Alhamdulilah, syukur ke hadrat illahi atas kesempatan untuk berkongsi. Memang radio IKIM FM ini menjadi santapan halwa telinga saya jika di bilik & dalam kereta kerana banyak input-input berguna yang dapat dikongsi bersama. Mungkin ada diantara kita sibuk dengan tugasan harian masing-masing, jadi dengan mendengar radio merupakan salah satu cara yang mudah & praktikal untuk duduk sekali di majlis ilmu.Kita boleh berada di bilik, tempat kerja,dalam kereta & restaurant untuk mendengar siaran radio yang bermanfaat.Pilihan di tangan kita.
Jika di Kuala Lumpur, frekuensinya 91.5 FM. Tapi pada hari ini saya nak sharing berkenaan "TIPS-TIPS MEMILIH SAHABAT". Saya ada peluang mendengar Rancangan Tafakur Fi-Din yang keudara Setiap hari Selasa Jam 9.15pm .
Sudah 2 minggu, dibicarakan tajuk memilih sahabat yang dipetik dari KITAB BIDAYATUL HIDAYAH (PETUNJUK DALAM HADIAH) karya IMAM GHAZALI.
Tapi pada hari ini, saya nak share tips-tips memilih sahabat dalam buku ini.Saya yakin ia amat berkaitan dengan kita untuk kejayaan dunia akhirat.Selain panduan kita bersama dalam mencari redhaNya.Peringatan buat diri saya juga & saya teringin menjadi seperti itu.
Imam Ghazali membahagikan kategori sahabat yang perlu dicari kepada 5 bahagian:
1) Orang Berakal
Saya tidak berpeluang mendengar ulasan tajuk ini kerana lambat buka radio.hehe.Tapi menurut kefahaman saya, golongan ini adalah orang yang dapat membezakan kebaikan & keburukan.Selain itu, tujuan hidupnya adalah untuk akhirat.
2) Orang yang Baik Akhlaknya
Alhamdulilah, time ini saya sudah sempat mendengar ulasan penceramah.Beliau menerangkan wasiat Saidina Al Qamah kepada anaknya dalam memilih sahabat :
1) Apabila kamu berkhidmat, dia akan membalasnya.
bukan bermakna kita mengharapkan balasan apabila dibantu,tetapi dia menghargai kita.
2)Apabila bersahabat dengannya, akan tambah nilai dirimu.
In other words,bertambah kualiti diri kamu.Misalnya, ilmu kita akan bertambah kerana dia orang yang berilmu.Akhlak kita juga akan bertambah baik kerana begitu tinggi akhlaknya.
3) Apabila dia ditimpa kesusahan, dia turut menanggungnya.
4) Apabila kamu menolong,dia akan membalas dengan kebaikan.
5) Apabila dia melihat kebaikan dalam diri mu, dia menghargainya
6) Apabila dia nampak kejahatan dalam dirimu, dia menutup keaibanmu
7) Apabila kamu berkata,dia akan membenarkan jika benda baik.In other words, jujur dalam bersahabat.
8) Apabila engkau membuat sesuatu perkara (kebaikan),dia akan terus menolong mu.
9) Apabila berselisih pendapat, dia akan memuliakan mu dlm perkara kebaikan.
Saya juga ingin menjadi seperti itu. Tetapi terlalu jauhnya rasanya. Namun kita perlu berusaha.Kerana ALLAH melihat sejauh mana usaha kita untuk melakukakn perubahan ke arah kebaikan.
3. Orang Soleh
In other words ,orang yang tidak membuat maksiat. Hal ini kerana orang yang berterusan membuat maksiat, lama-kelamaan dia akan hilang kebencian terhadap maksiat.Perkara itu sudah menjadi kebiasaan baginya.
Contoh mudah adalah ghibah (mengumpat) .Perkara ini sudah menjadi kebiasaan bagi kita.Walhal ghibah ini seperti kita memakan bangkai saudara kita sendiri. (reminder 4 me also)
4) Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia
Hal ini kerana urusannya,semuanya untuk kepentingan dunia semata-mata.Tiada yang dibuat untuk tujuan akhirat.Misalnya,hartanya dihabiskan utk keperluan duniawinya tanpa diinfakkan utk akhirat.
5) Jangan bersahabat dengan orang yang suka berbohong.
Ini merupakan satu kategori orang munafik.Segala perkataan & perbuatannya adalah dusta belaka.
Imam Ghazali mengkasifikasikan manusia kepada 3 jenis :
1) Makanan asasi =tanpanya kita tidak boleh hidup.
Maknanya, saudaramu untuk akhirat.
2) Ubat =kita perlukannya untuk masa-masa tertentu.
Contohnya ia diperlukan untuk urusan muamalat (seharian).
3) Penyakit = perlu dihindari.
Hal ini kerana sahabat seperti ini suka membuat fitnah.Namun, kita boleh mengambil teladan supaya tidak tergolong dalam kategori ini.
Ini sahaja ringkasan yang dapat saya kongsikan.For me, untuk mencari sahabat seperti yang disebut oleh Imam Ghazali, kita sendiri perlu berusaha berubah untuk menjadi lebih baik.Ayuh sama-sama kita cari, gali & kenalpasti MAKANAN ASASI KITA & UBAT.Hindarkan dari penyakit.
"Sampaikanlah walaupun 1 ayat ".
"Jangan melihat siapa yang menyampaikan,lihatlah apa manfaat yang dapat dikutip".
semoga ALLAH redha.
Hehe.. sahabat ngan kawan ada beza x? bagaimana kita nk ajak sahabat atau kawan kita ke arah kebaikan? mereka dengar nk dengar je... sbb alasan mereka, sy pun mcm mereka dulu... dia menganggap sy baik ikut musim je... mcm mana tu? dia kata org kat dunia ni baik ikut musim je.... mcm xpatut je...
ReplyDeleteso, the question is? apa tujuan anda berubah?
ReplyDeletekerana manusia or kerana ALLAH.
mmg kalo krn manusia ,perubahan itu sementara.tp,kalo krn ALLAH ia berterusan.
then,kalo anda berubah utk penghargaan manusia or keredhaan ALLAH.ask urself.
wallahulam...
thanks.. untuk berkekalan dan memdapat keredhaan wajib apa yg kita wat semua kerana Allah.. tp bagaimana kita nk menasihati rakan, tp mereka xmahu dengar...
ReplyDeletesaya juga tidak pandai memberi nasihat dlm bab ini.
ReplyDeletebut for me, yang ptg kita dah jalankn tugas ,amar makruf nahi mungkar.(seru ke arah kebaikan & tinggalkan kemungkaran) then, mungkin bisa mencontohi kita jika tunjukkan AKHLAK yang baik."perubahan perlukan masa".
tidaklah orang yg memberi nasihat lebih baik dari orang yang mendengar.