerdik? Tidak tahu menilai yang mana satu kaca dan permata? Nauzubillah.
Tunjukkan kami ke jalan mu yang lurus dan tetapkan kami dalam kebaikan.
Bukankah orang yang cerdik itu orang yang mempersiapkan amalnya untuk kematian? Untuk negeri yang kekal abadi dan “unlimited happiness” , “never ending happiness” and the true success.
Maka,
Action Plan:
1) Memastikan segala amalan soleh yang dilakukan bersumberkan dalil yang Qat’I (jelas) dalam Al quran dan sunnah.
2) Membetulkan setiap amalan perbuatan dilakukan ikhlas kerana Allah dan mengikut cara Rasul saw.
3) Teruskan belajar ilmu quran dan sunnah sehingga akhir hayat.
4) Hidup adalah perjuangan untuk menentang hawa nafsu dan berterusan dalam kebaikan.

SUDAH BERTAKWA?

    SUDAH BERTAKWA ?
2: 1-5 | 69: 48 | 6 : 155| | 39: 13| 64: 16
2: 2
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
2: 3
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

2 :4
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

Kefahaman:
1)      Apakah ciri-ciri orang yang bertakwa?Kriterianya:
1)      Beriman kepada perkara-perkara ghaib
2)      Mendirikan solat
3)      Membelanjakan sebahagian rezeki yang diberi
4)      Beriman dengan Al quran dan kitab-kitab sebelum ini
5)      Yakin dengan hari Akhirat.
Aku bertanya kepada diri. Adakah aku memenuhi kriteria di atas? Beriman dengan Allah, malaikat-malaikat, kitab, rasul dan hari akhirat? Bagaimana dengan solat, adakah dengan sebenar-benar solat dengan kefahaman dan kesedaran? Atau solat fizikal yang menjadi rutin harian? Adakah solat yang didirikan ini telah berjaya mencegah dari kemungkaran/

Bagaiamana dengan rezeki yang Allah kurniakan? Adakah kita telah menginfaqkkan sebahagiannya ke jalan dakwah?Infaq untuk menyebarkan kefahaman Al quran?



69: 48
Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.

6: 155
Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.

Kefahaman:
1)      Al quran hanya menjadi peringatan untuk satu golongan sahaja. Siapa? Orang yang bertaqwa.
2)      Al quran ini ada keberkatan dan manfaat. Maka, sebagai umat yang mengaku beriman sewajarnya kita mentaati dan mengikuti segala perintah dan meninggalkan larangannya.
3)      Mengapa? Supaya kita mendapat rahmat dari Allah.
4)      Persoalan, mengapa tiada keberkatan dan rahmat dalam hidup kita?
5)      Kerana kita tidak menurut perintah Al quran dan bertaqwa kepada Allah.

64: 16
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

Kefahaman dan tadabur:
Apa ciri-ciri orang yang berjaya sebenarnya?
1)      Bertaqwa kepada Allah. Bagaimana nak buktikan ketakwaan?
-          Ambil pelajaran ayat-ayat di dalam Al quran
-          Taat segala perintah-perintah Allah
-          Infaqkan harta untuk jalan Allah
-          Buat kebaikan untuk diri
-          Memelihara diri dari sifat bakhil

Refleksi pada diri… Adakah aku memenuhi kriteria-kriteria orang yang berjaya seperti ayat di atas?
Or apa definisi kejayaan aku? Kerjaya yang hebat? Harta yang banyak? Pengikut yang ramai? Petah berkata-kata? Berjawatan besar? Tidak salah semua di atas jika digunakan segala nikmat untuk mengajak manusia ke jalan Allah melalui pintu yang sahih iaitu Quran dan Sunnah.

Namun yang menjadi kerisauan adalah kita hanya menggunakan nikmat di atas untuk kepentingan dunia tanpa ada tujuan untuk akhirat.

Action plan:
1)      Ayuh berusaha , terus berusaha dan bertahan untuk menjadi orang bertakwa. Bagaimana?
2)      Pertama beriman dengan perkara-perkara ghaib, mendirikan solat, menginfaqkan sebahagian rezeki, beriman dengan kitab Al quran dan kitab-kitab yang diturunkan sebelum ini.
3)      Teruskan usaha belajar Al quran, memahami Al quran dan menyebarkan Al quran
4)      Mulakan dengan tadabur satu ayat, faham ayat tersebut, kaitkan dengan diri, lakukan pempograman dan dibuktikan dengan perbuatan dan “mindset” Al quran yang jelas.
5)      Yakinlah, kita berada di atas jalan yang benar. Kerana
6)      Memahami agami melalui pintu yang sahih iaitu kitab Al quran dan sunnah.

