Kuliah
hadith Ustaz Baharuddin Ayuddin- semat quran
Diolah oleh
Syafiqah Abdul Razak
Bacaan dalam
Solat Selawat Tahiyat Akhir
1. 33 : 56
“Sesungguhnya Allah dan
malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi
(Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya
serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
Perintah Allah untuk
berselawat adalah:
1 1) Ketika
solat;
2 2) Ketika
nama Nabi saw disebut
2.
“ 9:
128
“Sesungguhnya telah
datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi
Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang
ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia
pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang
beriman.”
Tugas Rasul SAW
-
Mengajak
manusia mentauhidkan Allah sebagai manusia yang mensyukuri
-
Hadith:
“Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, tidak bersyukur pada
Allah”.
5.
Rasul
diutuskan untuk membawa Al quran
6.
33:
43
“Dia lah yang memberi
rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk
mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang
terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah
rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat).”
Apa yang dimaksudkan rahmat itu?
14 :1
“Alif, Laam, Raa'. Ini
ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya
engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada
cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha
Terpuji.”
Tugas rasul
saw adalah membebaskan manusia daripada zulumat (kegelapan) kepada nur (cahaya)
Pengorbanan
Rasul saw adalah menyebarkan Al quran
Maka, jika
kita katakana kita cinta rasul, maka buktikan dengan belajar sirah rasul saw, belajar hadith &
amalkan.
Bukan hanya
terhad kepada selawat semata-mata.
Di dalam
tahiyat Akhirat, ada disebutkan Nabi Muhammad Saw & Nabi Ibrahim
60: 4
Sesungguhnya adalah
bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh
ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar):
"Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu
sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan
(dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan
kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata", tetapi
janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): "Aku
akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan
(azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu". (Berdoalah
wahai orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan
pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan
berkata): "Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri,
dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat
kembali!.
Tugas Nabi Ibrahim mengajak manusia mentauhidkan Allah.
Apa maksud ketaatan? 5
: 56
“Dan sesiapa yang
menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya
(maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada
ugama) Allah, itulah yang tetap menang.”
Sifat-sifat penolong Allah:
5 : 54-55
Wahai orang-orang yang
beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad),
maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga
kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang
beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang
dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada
celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang
diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah
kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (5: 54)
Point penting:
1)
Kasihkan
Allah
2)
Allah
kasih pada dirinya
3)
Berkasih
sayang-sesama orang beriman
4)
Tegas
terhadap orang kafir
5)
Berjuang
tanpa takut celaan
Refleksi: Adakah aku termasuk dalam golongan yang menjadi
penolong agama Allah? Adakah sanggup berkorban untuk sebarkan Al quran? Sejauh mana usaha untuk fahamkan Quran pada masyarakat?
Ajakan Nabi Ibrahim:
1)
Mentauhidkan
Allah
2)
Berkasih
sayang sesame orang beriman
3)
Tegas
dalam prinsip terhadap orang-orang kafir
68: 8-9
Oleh itu (berpegang teguhlah pada
ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan
orang-orang yang mendustakan (ugama Allah). (68:8)
Mereka suka kalaulah engkau bertolak
ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur
berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu). 68: 9
4) Berjuang di jalan Allah
5) Tidak takut pada orang yang mencela
Doa Nabi
Ibrahim
2:129 | 62 : 2
"Wahai Tuhan Kami!
Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan
membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi
kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati
dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (2 : 129)
Dia lah yang telah
mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul
(Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka
ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan
membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab
Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum
syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah
dalam kesesatan yang nyata. (62: 2)
Apa maksud
ummi?
2: 78
Dan di antara mereka
pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab
Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan
mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.
Refleksi
& tadabur : Aku ni masih ummi? Iqra sudah? Baca terjemahan sudah?
Faham sudah?
Amal sudah?
Or sekadar
ikut-ikutan.
Mengapa ada
golongan ummi?
30: 7
Mereka hanya mengetahui perkara yang
zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak
mengambil tahu tentang hari akhirat.
Refleksi:
hal dunia kita sungguh-sungguh. Ikhtiar sehabis mungkin, contoh pelajar
habiskan 4 tahun untuk degree, 2 tahun untuk master, 3 tahun untuk PHD. Seorang
pekerja sanggunp stay back, buat overtime untuk gaji lebih, tingkat prestasi
& dapat bonus. Pasangan samada suami/isteri akan cuba segala cara untuk
memuaskan hati pasangan masing-masing.
Apabila
sebut Al quran, nanti dulu lah, tunggu pencen, tunggu ada masa. Saya kan dah
tilawah, ok apa!!. Tak pe tak faham.
Pengalaman
sendiri, ok sahaja ambil masa 4 tahun belajar undang-undang, hafal kes-kes, Tak
faham cuba pelbagai cara untuk faham. Boleh je buat study group, buat past year
question.
Bila sebut
quran, bagaimana? Tidak beri full effort, jika ada masa buat, Jika free, baru
buat.
Why? Kenapa?
Kerana hati
cintakan dunia, tak Nampak manfaatnya.
Akhirat
bukan menjadi tujuan.
Mengapa
mereka tidak tahu berkenaan hari akhirat?
15 : 91
(Iaitu) mereka yang menjadikan
Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian
dan menolak sebahagian yang lain).
Refleksi:
Tanpa kita sedari kita banyak menggunakan Al Quran bahagian yang disukai sahaja
& mengikut bahagian2 tertentu. Contoh seorang businessman hanya ikut ayat
berkenaan rezeki sahaja, bgmn nak kaya. Seorang pelajar focus ayat berkenaan
untuk “score” dalam exam. Kita tidak menjadikan Al Quran sebagai peta
kehidupan. Jika ada masalah, Al Quran bukan sumber utama rujukan.
Tujuan baca
selawat:
1 Tanda kesyukuran kepada Allah dengan
pengutusan Nabi Muhammad saw dan Nabi Ibrahim
Ayuh, islahkan diri dengan peta Al Quran. Baca, faham, amalkan & sebarkan.
No comments:
Post a Comment