Tuesday, 31 May 2011

Jom buat investment utk akhirat

Sedar tidak sedar, sebenarnya mudah utk invest dalam saham akhirat.Syaratnya mudah :
a)ikhlas melakukan setiap perbuatan hanya kerana ALLAH.
misalnya,jalan utk pergi ke kuliah & tempat kerja.Setiap perbuatan kita tidak kira kecil atau besar,diniatkan utk cari keredhaan ALLAH.bermula dari bangun tidur hinggalah kita tidur pada malam hari.
b) Niatkan setiap perbuatan & perkataan hanya utk cari keredhaan ALLAH & bukan penghargaan manusia.
Ayuh,rakan-rakan kita berlumba-lumba membuat kebajikan yag mudah.Misalnya,bersedia membantu sahabat-sahabat kita yang memohon pertolongan.Jadi volunteer utk setiap perkara yang ajak ke arah kebaikan.
p/s : beri senyum seikhlas mungkin kepada setiap orang yg anda jumpa utk dapat pahala dgn cara mudah.


Semoga ALLAH redha=)

Monday, 30 May 2011

ALLAH MASIH SAYANGKAN KAMU

Assalamualaikum W.B.T

Setiap hari dalam kehidupan ,kita akan diuji dengan pelbagai masalah & cabaran.Bermula dari bangun tidur sehinggalah kita kembali ke tempat tidur.Misalnya,di pagi hari, kita mungkin kena marah oleh pensyarah atau bos disebabkan oleh sesuatu yang bukan salah kita pada mulanya.Tetapi,mungkin kita yang menjadi mangsa keadaan.Mungkin anda pernah mengalami pengalaman seperti ini.


Jadi, bagaimana kita respon dengan keadaan begini?Adakah kita akan marah-marah, tension, tertekan dan stress.Tapi,as muslim kita sudah diajar bahawa setiap dugaan harus dihadapi dengan tenang & muhasabah.


Hadith : "bertapa beruntung orang beriman itu, bila diberi nikmat dia bersyukur, bila diuji dia bersabar."


Jadi, saya mengajak diri saya & rakan-rakan pembaca melihat bahawa apabila kita diuji dengan sesuatu musibah samaada kecil atau besar  itu menunjukkan bahawa ALLAH  masih sayangkan kita.Dia mahu kita kembali kepadaNya ,meminta pertolongan kepadaNya.Itu jelas menunjukkan betapa sebenarnya ALLAH amat sayangkan kita.Cuma,kita yang tidak mengerti.




So,kita harus bersangka baik kepada ALLAH.Hadith : "AKU SEPERTI APA YANG HAMBAKU SANGKAKAN".


Saya juga pernah diuji dengan kemelut yang berpunca disebabkan kelalaian saya sendiri.Kesannya,menyebabkan saya disalaherti. Apa tindakan saya?Sudah pasti saya berasa tertekan kerana terdapat pihak yang menyalahkan saya.


Namun,saya tidak biar perasaan itu larut dalam fikiran saya.Solusinya,saya mengakui kelemahan saya dan meminta maaf.Saya menganggap itu merupakan cubaan ALLAH kepada diri saya.


Betapa saya sedar,begitu lemahnya saya apabila diuji sebegitu.Walhal, ia merupakan perkara kecil sahaja.Tetapi ,telah menyesakkan fikiran saya.


Ya ALLAH, kau permudahkan urusanku. Engkau yang membolak-balikkan hati manusia,lembutkanlah hati mereka dengan melupakan masalah itu. Amin..