8 Muharam 1438 H
#lawyerdesignbyquran






Thursday, 6 October 2016

NAFSI ? NAFSI?

HISAB INDIVIDU?
2 : 139 | 10: 41 | 17: 84 | 28: 55

Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya ? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya;

Pemahaman ayat:
1)      Setiap orang akan dibalas berdasarkan amalan masing-masing.
2)      Kita akan dipertanggungjawabkan atas segala perbuatan kita di dunia.
3)      Orang yang beramal soleh akan diberi syurga yang kekal abadi dan yang engkar akan dicampakkan dalan neraka jahanam.

10: 41
Dan jika mereka terus-menerus mendustakanmu (wahai Muhammad), maka katakanlah: "Bagiku amalku, dan bagi kamu pula amal kamu. Kamu tidak bertanggungjawab akan apa yang aku kerjakan, dan aku juga tidak bertanggungjawab akan apa yang kamu kerjakan".
Tadabur:
1)      Rasul telah datang untuk menyampaikan kebenaran, membawa wahyu  iaitu Al quran. Namun, umat mendustakannya, maka Rasul telah selesai tanggungjawabnya.
2)      Akhirnya, di akhirat setiap manusia akan dipertanggungjawabkan atas amalannya.
3)      Setiap kita akan dipersoalkan apa yang telah dibuat di dunia. Namun di dunia ini kita boleh melakukan amal soleh secara jamaie untuk saling mengingatkan dan menguatkan.

17: 84
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya".

Refleksi:
1)      Hanya Allah yang  akan menilai amalan kita, adakah ia benar menurut petunjuk Al quran & mengikut cara Rasul saw.
2)      Antara indikator untuk memastikan amalan diterima Allah adalah dilakukan ikhlas kerana Allah & mengikut cara Rasul saw.
3)      Semoga Allah menerima segala amalan kita



28: 55
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil".
Refleksi:
1)      Ayat ini menerangkan untuk kita meninggalkan perbualan yang sia-sia, yang tiada manfaat.
2)      Maka, perlu beredar dari kawasan tersebut kerana setiap orang akan dipersoalkan atas setiap amalannya.
3)      Contoh situasi ketika tengah bekerja dan makan bersama rakan-rakan sekerja, perlu meninggalkan perbualan yang sia-sia atau menukar perbualan ker arah yang lebih manfaat.
4)      Maka sudah pasti perjumpaan untuk “gossip” perlu ditinggalkan. Perlu bersabar untuk meninggalkan perbuatan sia-sia. Say no to “gossiping meeting”.
5)      Sewajarnya setiap perjumpaan perlu diisi dengan ayat-ayat Allah.

Apa perkataan yang terbaik?
39: 23
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.

Refleksi:
1)      Perkataan yang terbaik adalah Al quran. Maka sudah pasti pertemuan yang terbaik adalah apabila ayat-ayat Al quran dibacakan, dipelajari, ditadabur & difahami.
2)      Sewajarnya, kesan memahami Al quran akan melahirkan seseorang yang akan menjadikan seseorang itu aman & tenteram.
3)      Mengapa sudah baca Al quran, hati tidak aman dan tenteram? Kerana tidak faham ayat dibaca, hanya lafaz di bibir, tidak dibawa ke hati, tidak di tadabur.
4)      Petunjuk untuk mengikut jalan yang lurus adalah sudah pasti bersumberkan “primary source’ Al quran.

Action Plan:
1)      InshaAllah, sama-sama berusaha setiap pertemuan dan perjumpaan dimasukkan agenda Al quran, mesej-mesej kebaikan di dalam Al quran, akhlak, nilai-nilai murni.
2)      Meninggalkan perjumpaan, perkataan yang sia-sia, serta tidak manfaat.
3)      Meningkatkan amal soleh yang dilakukan ikhlas kerana Allah dan mengikut cara rasul saw. Mengapa? Setiap kita akan dipersoalkan dengan apa yang kita usahakan.
4)      Hidup adalah perjuangan untuk melawan hawa nafsu setiap hari dan bersabar dalam meneruskan amalan-amalan kebaikan.


