Alhamdulilah..Hujung minggu yang lepas banyak dihabiskan dengan aktiviti yang bermanfaat.Saya dan rakan-rakan alumni SMKA Kerian meluangkan masa menguruskan program hala tuju SPM. Fokusnya,adalah jalan-jalan mana yang hendak dituju selepas SPM.
Saya juga berkesempatan sharing pengalaman peribadi dengan adik-adik. Saya memilih untuk menyambung STPM.Di kala rakan-rakan seperjuangan yang lain further study di matrik,diploma, foundation untuk luar negara.Walaupun,saya ada ditawarkan untuk sambung diploma. Iya,saya mengakui, result SPM tidak secemerlang rakan-rakan lain disebabkan beberapa faktor.
Namun, apa yang saya nk sharing di sini adalah, kadang-kadang ALLAH uji kita dengan sesuatu yang kita tidak suka, tetapi sebenarnya itulah perkara yang terbaik untuk kita.Begitu juga,tidak semestinya benda yang kita suka itu adalah baik untuk kita.Memang kita merancang,tetapi ALLAH adalah sebaik-baik perancang. Yakin & redha sahaja dengan perancangan ALLAH.
Hal ini terjadi pada diri saya sendiri. Pada permulaannya,saya sendiri tidak suka sambung belajar STPM kerana pelbagai sebab.Kena pakai uniform sekolah la, STPM tiada masa depan yang cerah la & pelbagai alasan yang seangkatan dengannya.
Namun,sedar atau tidak sedar STPM yang mematangkan hidup saya. Mengajar saya erti mengejar cita-cita,melatih diri menjadi pemimpin,discover minat saya dalam bidang debat .Saya bersyukur ALLAH sediakan jalan STPM untuk saya kerana banyak pengalaman yang mendewasakan saya.
Kemudian, Alhamdulilah dengan rezeki & nikmat yang ALLAH kurniakan ,saya dapat menyambung pelajaran
dalam bidang undang-undang.Syukur ke hadrat ALLAH.
Rupa-rupanya, ada hikmat di sebalik ujian yang ALLAH berikan.Mungkin saya tidak bersedia untuk sambung pelajaran di matrik ,atau universiti. Jadi ALLAH tangguhkan dahulu,saya habis STPM, then terus ditawarkan di UIAM. Subhanallah, ALLAH sebaik-baik perancang.
Kata-kata, di atas adalah antara sharing saya dengan adik-adik junior.Apa yang saya nak share di sini adalah,kita kena yakin dengan ketentuan ALLAH. dengan Qada' dan Qadar.Kita hanyalah manusia lemah yang cetek ilmunya.
Alhamdulilah,syukur dengan nikmat yang dikurniakan ALLAH. Kesempatan berjumpa dengan rakan-rakan .Semuanya, sudah berubah menjadi lebih baik dari sehari ke sehari.Subhanallah. Semoga ALLAH terima amalan saya yang tidak seberapa ini. YA ALLAH ikhlaskanlah segala niat kami semata-mata untuk mencari keredhaan Mu.amin.
Seterusnya,syukur atas nikmat sahabat yang ALLAH kurniakan.Semoga ukhuwah ini berkekalan.Sayang korang semua, melin,solehah,tkah,shue,kina,shue,yana,kelip-kelip,& semua yg hadir dalam program itu.
Seterusnya,syukur atas nikmat sahabat yang ALLAH kurniakan.Semoga ukhuwah ini berkekalan.Sayang korang semua, melin,solehah,tkah,shue,kina,shue,yana,kelip-kelip,& semua yg hadir dalam program itu.
"SAMPAIKANLAH WALAUPUN SATU AYAT".
"IKHLASKAN NIAT UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH".
No comments:
Post a Comment