"JANGAN BERMIMPI UNTUK ISLAM MENANG SELAGI BILANGAN MEREKA SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID TIDAK SERAMAI MEREKA YANG DATANG UNTUK SOLAT JUMAAT...
(MOSHE DAYAN,JENERAL TENTERA YAHUDI DAN BEKAS MENTERI PERTAHANAN ISRAEL)
Renung-renungkanlah.Bagaimana kita hendak perangi Israel laknatullah jikalau tidak mampu solat berjemaah.Jangan hanya pandai berkata-kata, berdemonstrasi di jalanan tapi gagal bermujahadah untuk melawan hawa nafsu.Gagal bangkit menunaikan solat subuh berjemaah.Bangkitlah wahai kaum muslimin & muslimat.Jangan enak dibuai mimpi.Kekuatan ummah hanya boleh disatukan jika kita betul-betul menjaga solat jemaah.
1 solat berjemaah = 27 solat sendiri
1 tahun solat berjemaah = 27 tahun solat bersendirian
10 tahun solat berjemaah = 270 tahun solat bersendirian
30 tahun solat berjemaah =810 tahun solat bersendirian.
Subhanallah ....indahnya islam..
"BARANG SIAPA SOLAT ISYAK BERJEMAAH MAKA SEOLAH-SEOLAH DIA TELAH SOLAT SETENGAH MALAM ,BARANGSIAPA SOLAT SUBUH BERJEMAAH ,MAKA SEOLAH-OLAH DIA TELAH MELAKSANAKAN SOLAT MALAM SATU MALAM PENUH ." (HADIS RIWAYAT MUSLIM)...
Subhanallah, betapa sayangnya ALLAH kepada hambanya.Namun hambanya, yang gagal memahami & tidak merebut peluang.
Jangan harap umat islam akan berjaya,maju ke hadapan, mampu mengalahkan israel ,JIKALAU solat berjemaah tidak mampu dijaga.Wahai kaum muslimin & muslimat, jangan hanya padai mengkritik & memprotes tetapi tiada tindakan mampu dilaksanakan.Buktikan,kamu sayangkan Islam, kamu mahu Islam dipandang tinggi, kamu mahu agama Islam dihormati.Lakukan dengan bermula dari dirimu..
Jaga waktu solat mu.Wahai kaum rijal ,bagaimana kamu mahu memimpin keluarga jika dirimu tidak terjaga.Solat berjemaah pada waktunya,tidak mampu ditunaikan.PUT ALLAH AS PRIORITY IN YOUR LIFE.
Alhamdulilah,diberi kesempatan oleh ALLAH menghadiri kursus TAHSIN SOLAT di uia gombak.Banyak input-input & ilmu baru dipelajari.Satu persoalan yang saya nak kongsi disini ....Bagaimana nak dapat Khusyuk dalam solat ?????
My only answer to this question ,faham apa yang kita baca dalam solat. cuba ambil masa memahaminya...Kemudian kita akan dapat 'feel". kita merintih dan merayu dalam solat. Bak kata ustaz kalo kita nak layan habis /feel sesuatu lagu tu, kita kena faham dulu maksud lagu itu.Maksud tersirat & tersurat. Saya menyeru diri saya & sahabat pembaca, jom kita faham dulu semua bacaan dalam solat. Then,I.allah kita akan dapat rasa nikmatnya,bestnyer solat. Subhanallah.Ya Allah,berikanlah aku kekhusyukan dalam solat & rasa manisnya bersolat.
"sampaikanlah walaupun satu ayat ".
Ya Allah terimalah segala amalanku ikhlas semata-mata untuk mencari redha mu.
No comments:
Post a Comment