#lawyerdesignbyquran(amen)
#5Muharam1438H
#rujukan-global RLQ










Wednesday, 5 October 2016

SUDAH ISLAM DENGAN SEBENAR-BENARNYA?

2: 112
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Kefahaman ayat merujuk Tafsir Azhar dari Hamka:
1)      Menyerahkan diri kepada Tuhan bermaksud tunduk dengan segenap jiwa dan raga terhadap perintah Allah, tidak membantah dan tidak menderhakai, tidak menolak kebenaran.
2)      Kemudian dibuktikan dengan berbuat baik dan beramala soleh.
3)      Bukan sekadar menyerah diri kepada Allah melalui mulut sahaja, namun perlu dibuktikan dengan amal soleh.
4)      Orang-orang yang beramal ini akan beroleh pahala dan syurga Allah.

Kesannya:
“tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita:
1)      Orang-orang begini tidak ada ketakutan untuk bertemu Allah kerana diri telah menyerah diri kepada Allah & amal soleh telah dilakukan.
2)      Mereka tidak berdukacita kerana segala amalan telah dipersiapkan untuk negeri yang kekal abadi , iaitu akhirat.

Bahasa: http://corpus.quran.com/wordimage?id=1964
1)      3rd person singular verb
2)      Fi’il Madhi
(sumber corpus quran.com)

Rujukan tafsir Azhar berkenaan perkataan tersebut:
1)      Bererti mereka telah menyerahkan diri kepada Allah. Orang tersebut pasti masuk syurga.
2)      Ayat ini memberi satu kefahaman bahawa tidak cukup sekadar mengakui Islam dengan mulut, namun tiada ketaatan pada Allah, tiada bukti amal soleh.
3)      Pengertian menyerah diri kepada Allah tiada
4)      Islam hanya pada keturunan dan kad pengenalan sahaja


Refleksi pada diri:
1)      Adakah aku benar-benar telah menyerah diri kepada Allah dengan sebenar-benar penyerahan? Iaitu beriman dengan ayat-ayat Allah, mematuhi segala perintah Allah dan meninggalkan larangan serta dibuktikan dengan amal soleh.
2)      Tidak cukup sekadar mengatakan bahawa aku telah masuk Islam namun tiada bukti.
3)      Analogi dengan kerjaya sebagai peguam, untuk setiap pensabitan kesalahan di mahkamah perlu ada pembuktian yang jelas seperti dokumentasi dan juga saksi-saksi untuk memberi syahadah (keterangan). Begitu juga di akhirat, Allah mahu melihat bukti-bukti amal-amal soleh kita dan semua anggota badan, (telinga, mata, kaki,kulit) akan menjadi syahadah/saksi sebagai segala amalan kita. Tidak ada yang akan terlepas. Semuanya saksi yang benar dan taat perintah Allah. Tidak selingkuh.

Action plan:
1)      Ayuh, kita benar-benar “Aslama”/ menyerah diri kepada Allah dengan sebenar-benar pembuktian.
2)      Orang yang benar & berjaya adalah menjadi hamba kepada Allah iaitu dengan “total submission” kepada Allah. Bukannya hamba kepada bos, kerjaya, harta, pangkat, populariti, penghargaan manusia & banyaknya pengikut.
3)      Apa indikatornya? Pastilah amal soleh dan sudah pasti ia bermula dengan kefahaman Al quran & sunnah yang jelas.
4)      “learn, live & life with quran “ dan seterusnya melakukan refleksi dalam setiap ayat & programkan dalam diri.
5)      Bila mahu bermula? Sekarang. The power of now. Mengapa? Apa yang pasti? Tiada yang pasti dalam hidup ini kecuali kematian.


