Wednesday 29 June 2011

Jangan Marah

Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.



p/s : Marah biar bertempat. Kalo Agama,kita dihina ,kita  wajib marah. Tetapi, jangan ikut hawa nafsu untuk marah.

Friday 24 June 2011

BERSYUKUR, JANGAN MERUNGUT.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

JIKA ANDA MERASAKAN ANDA ORANG YANG LEMAH, BERADA DI BAWAH,KEKURANGAN,TIDAK BERJAYA,SERING DIUJI,MASIH ADA INSAN LAIN YANG HIDUP SERBA KEKURANGAN.

AYUH BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA.DAN JANGAN MERUNGUT DENGAN APA YANG KITA TIADA.

"betapa indahnya kehidupan orang mukmin itu,dia bersyukur apabila diberi nikmat dan bersabar apabila diuji. "HADITH.

SAMA-SAMA HAYATI VIDEO INI DENGAN MATA HATI ANDA.

APA YANG ANDA RASA SEKARANG ?BUKANKAH ANDA LEBIH BERTUAH DARI ORANG YANG BUTA & ORANG YANG CACAT.

JOM START BERSYUKUR DENGAN  SEGALA NIKMAT-NIKMAT YANG ALLAH KURNIAKAN.CUBA LIHAT ANGGOTA BADAN ANDA YANG SEMPURNA, NIKMAT IBU-BAPA,NIKMAT MENUNTUT ILMU, NEGARA YANG AMAN & SEGALA MACAM NIKMAT YANG ALLAH KURNIAKAN.

Monday 20 June 2011

PENJARA SG.BULOH

AL-BAQARAH : 168 "WAHAI MANUSIA! MAKANLAH DARI (MAKANAN) YANG HALAL DAN BAIK YANG TERDAPAT DI BUMI DAN JANGANLAH KAMU MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH SETAN.SUNGGUH,SETAN ITU MUSUH YANG NYATA BAGIMU.

SAYA TERPANDANG AYAT INI KETIKA MASUK UNTUK DIPERIKSA SEBELUM BERJUMPA DENGAN PRISONER . MEMANG SEBELUM BERJUMPA DENGAN CLIENT, KENA  LALUI CHECK UP OLEH PEG.PENJARA."JANGAN MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH SETAN".BANYAK MAKSUD YANG INGIN DI SAMPAIKAN.JANGAN IKUT HAWA NAFSU,JANGAN BUAT JENAYAH,JANGAN LANGGAR PERINTAH ALLAH.

ALHAMDULILAH,PENGALAMAN YANG BERMAKNA BUAT SAYA PADA HARI INI.BERPELUANG MENGIKUTI MY LAWYER BERJUMPA CLIENT DI PENJARA SG.BULOH.FOR YOUR INFORMATION, SAYA SEDANG MENJALANI LAW ATTACHMENT PROGRAMME SELAMA 3 BLN DI LAW FIRM.IN OTHERS WORDS,PRACTICAL.

FIRSTLY,KAMI MEMASUKI PINTU KHAS YANG HANYA DISEDIKAN UNTUK PEG.PENJARA,LAWYER & BANDUAN SAHAJA.THEN,KENA CHECK UP .TO MAKE SURE,TIADA BARANG TERLARANG DIBAWA.THEN,KAMI DIESCORT OLEH PEG.PENJARA MELALUI SEL-SEL TAHANAN.

MEMANG JELAS KELIHATAN,BANDUAN DI TEPI-TEPI SEL. HONESTLY,AGAK CUAK JUGA KETIKA MELALUI SEL.BUT,ADA OFFICER YANG FOLLOW.SO,NO WORRIES SANGAT.THEN,KAMI MASUK KE BILIK TAHANAN.KELIHATAN BANDUAN DI KIRI &KANAN DALAM SEL.MEMANG DISEDIAKAN BILIK-BILIK KHAS UNTUK LAWYER BERJUMPA CLIENT.

