Friday 30 September 2016

KEMBALIKAN AKU KE DUNIA

KEMBALIKAN AKU KE DUNIA, PASTI AKU BERBUAT KEBAIKAN
32: 12-14 | 35: 36-37

1)      32: 12
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

Refleksi:
1)      Siapa orang yang berdosa? Aku tergolong dalam golongan tersebut? Tanpa kita sedari, kita banyak melakukan dosa secara sedar atau tidak sedar. Perkara paling mudah, senang bersangka buruk pada musuh lain, terdapat sifat-sifat mazmumah dalam diri, cemburu, iri hati, hasad dengki dan sebagainya.
2)      Apabila berada di hadapan tuhan, kita akan menyesal kerana di dunia tidak beramal kebaikan. Mengapa? Apabila tiba di negeri akhirat, baru sedar janji-janji Allah adalah benar.
3)      Mereka benar-benar menyesal kerana engkar akan ayat-ayat Allah.
4)      Mengapa mahu kembali ke dunia? Kerana ingin berbuat amal-amal kebaikan. Why? Kerana sudah sampai akhirat, baru yakin.

32: 13
Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)".

Kefahaman:
1)      Allah menolak permohonan-permohonan orang yang mahu kembali ke dunia untuk berbuat kebaikan.
2)      Segala peluang telah diberi ketika di dunia. Kitab Al quran telah diturunkan untuk seluruh manusia sebagai panduan & Rasul diutuskan sebagai ikutan. Namun mereka ingkat

32: 14
(Lalu dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".

Refleksi:
1)      Allah memberi kita akal untuk berfikir. Di dunia kita diberi pilihan untuk berbuat kebaikan atau kemungkaran.
2)      Mengapa diberi azab di akhirat? Kerana kita dilalaikan dengan kehidupan dunia tanpa menyedari kampong abadi adalah negeri akhirat.
3)      Ketika di dunia, kita tidak yakin akan hari akhirat, kita tidak percaya pertemuan dengan Allah. Nah, rasakan segala azab di akhirat.
4)      Percayalah, setiap janji Allah adalah benar.

35: 36-37

35 : 36
Dan orang-orang yang kafir, bagi mereka neraka Jahannam; mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa), dan tidak pula diringankan azab neraka itu dari mereka; dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya.

Tadabur:
1)      Apa balasan orang yang engkar? Neraka jahanam
2)      Janji Allah benar. Balasan bagi orang yang engkar adalah azab neraka.
3)      Keadilan Allah adalah mutlak. Orang yang engkar akan diberi azab. Orang berbuat kebaikan diberi ganjaran. Tiada tuhan yang amat teliti selain Allah dalam menghakim hamba-hambanya.

35: 37
Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".

Tadabur:
1)      Orang-orang di dalam neraka akan merayu untuk keluar dari azab. Untuk buat apa? Untuk kerjakan amal-amal soleh.
2)      Allah persoalkan kembali.
3)      Persoalan pertama : Umur telah dilanjutkan apa yang kamu buat?
4)      Persoalan kedua: Masa untuk berfikir berkenaan ayat-ayat Allah?
5)      Allah telah mengutuskan Rasul untuk memberi petunjuk, namun kita mengendahkan, tidak mengabaikan. Salah siapa? Salah Rasul ? bukan . Sudah pasti salah kita yang Allah telah beri akal untuk berfikir.


Konklusi:
1)      Nikmat terbesar adalah belajar Al quran dan boleh memahami Al quran. Mengapa? Kesannya..
2)      Ia memberi matlamat yang jelas dalam kehidupan. Kita akan jelas tujuan kita diciptakan di dunia
3)      DUNIA DICIPTAKAN UNTUK MANUSIA. MANUSIA DICIPTAKAN AKHIRAT.
4)      Yakin dan percayalah kesenangan yang abadi hanyalah di akhirat, nikmat yang berpanjangan.
5)      Maka untuk nikmat itu kita perlu berusaha.
6)      Iaitu dengan berbuat amal-amal kebaikan di dunia.
7)      Antaranya belajar Al quran, mengajar Al quran , infaq harta yang Allah berikan, sebarkan Al quran di tengah masyarakat, buat kerja amal makruf nahi munkar.
8)      Hidup di dunia adalah perjuangan untuk berbuat amal kebaikan.