#lawyerdesignbyquran
#rujukan-tafsir Al Azhar-hamka




Monday, 3 October 2016

SOLUSI MASALAH/STRESS MENURUT AL QURAN



SOLUSI MASALAH DALAM KEHIDUPAN
2 : 45
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
Refleksi:
Sewajarnya, solusi kepada permasalahan adalah:
1)      Sabar
2)      Solat dengan khusyuk.
Jadikanlah sabar & solat sebagai penlong dalam kehidupan.
Maksud sabar?
Sabar dalam Ayat 45 surah Al baqarah adalah kata nama (noun)
The second word of verse (2:45) is divided into 2 morphological segments. A preposition and noun. The prefixed preposition bi is usually translated as "with" or "by". The noun is masculine and is in the genitive case (مجرور). The noun's triliteral root is ṣād bā rā (ص ب ر). Together the segments form a preposition phrase known as jār wa majrūr (جار ومجرور).
Para ulama membagi kesabaran menjadi tiga hal
1)      sabar dalam ketaatan kepada Allah,
2)      sabar untuk meninggalkan kemaksiatan dan
3)      sabar menghadapi ujian dari Allah.
Dari Suhaib ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu’min: Yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)


Rujuk 2 : 153
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
Kefahaman:
1)      Allah bersama-sama orang yang sabar
2)      Allah akan menolong orang-orang yang sabar.

Apa maksud sabar? Mengapa perlu sabar sebelum solat?
Syarat Sabar adalah berilmu. Jika tidak berilmu, sabar tidak akan hadir
 8: 46 |  8: 66  | 76: 12  | 20: 130-132
8: 46
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
Kefahaman:
1)      Mengapa perlu bersabar, pertolongan Allah bersama orang-orang yang sabar

8: 66
Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.
76 : 12
Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.
Refleksi:
1)      Balasan kepada kesabaran adalah Syurga.
20 : 130
Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).
Kefahaman:
1)      Perintah Allah yang dimulakan dengan perintah untuk bersabar & diikuti dengan beribadah kepada tuhan.
20 : 131
Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.
20 : 132
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
Refleksi:
1)      Perintah untuk mengerjakan solat ini juga diiringi dengan perintah untuk bersabar menunaikan ketaatan tersebut
2)      Allah menegaskan kerja pemberi rezeki adalah dari Allah .

Perintah untuk bersabar 76: 24-25 | 3 : 200 | 18 : 28

76: 24
Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.
Kefahaman:
1)      Perintah untuk bersabar & mengerjakan ketaatan iaitu dengan mengikuti segala hukum yang telah diturunkan dalam Al quran

76 : 25
Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang
Refleksi:
1)      Selepas perintah bersabr, Allah perintah kan kita untuk mengingati Allah ketika solat di dalam dan luar solat.

3 : 200
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Refleksi:
1)      Perintah kepada orang-orang beriman untuk bersabar menghadapi kesukaran & mengerjakan kebajikan.
2)      Ciri-ciri untuk berjaya:
a)      Bersbar hadapi kesukaran
b)      Bersedia dengan kekuatan & strategi
c)      Bertaqwa kepada Allah
18 : 28
Dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya  pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
Refleksi:
1)      Perintah untuk kita terus bersabar bersama-sama orang yang menyeru ke arah Allah iaitu dengan memahami Al quran dan meneladani sirah Rasul saw.
2)      Apa ciri-ciri sabar dalam ketaatan ini:
-          Mereka tidak jemu mengajak manusia lain kepada Al quran dan sunnah pagi & petang. Mengapa?
-          Kerana mereka hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mati
-          Hati mereka tidak lalai dari mengingati Allah di dalam dan luar solat.

Persoalan, mengapa Allah gandingkan ayat berkenaan Sabar dan Solat?
Refleksi:
1)      Orang yang sabar melakukan ketaatan, meninggalkan maksiat & hadapi ujian adalah orang yang mematuhi segala perintah Allah.
2)      Kesannya, ia akan redha akan segala ketentuaan Allah
3)      Setelah bersabar ia akan berdoa mengharapkan pertolongan Allah.
4)      Kerana Solat itu adalah doa/ “submission” seorang hamba kepada penciptanya.
5)      Banyak dalil-dalil di atas menerangkan Allah akan bersama dengan orang-orang yang sabar, Allah akan memberi pertolongan kepada orang-orang yang sabar serta mencintai orang-orang yang sabar.
Konklusi:
1)      Jom selesaikan segala permasalahan dengan sabar dan solat mengharapkan pertolongan Allah
2)      Jika Allah bersama-sama kita, pasti solusi lebih mudah InshaAllah.
3)      Ingin menjadi orang-orang yang dicintai Allah, jom menjadi orang yang sabar
4)      Mari menjadi sebenar-benar hamba dengan melakukan ketundukan melalui solat

#2Muharam1438H
#lawyerdesignbyquran
#self-reflection