KEMBALIKAN
AKU KE DUNIA, PASTI AKU BERBUAT KEBAIKAN
32: 12-14 |
35: 36-37
1) 32: 12
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang
berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu
dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan
mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka
kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik;
sesungguhnya kami sekarang telah yakin".
Refleksi:
1)
Siapa
orang yang berdosa? Aku tergolong dalam golongan tersebut? Tanpa kita sedari,
kita banyak melakukan dosa secara sedar atau tidak sedar. Perkara paling mudah,
senang bersangka buruk pada musuh lain, terdapat sifat-sifat mazmumah dalam
diri, cemburu, iri hati, hasad dengki dan sebagainya.
2)
Apabila
berada di hadapan tuhan, kita akan menyesal kerana di dunia tidak beramal
kebaikan. Mengapa? Apabila tiba di negeri akhirat, baru sedar janji-janji Allah
adalah benar.
3)
Mereka
benar-benar menyesal kerana engkar akan ayat-ayat Allah.
4)
Mengapa
mahu kembali ke dunia? Kerana ingin berbuat amal-amal kebaikan. Why? Kerana sudah
sampai akhirat, baru yakin.
32: 13
Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami
telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan
beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari
masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah
petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab
di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku
akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa
hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)".
Kefahaman:
1) Allah menolak permohonan-permohonan
orang yang mahu kembali ke dunia untuk berbuat kebaikan.
2) Segala peluang telah diberi ketika di
dunia. Kitab Al quran telah diturunkan untuk seluruh manusia sebagai panduan
& Rasul diutuskan sebagai ikutan. Namun mereka ingkat
32: 14
(Lalu dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kelalaian kamu) maka
rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya
Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan yang demikian)
rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
Refleksi:
1)
Allah
memberi kita akal untuk berfikir. Di dunia kita diberi pilihan untuk berbuat
kebaikan atau kemungkaran.
2)
Mengapa
diberi azab di akhirat? Kerana kita dilalaikan dengan kehidupan dunia tanpa
menyedari kampong abadi adalah negeri akhirat.
3)
Ketika
di dunia, kita tidak yakin akan hari akhirat, kita tidak percaya pertemuan
dengan Allah. Nah, rasakan segala azab di akhirat.
4)
Percayalah,
setiap janji Allah adalah benar.
35: 36-37
35 : 36
Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka neraka Jahannam; mereka tidak
dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa), dan
tidak pula diringankan azab neraka itu dari mereka; dan demikianlah Kami
membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya.
Tadabur:
1) Apa balasan orang yang engkar? Neraka
jahanam
2) Janji Allah benar. Balasan bagi orang
yang engkar adalah azab neraka.
3) Keadilan Allah adalah mutlak. Orang
yang engkar akan diberi azab. Orang berbuat kebaikan diberi ganjaran. Tiada
tuhan yang amat teliti selain Allah dalam menghakim hamba-hambanya.
35: 37
Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu):
"Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan
mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan.
(lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu
dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa
yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul
(Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang
yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".
Tadabur:
1) Orang-orang di dalam neraka akan
merayu untuk keluar dari azab. Untuk buat apa? Untuk kerjakan amal-amal soleh.
2) Allah persoalkan kembali.
3) Persoalan pertama : Umur telah
dilanjutkan apa yang kamu buat?
4) Persoalan kedua: Masa untuk berfikir
berkenaan ayat-ayat Allah?
5) Allah telah mengutuskan Rasul untuk
memberi petunjuk, namun kita mengendahkan, tidak mengabaikan. Salah siapa? Salah
Rasul ? bukan . Sudah pasti salah kita yang Allah telah beri akal untuk
berfikir.
Konklusi:
1) Nikmat terbesar adalah belajar Al
quran dan boleh memahami Al quran. Mengapa? Kesannya..
2) Ia memberi matlamat yang jelas dalam
kehidupan. Kita akan jelas tujuan kita diciptakan di dunia
3) DUNIA DICIPTAKAN UNTUK MANUSIA.
MANUSIA DICIPTAKAN AKHIRAT.
4) Yakin dan percayalah kesenangan yang
abadi hanyalah di akhirat, nikmat yang berpanjangan.
5) Maka untuk nikmat itu kita perlu
berusaha.
6) Iaitu dengan berbuat amal-amal
kebaikan di dunia.
7) Antaranya belajar Al quran, mengajar
Al quran , infaq harta yang Allah berikan, sebarkan Al quran di tengah
masyarakat, buat kerja amal makruf nahi munkar.
8) Hidup di dunia adalah perjuangan
untuk berbuat amal kebaikan.
#lawyer design by quran
#rlq-pintar
No comments:
Post a Comment