Thursday, 22 September 2016

1.       BERILAH PERINGATAN KEPADA MANUSIA PADA HARI YANG PENUH PENYESALAN
19: 39
Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.
Tadabur :
Pada hari akhirat, manusia merasa penyesalan yg amat sangat. Kenapa?
Kerana di dunia kita dilalaikan dengan pekerjaan, anak pinak, keluarga, perhiasan, perbandingan. Sehingga tidak sedar kematian menghampiri sebab terlampau asyik dengan dunia.
Nauzubillah. Ya Allah jadikanlah dunia hanya di tangan & akhirat di hati. Mengapa? Akhirat kehidupan kekal abadi & kejayaan sebenar masuk syurga firdaus tanpa dihisab. Macam vvip yang tidak perlu beratur panjang di airport.

2.       BERTAUBATLAH KETIKA DI DUNIA SUPAYA TIDAK MENYESAL DI AKHIRAT
2 : 185 | 6:55 | 8: 29 | 7 : 201 | 3: 134
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Kefahaman ayat :
1)      Tujuan Al quran diutuskan:
-          Petunjuk untuk sekalian manusia. Bukan terhad kepada orang Islam. Maka Al quran perlu disebarkan kepada seluruh umat manusia.
-          Keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk
-          Pembeza Antara hak & batil. Perkara ini penting dalam menjalani kehidupan seharian.

6: 55
Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu (supaya jelas jalan yang benar), dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa.
Refleksi:
-Allah memberi penegasan tentang Al quran yang jelas nyata jalan kebenaran & jalan kesesatan.
Hanya terpulang pada kita mahu memilih. Ayat sudah nyata. Janji Allah pasti berlaku.

8 : 29
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.
Refleksi:
-seringkali kita dengar Al quran sebagai solusi untuk kehidupan. Bagaimana mahu menjadi solusi?
- Apa kriteria untuk tergolong org yang diberi furqan (untuk membezakan Antara hak & batil)
-syaratnya adalah bertakwa.
- Satu persoalan , adakah aku telah benar2 bertakwa? Beriman dengan segala ayat-ayat Allah? Berhati-hati dalam setiap tindakan, perkara & perbuatan supaya tidak jatuh kepada dosa?
- persoalan ini hanya hati yang kembali kepada fitrah boleh menjawabnya.


7: 201
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
Refleksi:
1)      Apakah ciri-ciri orang yang bertakwa?
-          Apabila terdengar bisikan syaitan, hasutan untuk kejahatan, kemalasan, sifat mazmumah, sifat dengki, mereka terus ingat Allah. Istighfar, mohon keampunan kepada Allah.
2)      Aku bagaimana? Adakah larut dgn bisikan syaitan & mengikut hawa nafsu.


Konklusi,
Untuk benar-benar meningkatkan keyakinan akan hari akhirat perlu benar-benar memahamai Al quran dengan sebenar-benar bacaan. (2: 121). Al quran bukan hanya belajar di pinggir-pinggiran, di hujung-hujung usia, apabila ada masa. Namun, kita harus beri masa untuk Al quran, meletakkan priority di dalam kehidupan. Bermula dengan doa & keazaman disusuli dengan tindakan pasti Allah mudahkan. Usaha yang berterusan InshaAllah. Mengapa? Kejayaan sebenar hanya di akhirat, kedua-dua belah kaki masuk ke dalam syurga firdaus tanpa hisab. Kenikmatan yang abadi, kekal ,kesenangan berpanjangan.

Syafiqah Abd razak
#lawyerdesignbyquran

Rujukan RLQ-Pintar

No comments:

Post a Comment