KETIKA SAYA SAMPAI,MEMANG BILIK-BILIK KECIL ITU DIPENUHI LAWYER DENGAN CLIENT MASING-MASING I.E OKT (PRISONER).BILIK, ITU HANYA ADA SATU MEJA KAYU YANG KECIL,THEN KERUSI.KITA MENGADAP FACE TO FACE WITH THE CLIENT.

ACTUALLY,PRISONER YANG KAMI NAK JUMPA ADALAH DISABITKAN KESALAHAN MEROGOL &MENCABUL. NAUZUBILLAH.BRIEFLY,ATAS KESALAHAN MEROGOL ANAK TIRINYA YANG BERUSIA 11 TAHUN.ASTGHAFIRUALLAHAZIM.KESNYA,SEKARANG SUDAH DIPERINGKAT MAHKAMAH RAYUAN.

KITA TINGGALKAN CASE ITU. BUT APA YANG SAYA NAK FOKUSKAN ADALAH, BERKENAAN AYAT AL-QURAN YANG SAYA MENTION DI ATAS. "JANGANLAH KITA MENGIKUT LANGKAH SYAITAN."SYAITAN AKAN CUBA MENYESATKAN KITA DARI SEGALA PENJURU.SYAITAN AKAN MENGAJAK KITA MELAKUKAN KEMAKSIATAN.BUKANKAH ALLAH BERFIRMAN :

SURAH AN-NUR :21

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah!) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .



THATS WHY KITA KENA TAMBAHKAN IBADAH & DEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH.

"IMAN BOLEH BERTAMBAH & BERKURANG "
IMAN AKAN BERTAMBAH DENGAN IBADAH & BERKURANG DENGAN MAKSIAT.

JADI ANTARA,PROTECTION YANG BOLEH DI AMALKAN SEBGAI SEORANG MUSLIM ADALAH, KITA MEMBACA "MATHURAT"  SELEPAS SUBUH  & SELEPAS ASAR.
"Dan sebutlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai." (surah al-A'raf: 205)


Antara kelebihan Ma'thurat adalah:
  • Terpelihara daripada gangguan syaitan daripada pagi hingga petang dan dari petang hingga pagi berikutnya.
  • Terpelihara daripada bahaya dan perkara-perkara yang tidak dingini.
  • Segera mendapat apa yang dicita-citanya.
  • Pahala seperti membaca sebahagian besar al-Quran.
  • Keperluannya dicukupkan oleh Allah.
  • Layak mendapat syafaat pada hari kiamat.

"SAMPAIKANLAH WALAUPUN 1 AYAT"

"JANGANLAH MELIHAT SIAPA YANG MENYAMPAIKAN,LIHAT MANFAAT YANG DIPEROLEH"

SEMOGA ALLAH REDHA.

Saturday 18 June 2011

KEYAKINAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

KITA YAKIN DENGAN RUKUN ISLAM & RUKUN IMAN.TETAPI,SEJAUH MANA KITA PRAKTIKKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.KITA YAKIN ALLAH ITU ADA,TETAPI KITA MASIH BERGANTUNG HARAP PADA MANUSIA? MENGHARAPKAN MANUSIA?

CONTOH MUDAH,KITA YAKIN ALLAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG, TETAPI KITA MASIH MENGANGGAP IBU-BAPA KITA SAHAJA YANG MENJAGA KITA DAN MELINDUNGI KITA.JIKA SUDAH BERKAHWIN,MENGANGGAP SUAMI KITA SEBAGAI PELINDUNG & PENJAGA KITA.SEJAUH MANA KEBERGANTUNGAN & KEYAKINAN KITA KEPADA ALLAH?? IYA, KITA TAHU BAHAWA ALLAH SEHARUSNYA DILETAKKAN SEBAGAI PRIORITI DALAM KEHIDUPAN.KEMUDIAN ,DIIKUTI RASUL.TETAPI, PERBUATAN KITA TIDAK MENGGAMBARKAN KEYAKINAN KITA.BUKANKAH ALLAH ITU SEBAIK-BAIK PELINDUNG ?

Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu). (SURAH AL-AHZAB :48).


MENGAPA SAYA KATA BEGITU.MISALNYA,JIKA SAKIT,KEMUDIAN SETELAH BERJUMPA DOKTOR,KITA SEMBUH KEMBALI.ADA ATAU TIDAK KITA FIKIRKAN YANG ALLAH YANG MENGHENDAKI KITA SEMBUH & WASILAHNYA (ASBAB) MELALUI DOKTOR.CONTOH LAIN,SEHARI-HARIAN,KITA MAKAN PAGI,TENGAHARI & MALAM.ADA ATAU TIDAK TERDETIK DALAM FIKIRAN KITA,YANG ALLAH KURNIAKAN REZEKI MELALUI ASBAB (WASILAH)PEKERJAAN.

SO,BAGAIMANA NAK TIMBULKAN KEYAKINAN YANG ALLAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG & PENGURUS DALAM KEHIDUPAN.

JUSTERU ITU,SAYA INGIN SHARING BAHAWA KEYAKINAN KITA KEPADA ALLAH AKAN BERTAMBAH,JIKA IBADAH KITA BERTAMBAH.INI ILMU YANG SAYA PEROLEHI KETIKA MENGHADIRI HALAQAH MUSLIMAH: PENYUCIAN JIWA DI MUSOLLA MAHALLAH RUQAYYAH.DISAMPAIKAN OLEH USTAZ MAT SALLEH (LECTURER UIA GOMBAK).

MAKA SAYA INGIN SHARING ,IBADAH YANG MUDAH YANG KITA BOLEH LAKUKAN.YANG KADANG-KADANG KITA TERLEPAS PANDANG.

KHUSUSNYA HARI  KHAMIS & MALAM JUMAAT, AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN.

1) SESIAPA YANG BACA SURAH AL-KAHFI, PADA MALAM JUMAAT,
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat” (HR. Ibnu Katsir)

Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu’an:
“Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya” (HR. Ibnu Katsir)

Jom pakat,ramai-ramai baca surah Al-kahfi.

KEMUDIAN,PADA HARI JUMAAT,AYUH BANYAKKAN SELAWAT.
HADITH : SESIAPA YANG BERSELAWAT 80X ,DIAMPUNKAN BAGINYA,DOSA 80  TAHUN.

"sampaikanlah walaupun satu ayat"
"janganlah melihat siapa yang menyampaikan,lihatlah manfaat yang diperoleh"

semoga ALLAH redha=)
  








Tuesday 14 June 2011

JOM MAIN TEKA-TEKI

Semalam, saya ada terbaca dalam satu blog berkenaan dengan teka- teki yang diberi Oleh Imam Ghazali kepada anak-anak muridnya. Saya tertarik untuk share dengan rakan-rakan pembaca. Semoga dapat manfaat. Cuba ye, try jawab teka-teki ni before lihat jawapannya. All the best =)


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Soalan pertama
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat



Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185.)



Soalan kedua
Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang



Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Soalan ketiga
Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi



Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .


“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)




Soalan Keempat
Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah



Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.’
 
Soalan kelima
Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun



Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaa lik.


Soalan keenam
Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang


Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


Think to ponder.

"SAMPAIKANLAH WALAUPUN SATU AYAT"


"JANGANLAH LIHAT SIAPA YANG MENYAMPAIKAN,LIHATLAH MANFAAT YANG DAPAT DIPEROLEH"


SEMOGA ALLAH REDHA.

Sunday 12 June 2011

LIFE AS LAW STUDENT

ASSALAMUALAIKUM...