#lawyer design by quran
#rlq-pintar












Thursday 29 September 2016

PENYESALAN MANUSIA, “ KEMBALIKAN AKU HIDUP AGAR AKU DAPAT BERAMAL SOLEH”.

PENYESALAN MANUSIA, “ KEMBALIKAN AKU HIDUP AGAR AKU DAPAT BERAMAL SOLEH”.
23: 99-100 |  63: 9-11 | 6 : 21-31

1)      23: 99-100

23: 99

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)
Refleksi:
1)      Siapa golongan yang ingkar? Bukan hanya terhad kepada orang-orang kafir sahaja, tetapi termasuk orang yang ingkar akan ayat-ayat Allah dan tidak beriman dengan janji-janji Allah seperti kedatangan hari akhirat. Adakah aku termasuk dalam golongan itu?

2)      Di akhirat akan berlaku penyesalan oleh golongan yang ingkar ini. Menyesal berkenaan apa? Masa yang berlalu tanpa amal soleh di dunia. Mereka ingin kembali ke dunia. Mengapa? Mata wang akhirat yang sah hanya amal soleh dan bukannya wang ringgit, perhiasan.

23: 100
"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

                Tadabur :
1)      Mengapa menyesal di akhirat? Kerana hari-hari yang berlalu tanpa amal soleh.
2)      Amal soleh Antara hal-hal yang boleh menyelamatkan kita di akhirat.
3)      Apa itu amal soleh? Segala perbuatan kecil dan besar dilakukan kerana Allah mengikut cara rasul s.a.w. Apa elemen yang dinilai supaya ia dikira amal soleh? Perbuatan diniatkan ikhlas kerana Allah mengikut metodologi Al quran dan Sunnah.

Benar, tanpa disedari manusia sentiasa berada dalam kerugian. Kecuali siapa? Golongan ini:

103: 1-3
Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Refleksi:
1)      Siapa orang yang  tidak rugi? Apa kriteria dia?
-          Orang-orang yang beriman
-          Orang yang beramal soleh
-          Berpesan-pesan dalam kebenaran
-          Berpesan-pesan dalam kesabaran.
Satu persoalan dalam diri?? Adakah aku tergolong dan memenuhi kriteria di atas. Misalnya, setiap pertemuan dengan keluarga, sahabat, klien, orang bukan Islam, adakah aku berpesan-pesan dengan kebenaran & meninggalkan mesej Al quran?

63: 9-11
63: 9
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Tadabur:
1)      Apa hal yang kita sibukkan seharian? Apa yang sentiasa bermain di fikiran? Apa yang sering dirisaukan? Duit… duit…. Bagaimana nak tambahkan duit? Bukannya salah untuk memikirkan menambah nilai dalam kehidupan ataupun kea rah “financial freedom”, namun tanpa disedari ia melalaikan kita. Syaitan, musuh yang nyata menang dalam pertarungan ini dan berjaya melalaikan kita dari mengingati Allah.
2)      Mengapa? Kerana segala hal berkenaan dunia sentiasa di hati, fikiran & Qalbu.
3)      Akhirat, jauh sekali. Akhirat hanya di dalam solat, bacaan doa selamat, kenduri kesyukuran. Selepas itu, “akhirat mindset” meninggalkan kita.
4)      Nauzubillah, kita tergolong dari orang-orang yang rugi. Mengapa? Tertipu dengan musuh iaitu syaitan.

63: 10
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".

Refleksi:
1)      Jadi apa solusi, supaya tidak terpedaya dengan musuh sebenar syaitan, banyak ayat quran menerangkan Kepentingan Infaq.
2)      Maka infakkanlah sebahagian rezeki yang Allah kurniakan. Mengapa?
3)      Nanti di akhirat, terdapat sesuatu kekesalan, Ya Allah kembalikannlah aku ke dunia sekejap sahaja, aku mahu membelanjakan harta-harta aku ini di jalan mu.
4)      Namun, times up. One way ticket sahaja.

