Sunday, 18 September 2016

Refleksi Solat & Al quran

Kuliah hadith Ustaz Baharuddin Ayuddin- semat quran
Diolah oleh Syafiqah Abdul Razak
Bacaan dalam Solat Selawat Tahiyat Akhir
1.      33 : 56
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
 Perintah Allah untuk berselawat adalah:
1     1) Ketika solat;
2    2) Ketika nama Nabi saw disebut

2.       “  9: 128
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”

Tugas Rasul SAW
-          Mengajak manusia mentauhidkan Allah sebagai manusia yang mensyukuri
-          Hadith: “Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, tidak bersyukur pada Allah”.
5.      Rasul diutuskan untuk membawa Al quran
6.      33: 43
“Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat).”

Apa yang dimaksudkan rahmat itu?
14 :1
“Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.”

Tugas rasul saw adalah membebaskan manusia daripada zulumat (kegelapan)  kepada nur (cahaya)
Pengorbanan Rasul saw adalah menyebarkan Al quran
Maka, jika kita katakana kita cinta rasul, maka buktikan dengan  belajar sirah rasul saw, belajar hadith & amalkan.
Bukan hanya terhad kepada selawat semata-mata.

Di dalam tahiyat Akhirat, ada disebutkan Nabi Muhammad Saw & Nabi Ibrahim
60: 4
Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata", tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): "Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu". (Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!.

Tugas Nabi Ibrahim mengajak manusia mentauhidkan Allah.

Apa maksud ketaatan?  5 : 56
“Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.”

Sifat-sifat penolong Allah:
5 : 54-55
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (5: 54)

Point penting:

1)      Kasihkan Allah
2)      Allah kasih pada dirinya
3)      Berkasih sayang-sesama orang beriman
4)      Tegas terhadap orang kafir
5)      Berjuang tanpa takut celaan

Refleksi: Adakah aku termasuk dalam golongan yang menjadi penolong agama Allah? Adakah sanggup berkorban untuk sebarkan Al quran? Sejauh mana usaha untuk fahamkan Quran pada masyarakat?

Ajakan Nabi Ibrahim:
1)      Mentauhidkan Allah
2)      Berkasih sayang sesame orang beriman
3)      Tegas dalam prinsip terhadap orang-orang kafir
68: 8-9
Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah). (68:8)

Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu). 68: 9

4)      Berjuang di jalan Allah
5)      Tidak takut pada orang yang mencela

Doa Nabi Ibrahim
2:129   | 62 : 2
"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (2 : 129)
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (62: 2)

Apa maksud ummi?
2: 78
Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.

Refleksi & tadabur : Aku ni masih ummi? Iqra sudah? Baca terjemahan sudah?
Faham sudah? Amal sudah?
Or sekadar ikut-ikutan.

Mengapa ada golongan ummi?
30: 7
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.

Refleksi: hal dunia kita sungguh-sungguh. Ikhtiar sehabis mungkin, contoh pelajar habiskan 4 tahun untuk degree, 2 tahun untuk master, 3 tahun untuk PHD. Seorang pekerja sanggunp stay back, buat overtime untuk gaji lebih, tingkat prestasi & dapat bonus. Pasangan samada suami/isteri akan cuba segala cara untuk memuaskan hati pasangan masing-masing.

Apabila sebut Al quran, nanti dulu lah, tunggu pencen, tunggu ada masa. Saya kan dah tilawah, ok apa!!. Tak pe tak faham.

Pengalaman sendiri, ok sahaja ambil masa 4 tahun belajar undang-undang, hafal kes-kes, Tak faham cuba pelbagai cara untuk faham. Boleh je buat study group, buat past year question.

Bila sebut quran, bagaimana? Tidak beri full effort, jika ada masa buat, Jika free, baru buat.

Why? Kenapa?
Kerana hati cintakan dunia, tak Nampak manfaatnya.
Akhirat bukan menjadi tujuan.

Mengapa mereka tidak tahu berkenaan hari akhirat?
15 : 91
(Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain).

Refleksi: Tanpa kita sedari kita banyak menggunakan Al Quran bahagian yang disukai sahaja & mengikut bahagian2 tertentu. Contoh seorang businessman hanya ikut ayat berkenaan rezeki sahaja, bgmn nak kaya. Seorang pelajar focus ayat berkenaan untuk “score” dalam exam. Kita tidak menjadikan Al Quran sebagai peta kehidupan. Jika ada masalah, Al Quran bukan sumber utama rujukan.

Tujuan baca selawat:
1    Tanda kesyukuran kepada Allah dengan pengutusan Nabi Muhammad saw dan Nabi Ibrahim

      Ayuh, islahkan diri dengan peta Al Quran. Baca, faham, amalkan & sebarkan.


















Wednesday, 13 July 2016

PEGUAMBELA & PEGUAMCARA

SYAFIQAH RAZAK & CO
PEGUAMBELA & PEGUAMCARA
BATU CAVES, GOMBAK

TEL:03-61780856 /0132335021.
Email : syafiqahrazakco@gmail.com


Perkhidmatan:
1. Perjanjian Jual Beli Rumah
2. Perjanjian Sewaan
3. Kes Kemalangan
4. Nasihat Syariah
5. Pecah Kontrak
6. Penipuan


Bagi yang mencari peguambela & peguamcara boleh berhubung dengan nombor di atas



Thursday, 17 March 2016

[LOT TANAH MURAH UNTUK DIJUAL]




HSM 3584 PT 7147, R.P.T (tambahan) batu 2, Jalan Bidor Tapah.
372 meter persegi. 
Anggaran 15 x 24
Tanah : untuk perumahan.
Harga : RM50,000.00
Prefer cash buyer.
Sesuai utk pelaburan & bina sebiji banglo.
Berdekatan dengan uitm tapah.
Interested : +60 0132335021

Thursday, 25 February 2016

 KEJAYAAN MENURUT AL QURAN

{Surah Al Hujurat (49):1}
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului ALLAH dan rasulnya, dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar lagi maha mengetahuai.