SEDAR TIDAK SEDAR,SUDAH 2 BLN SAYA MENJALANI PRAKTIKAL DI SEBUAH FIRMA DI DIAMOND SQUARE, GOMBAK.ALHAMDULILAH,BANYAK YANG SAYA PELAJARI DI SINI.DARI KERJA SEORANG KERANI,TEA LADY (hehe),DESPATCH, CLEANER, PENYAMBUT TETAMU SEHINGGA SEBAGAI SEORANG PEGUAM.



MEMANG MENJADI KEWAJIPAN SEMUA PELAJAR UNDANG-UNDANG DI UIA PERLU MENGHABISKAN MASA 3 BULAN UNTUK MENJALANI LAW ATTACHMENT PROGRAMME (LAW)ATAU DIKENALI SEBAGAI PRAKTIKAL KETIKA BERADA DALAM TAHUN TIGA PENGAJIAN.



DI SINI,APA YANG SAYA INGIN KONGSIKAN ADALAH BAGAIMANA MAHU KITA MENGANGGAP SETIAP PERBUATAN YANG KITA LAKUKAN ADALAH "IBADAH".JUSTERU SETIAP PERKATAAN,PERBUATAN YANG KITA LAKUKAN DICATATKAN SEBAGAI PAHALA & DIKIRA SEBAGAI IBADAH.
MAKA SAYA INGIN MEMETIK KATA-KATA PENULIS BUKU ISLAMI TERKENAL "AMRU KHALID" DALAM BUKUNYA "TERAPI HATI" IAITU PERBAHARUI NIAT ANDA SETIAP   HARI.WALAUPUN,PEKERJAAN ITU SUDAH MENJADI RUTIN BAGI ANDA,TETAPI MULAKAN HARI YANG BAHARU DENGAN,"SETIAP APA YANG SAYA LAKUKAN HARI INI HANYA IKHLAS UNTUK MENCARI KEREDHAANMU.YA ALLAH,IKHLASKAN NIATKU HANYA KERANAMU.PERMUDAHKANLAH URUSAN AKU YA ALLAH.JUSTERU ITU,KITA AKAN MENJADI MANUSIA YANG BIJAK KERANA DAPAT KUTIP BANYAK PAHALA DALAM SETIAP KEADAAN DENGAN MEMBETULKAN NIAT KITA.

IN MY CASE ALSO, I SHOULD CORRECT MY INTENTION TO DO ALL WORKS  IN THAT FIRM FOR THE SAKE OF ALLAH.JADI UNTUK DAPAT PAHALA YANG PENUH @ BULAT , KITA TIDAK PERLU MERUNGUT IF WE HAVE TO DO EXTRA JOB BEYOND OUR SCOPE.BUT, PUT IN OUR MIND THAT ,WE WILL DO AS IKHLAS AS WE CAN FOR THE SAKE OF ALLAH.AYUH BERLUMBA-LUMBA MEMBUAT KEBAJIKAN WALAUPUN DENGAN PERKARA YANG KECIL.

BUT, THANKS TO ALLAH, I'VE LEARNED A LOT ABOUT THE REALITY OF LIFE IN THAT FIRM.I'VE LEARNED HOW TO CONTROL MY EMOTION & TO INTERACT WITH OTHERS WHO HAD DIFFERENT BACKGROUND.FOR INSTANCE,AT THE FIRST INSTANCE HONESTLY I ADMIT, I DID NOT KNOW HOW TO HANDLE TECHNICAL WORK.SUCH AS BINDING DOCUMENT.BUT AS TIMES GO ALONG,I MANAGE TO HANDLE IT.

THUS, APA YANG SAYA PELAJARI ADALAH KITA JANGAN LIMITKAN SCOPE.DONT SAY "NO" BEFORE YOU TRY IT FIRST.THEN,JANGAN MEMILIH GURU DALAM BELAJAR.ANDA BOLEH BELAJAR DARI SEORANG LAWYER SEHINGGA LA CLERK.JUST LOOK & TAKE THE POSITIVE THINGS FROM OTHERS.

