Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulilah, dengan izin ALLAH, saya berkesempatan menghadiri satu tazkirah berkenaan "Siapakah Aku" di musolla engin, uia gombak.Penyampaian yang diberikan oleh kak sarimah amat menyentuh perasaan.Mengingatkan kembali tujuan kita dicipta di muka bumi. Tapi,di sini saya ingin berkongsi video yang menyentak kalbu & meruntun sanubari. Moga,anda semua dapat manfaat dari video ini.
Meskipun, hujung minggu ini masa dihabiskan bersama keluarga yang berkunjung di Banting untuk melawat adik yang berada di Matrikulasi.Kemudian ,kami bergerak ke Putrajaya melawat tok wan yang tinggal di rumah Mak teh sempena musim cuti sekolah. Sedih melihat raut wajah tok wan yang baru kehilangan isteri 2 bln yang lalu.
Betapa ,saya menghargai nikmat IBU BAPA yang ALLAH kurniakan kepada saya.
Betapa ,saya menghargai nikmat IBU BAPA yang ALLAH kurniakan kepada saya.
Syukur ke hadrat illahi ,atas nikmat yang ALLAH kurniakan untuk bersama keluarga. Betapa,kita ini sebagai manusia sering lupa nikmat yang diberikan oleh sehinggalah ALLAH tarik balik nikmat itu dari kita.
Mungkin kerana kita berasa selesa dengan "kebiasaan diberi nikmat". Cuba bayangkan kalo ALLAH tarik balik nikmat itu barulah kita tersedar dari lena betapa besarnya anugerah itu. Sedar atau tidak betapa banyak nikmat yang ALLAH kurniakan yang tidak pernah kita syukuri.
Cuba perhatikan diri anda sendiri . Betapa sempurna ciptaan Allah itu. Anda mempunyai raut wajah yang sempurna. Tapi anda mengeluh dengan sebiji jerawat yang ada. Anda mempunyai hidung tetapi mengeluh mengapa tidak mancung seperti orang lain. Anda mempunyai dua mata untuk melihat,tetapi masih juga mengeluh mengapa tidak berbentuk hazel atau berwarna biru seperti orang putih.Anda mempunyai sepasang kaki tapi masih mengeluh mengapa anda rendah dan tidak tinggi seperti orang lain.
Anda masih mempunyai ibu-bapa tetapi mengeluh kerana ibu-bapa anda tidak "alim, atau kaya " seperti orang lain.Anda seringkali membanding-bandingkannya dengan orang lain.
Ayat Al-Quran dalam Surah Ar-Rahman:"MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN"?
Anda masih mempunyai ibu-bapa tetapi mengeluh kerana ibu-bapa anda tidak "alim, atau kaya " seperti orang lain.Anda seringkali membanding-bandingkannya dengan orang lain.
Ayat Al-Quran dalam Surah Ar-Rahman:"MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN"?
Betapa kita ini manusia banyak mengeluh & merungut daripada mensyukuri.Cuba lihat betapa banyak nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita. Ayuh,sekarang ubah cara kita berfikir. Cuba mensyukuri dengan nikmat yang ada dan cuba lihat orang yang berada di bawah kita dari semua aspek untuk kenal erti betapa "BERTUAHNYA ANDA"
dengan nikmat yang ALLAH kurniakan.
dengan nikmat yang ALLAH kurniakan.
Saya menyeru diri saya & rakan-rakan supaya mensyukuri nikmat yang diberikan walaupun sekecil zarah.Ayuh, hayati video ini.Semoga kita beroleh manfaat.
"sampaikanlah walaupun 1 ayat"
" Janganlah melihat siapa yang menyampaikan, lihatlah apa yang disampaikan."
Semoga ALLAH redha
"sampaikanlah walaupun 1 ayat"
" Janganlah melihat siapa yang menyampaikan, lihatlah apa yang disampaikan."
Semoga ALLAH redha
Sungguh sayu ngan video klip ni.. subhanallah... semua yg ada di bumi ni adalah milik Allah... bumi Allah...
ReplyDeletebetul. semua milik ALLAH. tiada satu pun milik kita.
ReplyDelete"Nikmat ALLAH yang mana yang kamu dustakan."
(surah al-Rahman).
semoga ALLAH redha=)