63: 11
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

Tadabur:
1)      Mengapa perlu beramal soleh? Kerana perkara yang pasti di dalam kehidupan adalah kematian.

Konklusi:
1)      Setiap hari hidup adalah perjuangan untuk sentiasa berbuat amal soleh
2)      Perjuangan ini hanya akan terhenti apabila nyawa di kerongkong.
3)      Jika berdosa, bertaubatlah sekarang & kembali ke pangkal jalan sekarang, kerana mati tidak mengira usia.
4)      Orang-orang yang berjaya adalah sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran & kesabaran dalam setiap tindakan & perkara.
5)      Perjuangan kita yang sebenar adalah untuk mengejar syurga Allah yang kekal abadi &” Unlimited happiness” memerlukan pengorbanan masa untuk memahami kalam-kalamnya. Mengamalkannya dan menyebarkannya.

#lawyerdesignbyquran
#rujukanpintar
#selfreflection
#roadtojannah










Wednesday 28 September 2016

MENGAPA TIDAK MENGGUNAKAN AKAL UNTUK MEMAHAMI AL QURAN?
35: 37 |  67: 8-11 | 39: 71-72 |  45: 31-33 |  23: 104- 114

1)       35: 37
Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".

Tadabur Ayat di atas :
1)      Manusia merasa penyesalan yang amat bersangatan,  tidak tahan dengan azab. Ingin kembali ke dunia untuk beramal soleh, namun telah terlambat.
2)      Namun, Allah bertanya, Bukankah telah diberi umur yang panjang, akal berfikir , namun manusia tidak menggunakan akal untuk melihat ayat-ayat Allah.  Akal yang diberi tidak digunakan untuk memahami Al quran?
3)      Rasul juga telah diutuskan untuk memberi peringatan, namun kita masih ingkar dengan ayat-ayat  Allah?


2)      39: 71-72
39: 71
Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?" Mereka menjawab: "Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.

Refleksi:
1)      Orang-orang yang engkar dengan janji-janji Allah akan dihalau ke neraka, mengapa?
2)      Mereka tidak meyakini apa yang dibawa Rasul saw iaitu Al quran  dan mereka tidak meyakini akan hari akhirat.
39: 72

(Setelah itu) dikatakan kepada mereka: "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam.

Tadabur: balasan orang-orang yang engkar adalah neraka jahanam.

45 : 31-33

45 : 31

Adapun orang-orang yang kafir, (maka mereka akan ditempelak dengan dikatakan kepada mereka): "Bukankah ayat-ayatku telah disampaikan dan dibacakan kepada kamu, lalu kamu berlaku sombong takbur (mengingkarinya), serta menjadi kaum yang sentiasa melakukan kesalahan?

Refleksi:
1)      Ayat ini bukan terhad kepada orang kafir sahaja, tetapi terhadap orang-orang yang engkar akan ayat-ayat Allah.
2)      Nanti di akhirat kita akan dipersoalkan, mengapa sombong akan ayat-ayat Allah? Tidak yakin dan tidak percaya.

45 : 32

"Dan apabila dikatakan (kepada kamu): ` Sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar, dan hari kiamat tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya ', kamu berkata: ` Kami tidak mengetahui apa dia hari kiamat itu; kami hanya mengira (kemungkinannya) sebagai sangkaan jua, dan kami tidak sekali-kali meyakininya '."

Refleksi:
1)      Segala janji-janji Allah di dalam Al quran adalah benar. Tiada keraguan akannya. ( 2: 2)

45 : 33
Dan (pada ketika itu) ternyatalah kepada mereka balasan kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan, serta mereka diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek itu!
Konklusi:
1)      Akal yang Allah beri seharusnya digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah.
2)      Akal ini akan dipersoalkan akan tujuan yang digunakan.
3)      Adakah kita guna Akal yang Allah beri untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah.