SYUKUR ALHAMDULILAH, ALMOST 2 MONTHS IN THE FIRM , I GOT SOME KNOWLEDGE AS REGARD LITIGATION AND CONVEYANCING WORK.FOR INSTANCE,TO PREPARE LOAN DOCUMENTATION & MADE SALE &PURCHASE AGREEMENT .IN LITIGATION FIELD, SERVE SUMMONS TO CLIENT,MADE LETTER OF DEMAND AND JUDGMENT IN DEFAULT. IN OTHERS WORDS ALL THE "LAWYERING STUFF".HEHE.I ENJOYED TO THAT BECAUSE ONE OF MY PASSIONATE.

TAPI ,APA YANG SAYA NAK SHARE DI SINI ADALAH "BAGAIMANA KITA MAHU NEUTRALKAN PERBEZAAN ANTARA KITA". SUDAH PASTI DALAM KEHIDUPAN KITA AKAN ADA PERBEZAAN.BUT HOW TO RECONCILE IT.SO MY SUGGESTION IS ONLY LOOK &FOCUS THE "POSITIVE SIDE" ABOUT OTHERS.THUS, INDIRECTLY WE ARE CREATING POSITIVE ENVIRONMENT.AS A RESULT,WE COULD AVOID BACK -BITING (MENGUMPAT)  AND COMMIT SIN.

"SAMPAIKANLAH WALAUPUN SATU AYAT"

"JANGAN MELIHAT SIAPA YANG MENYAMPAIKAN, LIHATLAH MANFAAT YANG DAPAT DIPEROLEH".

SEMOGA ALLAH REDHA.
  

Wednesday 8 June 2011

Adakah saya seorang yang sombong ?

Syukur ke hadrat illahi, saya diberi kesempatan untuk mendengar rancangan  "ISLAM ITU INDAH" di IKIM FM ,radio pilihan anda. Rancangan itu ke udara setiap hari rabu, jam 9.10am. Tetamu jemputan untuk segmen itu adalah Prof. Dr. Muhaya. Untuk pengetahuan semua,beliau merupakan seorang pakar mata tetapi beliau mampu menjadikan aspek tugasnya sebagai DOKTOR  untuk medium dakwah & melihat kehidupan dari sisi yang berbeza.Jadi,siapa kita,apa pangkat kita,kita disuruh untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.Ayuh berpegang dengan hadis ini untuk kita buat investment for AKHIRAH.

"SAMPAIKALAH WALAUPUN SATU AYAT"

Saya sungguh tertarik dengan penyampaiannya yang menganggap bahawa  "LIFE IS ALL ABOUT OUR PERCEPTION". Bagaimana cara kita memandang kehidupan itu akan menentukan bagaimana kita menjalani kehidupan seharian.

Tajuk yang saya ingin kongsikan pada hari ini adalah berkenaan dengan "KESOMBONGAN".Cuba anda tanya pada diri anda.Adakah saya seorang yang sombong? Jika anda sudah berjaya mengenggam segulung ijazah dan  memandang rendah pada orang yang rendah tahap pendidikan dari diri anda. Anda merupakan orang yang sombong. Jika ada mempunyai pangkat yang tinggi dan tidak melayani orang bawahan anda dengan cara yang sepatutnya, yes you are arrogant type of person. Jika diberi harta kekayaan ,tetapi memandang hina orang miskin. Sudah terang lagi bersuluh, anda orang yang sombong. Jika anda dikurniakan ALLAH  wajah yang handsome atau cantik tetapi memandang rendah pada orang lain ,sudah pasti anda tergolong dalam golongan orang yang sombong. Semoga kita semua tidak tergolong dalam kategori di atas.

