Syukur ke hadrat illahi, saya diberi kesempatan untuk mendengar rancangan "ISLAM ITU INDAH" di IKIM FM ,radio pilihan anda. Rancangan itu ke udara setiap hari rabu, jam 9.10am. Tetamu jemputan untuk segmen itu adalah Prof. Dr. Muhaya. Untuk pengetahuan semua,beliau merupakan seorang pakar mata tetapi beliau mampu menjadikan aspek tugasnya sebagai DOKTOR untuk medium dakwah & melihat kehidupan dari sisi yang berbeza.Jadi,siapa kita,apa pangkat kita,kita disuruh untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.Ayuh berpegang dengan hadis ini untuk kita buat investment for AKHIRAH.
"SAMPAIKALAH WALAUPUN SATU AYAT"
Saya sungguh tertarik dengan penyampaiannya yang menganggap bahawa "LIFE IS ALL ABOUT OUR PERCEPTION". Bagaimana cara kita memandang kehidupan itu akan menentukan bagaimana kita menjalani kehidupan seharian.
Tajuk yang saya ingin kongsikan pada hari ini adalah berkenaan dengan "KESOMBONGAN".Cuba anda tanya pada diri anda.Adakah saya seorang yang sombong? Jika anda sudah berjaya mengenggam segulung ijazah dan memandang rendah pada orang yang rendah tahap pendidikan dari diri anda. Anda merupakan orang yang sombong. Jika ada mempunyai pangkat yang tinggi dan tidak melayani orang bawahan anda dengan cara yang sepatutnya, yes you are arrogant type of person. Jika diberi harta kekayaan ,tetapi memandang hina orang miskin. Sudah terang lagi bersuluh, anda orang yang sombong. Jika anda dikurniakan ALLAH wajah yang handsome atau cantik tetapi memandang rendah pada orang lain ,sudah pasti anda tergolong dalam golongan orang yang sombong. Semoga kita semua tidak tergolong dalam kategori di atas.
Sekarang, jom lihat ciri -ciri orang yang sombong, semoga kita dapat muhasabah diri kita balik. Pertama, orang yang tidak suka senyum kepada orang lain. Apabila melihat orang, dia hanya nampak kekurangan orang itu sahaja. Selain itu ,dia tidak suka sebarkan salam.Bukankah Rasullah s.a.w berpesan :
Hadis Abdullah bin Amru r.a:
Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Apakah sifat yang paling baik dalam Islam? Rasulullah s.a.w bersabda: Memberikan makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali atau pun tidak.
(Riwayat Muslim)
Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Apakah sifat yang paling baik dalam Islam? Rasulullah s.a.w bersabda: Memberikan makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali atau pun tidak.
(Riwayat Muslim)
Saya menyeru kepada diri saya & semua sahabat pembaca, supaya jangan tinggalkan perkara yang amat mudah seperti memberi salam untuk kita kutip pahala dengan cara yang mudah. Bukankah Islam itu indah?Dengan memberi salam kita mampu menyambung silaturahim dan melenturkan kemarahan seseorang.
Mudahkan memberi salam, orang kaya,miskin,muda,tua, dan sesiapa sahaja boleh memberi salam.Cuma benda yang mudah ini,kita ambil enteng dan ringan.
Antara ciri -ciri orang yang sombong ialah dia suka merendah-rendahkan orang lain dan menolak kebenaran.Orang yang suka mengaibkan orang lain secara tidak langsung sebenarnya dia sedang menyembunyikan kelemahan diri dia.Sebenarnya,mereka yang mengharapkan penghargaan manusia ini merupakan orang yang "KASIHAN" kerana mereka perlukan manusia untuk rasa dihargai. Bukankah, ALLAH berfirman :
Surah At-Taubah ayat 129.
Sebenarnya,sedar tidak sedar kita ini sering sombong dengan ALLAH.Jika ada masalah kita lebih suka mengadu kepada manusia daripada direct terus mengadu kepada ALLAH.(reminder 4 me also)
Bukankah manusia itu seperti kita juga insan yang lemah dan serba kekurangan. Mengapa kita terus mengadu kepada pencipta manusia iaitu ALLAH.
Orang yang sombong juga merupakan orang yang banyak alasan apabila diajak ke arah kebaikan.Misalnya,mereka ini tidak suka menghadiri majlis ilmu, tidak suka mendengar ceramah agama. Apabila diajak,mereka akan balas "SAYA SUDAH TAHU, OH...OH TAJUK CERAMAH ITU SAYA PERNAH DENGAR, OH..USTAZ TU.. DH BIASA DGR.. Lihat, betapa sombongnya kita, sudah berasa cukup dengan ilmu yang ada.
Jadi, saya pesan kepada diri saya," Jangan budget bagus" dengan apa yang kita ada kerana kita ini semuanya sama di sisi ALLAH, bezanya kita dengan orang lain adalah tahap ketaqwaan kita.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".
( Surah Al.Hujurat ; 13 )
Peringatan untuk diri ini dan sahabat pembaca, jauhkan diri dari sifat sombong dan latih diri untuk bersifat rendah hati.Jangan kita mengikut jejak langkah iblis yang sombong sehingga dilaknat oleh ALLAH kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam kerana wujud perasaan sombong dalam dirinya.
YA ALLAH, jauhkanlah kami dari sifat sombong dan kurniakanlah kami sifat rendah hati.=)
"SAMPAIKANLAH WALAUPUN SATU AYAT"
"JANGAN MELIHAT SIAPA YANG MENYAMPAIKAN ,TETAPI LIHAT APA MANFAAT YANG DAPAT DIKUTIP"
SEMOGA ALLAH REDHA =)
No comments:
Post a Comment