#lawyerdesignby quran
#rlq pintar









Thursday 22 September 2016

1.       BERILAH PERINGATAN KEPADA MANUSIA PADA HARI YANG PENUH PENYESALAN
19: 39
Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.
Tadabur :
Pada hari akhirat, manusia merasa penyesalan yg amat sangat. Kenapa?
Kerana di dunia kita dilalaikan dengan pekerjaan, anak pinak, keluarga, perhiasan, perbandingan. Sehingga tidak sedar kematian menghampiri sebab terlampau asyik dengan dunia.
Nauzubillah. Ya Allah jadikanlah dunia hanya di tangan & akhirat di hati. Mengapa? Akhirat kehidupan kekal abadi & kejayaan sebenar masuk syurga firdaus tanpa dihisab. Macam vvip yang tidak perlu beratur panjang di airport.

2.       BERTAUBATLAH KETIKA DI DUNIA SUPAYA TIDAK MENYESAL DI AKHIRAT
2 : 185 | 6:55 | 8: 29 | 7 : 201 | 3: 134
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Kefahaman ayat :
1)      Tujuan Al quran diutuskan:
-          Petunjuk untuk sekalian manusia. Bukan terhad kepada orang Islam. Maka Al quran perlu disebarkan kepada seluruh umat manusia.
-          Keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk
-          Pembeza Antara hak & batil. Perkara ini penting dalam menjalani kehidupan seharian.

6: 55
Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu (supaya jelas jalan yang benar), dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa.
Refleksi:
-Allah memberi penegasan tentang Al quran yang jelas nyata jalan kebenaran & jalan kesesatan.
Hanya terpulang pada kita mahu memilih. Ayat sudah nyata. Janji Allah pasti berlaku.

8 : 29
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.
Refleksi:
-seringkali kita dengar Al quran sebagai solusi untuk kehidupan. Bagaimana mahu menjadi solusi?
- Apa kriteria untuk tergolong org yang diberi furqan (untuk membezakan Antara hak & batil)
-syaratnya adalah bertakwa.
- Satu persoalan , adakah aku telah benar2 bertakwa? Beriman dengan segala ayat-ayat Allah? Berhati-hati dalam setiap tindakan, perkara & perbuatan supaya tidak jatuh kepada dosa?
- persoalan ini hanya hati yang kembali kepada fitrah boleh menjawabnya.


7: 201
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
Refleksi:
1)      Apakah ciri-ciri orang yang bertakwa?
-          Apabila terdengar bisikan syaitan, hasutan untuk kejahatan, kemalasan, sifat mazmumah, sifat dengki, mereka terus ingat Allah. Istighfar, mohon keampunan kepada Allah.
2)      Aku bagaimana? Adakah larut dgn bisikan syaitan & mengikut hawa nafsu.


Konklusi,
Untuk benar-benar meningkatkan keyakinan akan hari akhirat perlu benar-benar memahamai Al quran dengan sebenar-benar bacaan. (2: 121). Al quran bukan hanya belajar di pinggir-pinggiran, di hujung-hujung usia, apabila ada masa. Namun, kita harus beri masa untuk Al quran, meletakkan priority di dalam kehidupan. Bermula dengan doa & keazaman disusuli dengan tindakan pasti Allah mudahkan. Usaha yang berterusan InshaAllah. Mengapa? Kejayaan sebenar hanya di akhirat, kedua-dua belah kaki masuk ke dalam syurga firdaus tanpa hisab. Kenikmatan yang abadi, kekal ,kesenangan berpanjangan.

Syafiqah Abd razak
#lawyerdesignbyquran

Rujukan RLQ-Pintar

Sunday 18 September 2016

Refleksi Solat & Al quran

Kuliah hadith Ustaz Baharuddin Ayuddin- semat quran
Diolah oleh Syafiqah Abdul Razak
Bacaan dalam Solat Selawat Tahiyat Akhir
1.      33 : 56
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
 Perintah Allah untuk berselawat adalah:
1     1) Ketika solat;
2    2) Ketika nama Nabi saw disebut

2.       “  9: 128
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”

Tugas Rasul SAW
-          Mengajak manusia mentauhidkan Allah sebagai manusia yang mensyukuri
-          Hadith: “Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, tidak bersyukur pada Allah”.
5.      Rasul diutuskan untuk membawa Al quran
6.      33: 43
“Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat).”

