Alhamdulilah, dengan izinnya, saya dpt berkongsi sedikit bahan bacaan dengan para pembaca.Saya berkesempatan membeli beberapa buah buku di Bandung ,Indonesia ketika berkunjung ke sana bulan April lepas bersama rakan-rakan.Memang harga buku lebih murah di sana.Dengan harga 40 ribu rupiah,kita sudah dapat satu buku yang bermutu.40 ribu rupiah bersamaan =lebih kurang RM 16.Bayangkan dengan 100 ribu rupiah kita bisa membeli 3 buah buku yang bermutu tinggi.
Jadi saya tidak melepaskan peluang membeli beberapa buah buku di Palangsari, Bandung.
Saya mula tertarik membaca buku karya AMRU KHALID kerana bahasanya yang menyentuh jiwa &dekat di hati. Jadi di sini saya ingin berkongsi satu buku yang saya rasa amat relevan dengan kehidupan kita di muka bumi ini.Tidak kira tugas kita sebagai seorang pelajar, anak, pekerja, ibu-bapa dan seorang khalifah di muka bumi.
Buku ini saya ingin kongsikan iaitu "MENUJU JALAN KE SYURGA" by AMRU KHALID.
Tapi di kesempatan ini saya ingin fokuskan satu topik yang amat kena dengan kita semua iaitu IKHLAS. Saya rasa setiap orang perlu diingatkan "TUJUAN" setiap perkara itu dilakukan.
Ikhlas : hendaknya menjadikan ucapan, kehidupan, kematian, berdiam diri , beraktiviti ,saat sendiri, saat di tempat keramaian dan semua yang anda kerjakan di dunia dengan satu tujuan iaitu mencari keredhaan ALLAH.Kerana itulah,hal ini menjadi sesuatu yang amat penting untuk difikirkan.
Selain itu ,ia boleh diertikan bahawa IKHLAS adalah tidak adanya keinginan untuk dilihat,disanjung dan di puja saat melaksanakan sesuatu.Anda tidak risau jika tiada seorang pun melihat aktiviti yang anda lakukan kerana apa yang anda harapkan adalah penilaian ALLAH semata-mata.In other words, anda tidak memerlukan sanjungan dan pujian orang ketika melakukan kebaikan.
Kerana bagi anda "dan cukuplah ALLAH sebagai saksi" (Al-Fath (48):28).
Mungkin satu persoalan timbul di fikiran kita,adakah soal perlunya berbuat ikhlas ini hanya melibatkan urusan IBADAH semata-mata, bagaimana pula dengan rutin harian kita.Apakah dasarnya?Dasarnya adalah firman ALLAH s.w.t.
"katakanlah sesungguhnya solatku,ibdahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH,tuhan semesta alam,Tiada sekutu baginNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang pertama-pertama menyerahkan diri (kepada ALLAH). (Al-An'am(6) :162-163).
Darjat Keikhlasan yang Paling Utama adalah ikhlas dalam niat
Sesungguhnya yang menjadi pintu masuk keikhlasan adalah niat.Kerana itu, jika anda ingin mengetahui sejauh mana keikhlasan anda ,lihat dan tinjau ulang niat yang terpendam dalam hati anda.
Hal ini bersesuaian dengan Hadith 40 Imam Nawawi : "Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung niat dan segala perbuatan akan terwujud sesuai dengan yang diniatkan" .
Para ulama berkata, "Berapa banyak amal perbuatan yang kecil dan remeh,tapi mempunyai nilai yang amat besar kerana niatnya."
Kembali pada hadith Rasulullah ," Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung niat dan segala sesuatu akan bernilai sesuai dengan yang diniatkan.Siapa yang hijrahnya kepada ALLAH dan rasulNya, maka hijrahnya akan tertuju kepada ALLAH dan rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya,pada dunia yang akan didapatkannya, ataupun wanita yang akan dinikahinya, maka hijrahnya sesuai dengan niat ia berhijrah."
Sekarang saya akan bahagikan niat dengan 3 jenis :
1) Menanamkan Niat untuk Menjalankan Ketaatan kepada ALLAH s.w.t.
Jangan pernah anda melangkahkan kaki anda ke mana pun jua tanpa disertai dengan niat.Saat anda akan keluar rumah & melangkahkan kaki anda utk belajar , tanamkan niat dalam hati terlebih dalu.Begitu juga pada saat anda akan pergi ke Masjid utk solat.