Sekarang, jom lihat ciri -ciri orang yang sombong, semoga kita dapat muhasabah diri kita balik. Pertama, orang yang tidak suka senyum kepada orang lain. Apabila melihat orang, dia hanya nampak kekurangan orang itu sahaja. Selain itu ,dia tidak suka sebarkan salam.Bukankah Rasullah s.a.w berpesan :

Hadis Abdullah bin Amru r.a:
Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Apakah sifat yang paling baik dalam Islam? Rasulullah s.a.w bersabda: Memberikan makanan serta memberi salam samada kepada orang yang engkau kenali atau pun tidak.

(Riwayat Muslim)

Saya menyeru kepada diri saya & semua sahabat pembaca, supaya jangan tinggalkan perkara yang amat mudah seperti memberi salam untuk kita kutip pahala dengan cara yang mudah. Bukankah Islam itu indah?Dengan memberi salam kita mampu menyambung silaturahim dan melenturkan kemarahan seseorang.
Mudahkan memberi salam, orang kaya,miskin,muda,tua, dan sesiapa sahaja boleh memberi salam.Cuma benda yang mudah ini,kita ambil enteng dan ringan.

Antara ciri -ciri orang yang sombong ialah dia suka merendah-rendahkan orang lain dan menolak kebenaran.Orang yang suka mengaibkan orang lain secara tidak langsung sebenarnya dia sedang menyembunyikan kelemahan diri dia.Sebenarnya,mereka yang mengharapkan penghargaan manusia ini merupakan orang yang "KASIHAN" kerana mereka perlukan  manusia untuk rasa dihargai. Bukankah, ALLAH berfirman :

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

Surah At-Taubah ayat 129.


Sebenarnya,sedar tidak sedar kita ini sering sombong dengan ALLAH.Jika ada masalah kita lebih suka mengadu kepada manusia daripada direct terus mengadu kepada ALLAH.(reminder 4 me also)
Bukankah manusia itu seperti kita juga insan yang lemah dan serba kekurangan. Mengapa kita terus mengadu kepada pencipta manusia iaitu ALLAH.


Orang yang sombong juga merupakan orang yang banyak alasan apabila diajak ke arah kebaikan.Misalnya,mereka ini tidak suka menghadiri majlis ilmu, tidak suka mendengar ceramah agama. Apabila diajak,mereka akan balas "SAYA SUDAH TAHU, OH...OH TAJUK CERAMAH ITU SAYA PERNAH DENGAR, OH..USTAZ TU.. DH BIASA DGR.. Lihat, betapa sombongnya kita, sudah berasa cukup dengan ilmu yang ada.

Jadi, saya pesan kepada diri saya," Jangan budget bagus" dengan apa yang kita ada kerana kita ini semuanya sama di sisi ALLAH, bezanya kita dengan orang lain adalah tahap ketaqwaan kita.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".
( Surah Al.Hujurat ; 13 )


Peringatan untuk diri ini dan sahabat pembaca, jauhkan diri  dari sifat sombong dan latih diri untuk bersifat rendah hati.Jangan kita mengikut jejak langkah iblis yang sombong sehingga dilaknat oleh ALLAH kerana tidak mahu sujud kepada Nabi Adam kerana wujud perasaan sombong dalam dirinya.

YA ALLAH, jauhkanlah kami dari sifat sombong dan kurniakanlah kami sifat rendah hati.=)



"SAMPAIKANLAH WALAUPUN SATU AYAT"

"JANGAN MELIHAT SIAPA YANG MENYAMPAIKAN ,TETAPI LIHAT APA MANFAAT YANG DAPAT DIKUTIP"

SEMOGA ALLAH REDHA =)

Tuesday 7 June 2011

Aku ingin menjadi seperti itu=)

Alhamdulilah, syukur ke hadrat illahi atas kesempatan untuk berkongsi. Memang radio IKIM FM ini menjadi santapan halwa telinga saya jika di bilik & dalam kereta kerana banyak input-input berguna yang dapat dikongsi bersama. Mungkin ada diantara kita sibuk dengan tugasan harian masing-masing, jadi dengan mendengar radio merupakan salah satu cara yang mudah & praktikal untuk duduk sekali di majlis ilmu.Kita boleh berada di bilik, tempat kerja,dalam kereta & restaurant untuk mendengar siaran radio yang bermanfaat.Pilihan di tangan kita.

