ASSALAMUALAIKUM W.B.T
KITA YAKIN DENGAN RUKUN ISLAM & RUKUN IMAN.TETAPI,SEJAUH MANA KITA PRAKTIKKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.KITA YAKIN ALLAH ITU ADA,TETAPI KITA MASIH BERGANTUNG HARAP PADA MANUSIA? MENGHARAPKAN MANUSIA?
CONTOH MUDAH,KITA YAKIN ALLAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG, TETAPI KITA MASIH MENGANGGAP IBU-BAPA KITA SAHAJA YANG MENJAGA KITA DAN MELINDUNGI KITA.JIKA SUDAH BERKAHWIN,MENGANGGAP SUAMI KITA SEBAGAI PELINDUNG & PENJAGA KITA.SEJAUH MANA KEBERGANTUNGAN & KEYAKINAN KITA KEPADA ALLAH?? IYA, KITA TAHU BAHAWA ALLAH SEHARUSNYA DILETAKKAN SEBAGAI PRIORITI DALAM KEHIDUPAN.KEMUDIAN ,DIIKUTI RASUL.TETAPI, PERBUATAN KITA TIDAK MENGGAMBARKAN KEYAKINAN KITA.BUKANKAH ALLAH ITU SEBAIK-BAIK PELINDUNG ?
Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu). (SURAH AL-AHZAB :48).
MENGAPA SAYA KATA BEGITU.MISALNYA,JIKA SAKIT,KEMUDIAN SETELAH BERJUMPA DOKTOR,KITA SEMBUH KEMBALI.ADA ATAU TIDAK KITA FIKIRKAN YANG ALLAH YANG MENGHENDAKI KITA SEMBUH & WASILAHNYA (ASBAB) MELALUI DOKTOR.CONTOH LAIN,SEHARI-HARIAN,KITA MAKAN PAGI,TENGAHARI & MALAM.ADA ATAU TIDAK TERDETIK DALAM FIKIRAN KITA,YANG ALLAH KURNIAKAN REZEKI MELALUI ASBAB (WASILAH)PEKERJAAN.
SO,BAGAIMANA NAK TIMBULKAN KEYAKINAN YANG ALLAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG & PENGURUS DALAM KEHIDUPAN.
JUSTERU ITU,SAYA INGIN SHARING BAHAWA KEYAKINAN KITA KEPADA ALLAH AKAN BERTAMBAH,JIKA IBADAH KITA BERTAMBAH.INI ILMU YANG SAYA PEROLEHI KETIKA MENGHADIRI HALAQAH MUSLIMAH: PENYUCIAN JIWA DI MUSOLLA MAHALLAH RUQAYYAH.DISAMPAIKAN OLEH USTAZ MAT SALLEH (LECTURER UIA GOMBAK).
MAKA SAYA INGIN SHARING ,IBADAH YANG MUDAH YANG KITA BOLEH LAKUKAN.YANG KADANG-KADANG KITA TERLEPAS PANDANG.
KHUSUSNYA HARI KHAMIS & MALAM JUMAAT, AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN.
1) SESIAPA YANG BACA SURAH AL-KAHFI, PADA MALAM JUMAAT,
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat” (HR. Ibnu Katsir)
Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu’an:
“Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya” (HR. Ibnu Katsir)
Jom pakat,ramai-ramai baca surah Al-kahfi.
KEMUDIAN,PADA HARI JUMAAT,AYUH BANYAKKAN SELAWAT.
HADITH : SESIAPA YANG BERSELAWAT 80X ,DIAMPUNKAN BAGINYA,DOSA 80 TAHUN.
"sampaikanlah walaupun satu ayat"
"janganlah melihat siapa yang menyampaikan,lihatlah manfaat yang diperoleh"
semoga ALLAH redha=)
No comments:
Post a Comment