Saudariku, jika kita mengenakan jilbab utk menutup aurat di pagi hari,anda perlu betulkan niat anda utk menutup aurat.Kita mesti bertanya kenapa aku mengambil keputusan utk mengenakan jilbab? Semua ini perlu anda dilakukan sehingga tertanam keinginan yang kuat dlm diri anda utk melakukannya dengan disertai dengan keikhlasan.
2) Menanamkan niat saat melakukan aktiviti yang sudah menjadi rutin harian
Hadith berkenaan dengan niat sudah berapa kali didengari di halwa telinga .saya yakin anda juga seperti saya sudah kerapkali mendengarnya.Tapi sejauh mana ia memberi kesan kepada kita.Cuba fikir-fikirkan.Namun,saya jarang praktikkannya. Tapi, bila difikir-fikirkan balik,betapa ruginya saya belajar, menuntut ilmu atau membuat kerja harian tanpa menata NIAT yang jelas.Hanya mendapat habuan dunia semata-mata.Jadi ,ayuh jom kejar pahala dengan membetulkan niat kita untuk cari KEREDHAAN ALLAH semata-mata.
Di mana keikhlasan anda saat sedang belajar...begitu byk waktu anda habiskan tapi tidak kerana ALLAH swt...terus, apakah kehidupan anda seperti ini memilik manfaat? Lantas bagaimana kita mesti ikhlas dlm belajar.
Firstly, kita harus menetapkan niat kerana pertama kali yg menjadi tolak keikhlasan adalah niat.Jadi,apa yg harus dilakukan ? Kenapa aku belajar? Aku belajar kerana tidak sepatutnya bagi orang beriman gagal dalam ujian. Aku belajar kerana aku menganggap bahawa sudah cukup kaum kafir memimpin dunia dan sudah sampai saatnya umat Islam memimpin dunia.Aku belajar dengan tekun agar aku dapat menempati posisi di tengah-tengah masyarakat .Dengan demikian, aku dapat mengajak mereka kembali kepada aturan ALLAH swt.Dengan ada niatnya seperti ini, setiap gores pena di buku akan bernilai dan berpahala.
Betapa indahnya,Islam itu kan sahabat, dengan niat yang baik ,rutin harian yang kita lakukan dapat dikira sebagai ibadah.Anda belajar,bekerja, dan pada masa yang sama anda mendapat PAHALA. Mungkin dengan ada niat seperti ini, semangat untuk belajar juga semakin meningkat.
Contoh mudah dalam rutin harian kita.Saat anda mengenakan baju.Apa niat anda saat mengenakan baju? Aku ingin mengenakan baju yang bagus. Mengapa?Supaya teman-teman memandang hormat kepadaku dan memuji , "cantiknya, baju awak". Dengan niat seperti ini anda tidak akan mendapatkan pahala kerana ANDA TIDAK IKHLAS.
Lantas,bgmn kita harus berniat? Saat anda mengenakan pakaian ,tanamkan niat dalam diri ANDA bahawa dengan mengenakan pakaian ini ,aku ingin menjadi teladan bagi org lain dan mengajak mereka memenuhi panggilan ALLAH swt. Tiada masalah jika anda ingin mengenakan baju yang indah & bagus asal sahaja dalam sesuai dengan syariat disertai dengan niat utk menjalankan ketaatan kepada ALLAH. Kesannya, baju yg anda kenakan menjadi ibadah bagi anda dan layak mendapat pahala dari ALLAH swt. (reminder 4 me also).
Di antara mereka yang membaca tulisan ini, ada yang mendapatkan balasan satu kebajikan.Ada yang mendapatkan sepuluh kebajikan, ada yang medapatkan tujuh ratus kebajikan dan ada pula yang mendapatkan lebih. Mungkin juga orang yang membaca tulisan ini mendapat balasan yang lebih berbanding penulis nya.Mahasuci, Engkau, Ya ALLAH ! Siapa yang mengetahui nilai balasan dari-Nya? Hanya ALLAH semata-mata kerana keikhlasan merupakan rahsia ALLAH.
"Sampaikanlah walaupun Satu ayat"
"Janganlah melihat siapa yang menyampaikan ilmu, lihatlah apa manfaat yang dapat kita kutip".
semoga ALLAH redha =).
smbgn...
No comments:
Post a Comment