 Jika di Kuala Lumpur, frekuensinya 91.5 FM. Tapi pada hari ini saya nak sharing berkenaan "TIPS-TIPS MEMILIH SAHABAT". Saya ada peluang mendengar Rancangan Tafakur Fi-Din yang keudara Setiap hari Selasa Jam 9.15pm .

Sudah 2 minggu, dibicarakan tajuk memilih sahabat yang dipetik dari KITAB BIDAYATUL HIDAYAH (PETUNJUK DALAM HADIAH) karya IMAM GHAZALI.
 Tapi pada hari ini, saya nak share tips-tips memilih sahabat dalam buku ini.Saya yakin ia amat berkaitan dengan kita untuk kejayaan dunia akhirat.Selain panduan kita bersama dalam mencari redhaNya.Peringatan buat diri saya juga & saya teringin menjadi seperti itu.

Imam Ghazali membahagikan kategori sahabat yang perlu dicari kepada 5 bahagian:

1) Orang Berakal
Saya tidak berpeluang mendengar ulasan tajuk ini kerana lambat buka radio.hehe.Tapi menurut kefahaman saya, golongan ini adalah orang yang dapat membezakan kebaikan & keburukan.Selain itu, tujuan hidupnya adalah untuk akhirat.

2) Orang yang Baik Akhlaknya 
Alhamdulilah, time ini saya sudah sempat mendengar ulasan penceramah.Beliau menerangkan wasiat Saidina Al Qamah kepada anaknya dalam memilih sahabat :

1) Apabila kamu berkhidmat, dia akan membalasnya.
bukan bermakna kita mengharapkan balasan apabila dibantu,tetapi dia menghargai kita.

2)Apabila bersahabat dengannya, akan tambah nilai dirimu.
In other words,bertambah kualiti diri kamu.Misalnya, ilmu kita akan bertambah kerana dia orang yang berilmu.Akhlak kita juga akan bertambah baik kerana begitu tinggi akhlaknya.

3) Apabila dia ditimpa kesusahan, dia turut menanggungnya.

4) Apabila kamu menolong,dia akan membalas dengan kebaikan.

5) Apabila dia melihat kebaikan dalam diri mu, dia menghargainya

6) Apabila dia nampak kejahatan dalam dirimu, dia menutup keaibanmu

7) Apabila kamu berkata,dia akan membenarkan jika benda baik.In other words, jujur dalam bersahabat.

8) Apabila engkau membuat sesuatu perkara (kebaikan),dia akan terus menolong mu.

9) Apabila berselisih pendapat, dia akan memuliakan mu dlm perkara kebaikan.

Saya juga ingin menjadi seperti itu. Tetapi terlalu jauhnya rasanya. Namun kita perlu berusaha.Kerana ALLAH melihat sejauh mana usaha kita untuk melakukakn perubahan ke arah kebaikan.


3. Orang Soleh

In other words ,orang yang tidak membuat maksiat. Hal ini kerana orang yang berterusan membuat maksiat, lama-kelamaan dia akan hilang kebencian terhadap maksiat.Perkara itu sudah menjadi kebiasaan baginya.

Contoh mudah adalah ghibah (mengumpat) .Perkara ini sudah menjadi kebiasaan bagi kita.Walhal ghibah ini seperti kita memakan bangkai saudara kita sendiri. (reminder 4 me also)

4) Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia
Hal ini kerana urusannya,semuanya untuk kepentingan dunia semata-mata.Tiada yang dibuat untuk tujuan akhirat.Misalnya,hartanya dihabiskan utk keperluan duniawinya tanpa diinfakkan utk akhirat.


