PENYESALAN MANUSIA, “ KEMBALIKAN AKU HIDUP AGAR AKU DAPAT
BERAMAL SOLEH”.
23: 99-100 | 63: 9-11
| 6 : 21-31
1)
23: 99-100
23: 99
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut
kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku,
kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)
Refleksi:
1)
Siapa golongan yang ingkar? Bukan hanya terhad
kepada orang-orang kafir sahaja, tetapi termasuk orang yang ingkar akan
ayat-ayat Allah dan tidak beriman dengan janji-janji Allah seperti kedatangan
hari akhirat. Adakah aku termasuk dalam golongan itu?
2)
Di akhirat akan berlaku penyesalan oleh golongan
yang ingkar ini. Menyesal berkenaan apa? Masa yang berlalu tanpa amal soleh di
dunia. Mereka ingin kembali ke dunia. Mengapa? Mata wang akhirat yang sah hanya
amal soleh dan bukannya wang ringgit, perhiasan.
23: 100
"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang
soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan
dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang
mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal
tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Tadabur
:
1)
Mengapa menyesal di akhirat? Kerana hari-hari
yang berlalu tanpa amal soleh.
2)
Amal soleh Antara hal-hal yang boleh
menyelamatkan kita di akhirat.
3)
Apa itu amal soleh? Segala perbuatan kecil dan
besar dilakukan kerana Allah mengikut cara rasul s.a.w. Apa elemen yang dinilai
supaya ia dikira amal soleh? Perbuatan diniatkan ikhlas kerana Allah mengikut
metodologi Al quran dan Sunnah.
Benar, tanpa
disedari manusia sentiasa berada dalam kerugian. Kecuali siapa? Golongan ini:
103: 1-3
“Demi masa,
sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan sabar.
Refleksi:
1)
Siapa orang yang
tidak rugi? Apa kriteria dia?
-
Orang-orang yang beriman
-
Orang yang beramal soleh
-
Berpesan-pesan dalam kebenaran
-
Berpesan-pesan dalam kesabaran.
Satu persoalan dalam diri?? Adakah aku tergolong dan
memenuhi kriteria di atas. Misalnya, setiap pertemuan dengan keluarga, sahabat,
klien, orang bukan Islam, adakah aku berpesan-pesan dengan kebenaran &
meninggalkan mesej Al quran?
63: 9-11
63: 9
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan)
harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan
menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka
mereka itulah orang-orang yang rugi.
Tadabur:
1) Apa
hal yang kita sibukkan seharian? Apa yang sentiasa bermain di fikiran? Apa yang
sering dirisaukan? Duit… duit…. Bagaimana nak tambahkan duit? Bukannya salah
untuk memikirkan menambah nilai dalam kehidupan ataupun kea rah “financial freedom”,
namun tanpa disedari ia melalaikan kita. Syaitan, musuh yang nyata menang dalam
pertarungan ini dan berjaya melalaikan kita dari mengingati Allah.
2) Mengapa?
Kerana segala hal berkenaan dunia sentiasa di hati, fikiran & Qalbu.
3) Akhirat,
jauh sekali. Akhirat hanya di dalam solat, bacaan doa selamat, kenduri
kesyukuran. Selepas itu, “akhirat mindset” meninggalkan kita.
4) Nauzubillah,
kita tergolong dari orang-orang yang rugi. Mengapa? Tertipu dengan musuh iaitu
syaitan.
63: 10
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian
dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai
ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan
katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan
kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku
dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".
Refleksi:
1)
Jadi apa solusi, supaya tidak terpedaya dengan
musuh sebenar syaitan, banyak ayat quran menerangkan Kepentingan Infaq.
2)
Maka infakkanlah sebahagian rezeki yang Allah
kurniakan. Mengapa?
3)
Nanti di akhirat, terdapat sesuatu kekesalan, Ya
Allah kembalikannlah aku ke dunia sekejap sahaja, aku mahu membelanjakan
harta-harta aku ini di jalan mu.
4)
Namun, times up. One way ticket sahaja.
63: 11
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan
melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai
ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu
kerjakan.
Tadabur:
1)
Mengapa perlu beramal soleh? Kerana perkara yang
pasti di dalam kehidupan adalah kematian.
Konklusi:
1)
Setiap hari hidup adalah perjuangan untuk
sentiasa berbuat amal soleh
2)
Perjuangan ini hanya akan terhenti apabila nyawa
di kerongkong.
3)
Jika berdosa, bertaubatlah sekarang &
kembali ke pangkal jalan sekarang, kerana mati tidak mengira usia.
4)
Orang-orang yang berjaya adalah sentiasa
berpesan-pesan dengan kebenaran & kesabaran dalam setiap tindakan &
perkara.
5)
Perjuangan kita yang sebenar adalah untuk
mengejar syurga Allah yang kekal abadi &” Unlimited happiness” memerlukan
pengorbanan masa untuk memahami kalam-kalamnya. Mengamalkannya dan
menyebarkannya.
#lawyerdesignbyquran
#rujukanpintar
#selfreflection
#roadtojannah
No comments:
Post a Comment