Apa yang dimaksudkan rahmat itu?
14 :1
“Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.”

Tugas rasul saw adalah membebaskan manusia daripada zulumat (kegelapan)  kepada nur (cahaya)
Pengorbanan Rasul saw adalah menyebarkan Al quran
Maka, jika kita katakana kita cinta rasul, maka buktikan dengan  belajar sirah rasul saw, belajar hadith & amalkan.
Bukan hanya terhad kepada selawat semata-mata.

Di dalam tahiyat Akhirat, ada disebutkan Nabi Muhammad Saw & Nabi Ibrahim
60: 4
Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata", tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): "Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu". (Berdoalah wahai orang-orang yang beriman sebagaimana Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya berdoa ketika mereka memusuhi kaumnya yang kafir, dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!.

Tugas Nabi Ibrahim mengajak manusia mentauhidkan Allah.

Apa maksud ketaatan?  5 : 56
“Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.”

Sifat-sifat penolong Allah:
5 : 54-55
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (5: 54)

Point penting:

1)      Kasihkan Allah
2)      Allah kasih pada dirinya
3)      Berkasih sayang-sesama orang beriman
4)      Tegas terhadap orang kafir
5)      Berjuang tanpa takut celaan

Refleksi: Adakah aku termasuk dalam golongan yang menjadi penolong agama Allah? Adakah sanggup berkorban untuk sebarkan Al quran? Sejauh mana usaha untuk fahamkan Quran pada masyarakat?

Ajakan Nabi Ibrahim:
1)      Mentauhidkan Allah
2)      Berkasih sayang sesame orang beriman
3)      Tegas dalam prinsip terhadap orang-orang kafir
68: 8-9
Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah). (68:8)

Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu). 68: 9

4)      Berjuang di jalan Allah
5)      Tidak takut pada orang yang mencela

Doa Nabi Ibrahim
2:129   | 62 : 2
"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (2 : 129)
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (62: 2)

Apa maksud ummi?
2: 78
Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.

Refleksi & tadabur : Aku ni masih ummi? Iqra sudah? Baca terjemahan sudah?
Faham sudah? Amal sudah?
Or sekadar ikut-ikutan.

Mengapa ada golongan ummi?
30: 7
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.

Refleksi: hal dunia kita sungguh-sungguh. Ikhtiar sehabis mungkin, contoh pelajar habiskan 4 tahun untuk degree, 2 tahun untuk master, 3 tahun untuk PHD. Seorang pekerja sanggunp stay back, buat overtime untuk gaji lebih, tingkat prestasi & dapat bonus. Pasangan samada suami/isteri akan cuba segala cara untuk memuaskan hati pasangan masing-masing.

Apabila sebut Al quran, nanti dulu lah, tunggu pencen, tunggu ada masa. Saya kan dah tilawah, ok apa!!. Tak pe tak faham.

Pengalaman sendiri, ok sahaja ambil masa 4 tahun belajar undang-undang, hafal kes-kes, Tak faham cuba pelbagai cara untuk faham. Boleh je buat study group, buat past year question.

Bila sebut quran, bagaimana? Tidak beri full effort, jika ada masa buat, Jika free, baru buat.

Why? Kenapa?
Kerana hati cintakan dunia, tak Nampak manfaatnya.
Akhirat bukan menjadi tujuan.

Mengapa mereka tidak tahu berkenaan hari akhirat?
15 : 91
(Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain).

Refleksi: Tanpa kita sedari kita banyak menggunakan Al Quran bahagian yang disukai sahaja & mengikut bahagian2 tertentu. Contoh seorang businessman hanya ikut ayat berkenaan rezeki sahaja, bgmn nak kaya. Seorang pelajar focus ayat berkenaan untuk “score” dalam exam. Kita tidak menjadikan Al Quran sebagai peta kehidupan. Jika ada masalah, Al Quran bukan sumber utama rujukan.

Tujuan baca selawat:
1    Tanda kesyukuran kepada Allah dengan pengutusan Nabi Muhammad saw dan Nabi Ibrahim

      Ayuh, islahkan diri dengan peta Al Quran. Baca, faham, amalkan & sebarkan.