1) Dalam apa-apa perkara, jangan belakangkan ALLAH dan RASUL,
2) Kita akan berjaya jika mengikut ALLAH & RASUL, agama yang lengkap dan sempurna.

112: 2
 " Allah tempat meminta segala sesuatu"

*Segala pengharapan hanya kepada ALLAH.

2:138
"Sibghah (agama) Allah, siapa yang lebih baik sibghahnya dari Allah? Dan kepadanya kami menyembah.

Apa maksud sibghah ALLAH?
a) Panduan/sistem hidup berdasarkan Al Quran.
b) Ikut sunnah Rasul s.a.w
c) Jaminan perlindungan dari Allah.
d) Hasil yang diperolehi pasti
Allah tempat bergantung, berserah, berharap.

Kesan: masyarakat akan berjaya & maju jika ikut sistem quran.

Kata Kunci: 66: 6
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu & keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & berhala. "

Maksudnya, untuk berjaya kena ikut sistem Al-quran.

Berniaga kena ikut sistem Al-quran, Jika mulakan dengan Al quran, ALLAH  pasti akan beri kejayaan.

Belajar kena ikut sistem Al quran, Bekerja ikut sistem quran, Berkahwin ikut sistem Quran, Berprogram ikut sistem quran.

Maksudnya ikut garis panduan quran.

Jika kita bergantung kepada ALLAH dan ikut cara Rasul s.a.w , kita akan berjaya.

Kerana jika kita ikut majoriti, tidak semestinya yang majoriti itu betul,

6:116
"Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu daripada jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya sangkaan semata-mata dan mereka hanya melakukan pembohongan."

Maka, jelas tidak semua yang ikut majoriti adalah benar.

Jadi,

Sewajarnya setiap pekerjaan, perbuatan difokuskan untuk akhirat. InshAllah, dunia akan hadir & datang kepada kita.

Formula untuk berjaya :
1) Jaga diri kita & ahli keluarga daripada api neraka.
2) Ikut sistem al quran dalam setiap pekerjaan, perbuatan & aktivit harian dalam kehidupan


#sharingkelastadabur
#designwithquran
#syafiqahrazak&co



Monday, 22 February 2016

SYAFIQAH RAZAK & CO

SYAFIQAH RAZAK & CO
ADVOCATES & SOLICITOR
PEGUAMBELA & PEGUAMCARA

ALHAMDULILAH, I ALREADY STARTER MY OWN LEGAL PRACTICE.

INSHAALLAH WILL ASSISTS ON THIS AREAS:
1)CONVEYANCING (agreements & financing)
2)LITIGATION (court matters)
3) SYARIAH ADVISORY
4)LEGAL ADVISORY.

FIRM LOCATED:BATU CAVES, SELANGOR . Tapah, Perak.

Tel: 03-61780856
Fax:03-61780856
Email:syafiqahrazakco@gmail.com (prefer).

Kindly revert for any assistance. 


Tuesday, 17 March 2015

KEYAKINAN DIRI

Keyakinan diri? apakah yang dimaksudkan keyakinan diri.
Saya ada baca satu tulisan dalam sebuah buku, yang mengatakan dalam menentukan tahap keyakinan diri seseorang, cuba lihat bagaimana tahap kebergantungan dirinya pada ALLAH.
Jika tahap pergantungan kita tinggi pada ALLAH, pasti tahap keyakinan kita tinggi.
Mengapa?
Kerana kita yakin Allah ada
Nothing is impossible with Allah
Kerana kita bergantung kepada dzat yang maha Kuasa & Maha Agung,

Berbalik kepada kerjaya sebagai peguam, keyakinan diri penting kan? Ya, pasti.
Bagi saya, di mahkamah ,saya akan lebih berkayakinan diri apabila:
1) Memakai pakaian yang sempurna menutup aurat (believe it or not, semakin labuh tudung, semakin tinggi keyakinan diri).Sudah pasti Allah yang mencampakkan perasan itu.
2) Saya yakin Allah bersama saya dalam setiap perbicaraan, kes . Kalah dan menang itu adat.
3) Kita hanya watak-watak di dalam pentas dunia ini.
4) Formula yang boleh saya rumuskan.

Semakin tinggi tahap kebergantungan kita pada Allah, semakin tinggi tahap keyakinan diri.
Muhasabah: selama hari ni kita tidak yakin pada diri kita kerana kita salah meletakkan tempat pergantungan.


Semoga ALLAH redha :)

Monday, 26 January 2015

Centre of Life

Questions to be ponder?

What is centre of our life?
Is it Wealth centred?
Is it Family centred?
Is it relationship centred?
Is it friends centred?
Is it Neighbours centred?
Is it Brand Centred?
Is it Popularity centred?
Is it Brand centred?

All this create imbalance in Life.

Solution:
Allah centred. All this create balance in our life.

May Allah ease.