5) Jangan bersahabat dengan orang yang suka berbohong.
Ini merupakan satu kategori orang munafik.Segala perkataan & perbuatannya adalah dusta belaka.

Imam Ghazali mengkasifikasikan manusia kepada 3 jenis :

1) Makanan asasi =tanpanya kita tidak boleh hidup.
Maknanya, saudaramu untuk akhirat.

2) Ubat =kita perlukannya untuk masa-masa tertentu.
Contohnya ia diperlukan untuk urusan muamalat (seharian).

3) Penyakit = perlu dihindari.
Hal ini kerana sahabat seperti ini suka membuat fitnah.Namun, kita boleh mengambil teladan supaya tidak tergolong dalam kategori ini.

Ini sahaja ringkasan yang dapat saya kongsikan.For me, untuk mencari sahabat seperti yang disebut oleh Imam Ghazali, kita sendiri perlu berusaha berubah untuk menjadi lebih baik.Ayuh sama-sama kita cari, gali & kenalpasti MAKANAN ASASI KITA & UBAT.Hindarkan dari penyakit.


"Sampaikanlah walaupun 1 ayat ".

"Jangan melihat siapa yang menyampaikan,lihatlah apa manfaat yang dapat dikutip".

semoga ALLAH redha.

Monday 6 June 2011

Sedih ? Rasa kekurangan ?Banyak Ujian & Masalah

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulilah, dengan izin ALLAH, saya berkesempatan menghadiri satu tazkirah berkenaan "Siapakah Aku" di musolla engin, uia gombak.Penyampaian yang diberikan oleh kak sarimah amat menyentuh perasaan.Mengingatkan kembali tujuan kita dicipta di muka bumi. Tapi,di sini saya ingin berkongsi video yang menyentak kalbu & meruntun sanubari. Moga,anda semua dapat manfaat dari video ini.

Meskipun, hujung minggu ini masa dihabiskan bersama keluarga yang berkunjung di Banting untuk melawat adik yang berada di Matrikulasi.Kemudian ,kami bergerak ke Putrajaya melawat tok wan yang tinggal di rumah Mak teh sempena musim cuti sekolah. Sedih melihat raut wajah tok wan yang baru kehilangan  isteri 2 bln yang lalu.
Betapa ,saya menghargai nikmat IBU BAPA yang ALLAH  kurniakan kepada saya.

Syukur ke hadrat illahi ,atas nikmat yang ALLAH kurniakan untuk bersama keluarga. Betapa,kita ini sebagai manusia sering lupa nikmat yang diberikan oleh sehinggalah ALLAH tarik balik nikmat itu dari kita.
Mungkin kerana kita berasa selesa dengan "kebiasaan diberi nikmat". Cuba bayangkan kalo ALLAH tarik balik  nikmat itu barulah kita tersedar dari lena betapa besarnya anugerah itu. Sedar atau tidak betapa banyak nikmat yang ALLAH kurniakan yang tidak pernah kita syukuri.

Cuba perhatikan diri anda sendiri . Betapa sempurna ciptaan Allah itu. Anda mempunyai raut wajah yang sempurna. Tapi anda mengeluh dengan sebiji jerawat yang ada. Anda mempunyai hidung tetapi mengeluh mengapa tidak mancung seperti orang lain. Anda mempunyai dua mata untuk melihat,tetapi masih juga mengeluh mengapa tidak berbentuk hazel atau berwarna biru seperti orang putih.Anda mempunyai sepasang kaki tapi masih mengeluh mengapa anda rendah dan tidak tinggi seperti orang lain.

Anda masih mempunyai ibu-bapa tetapi mengeluh kerana ibu-bapa anda tidak "alim, atau kaya " seperti orang lain.Anda seringkali membanding-bandingkannya dengan orang lain. 

Ayat Al-Quran dalam Surah Ar-Rahman:"MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN"?

Betapa kita ini manusia banyak mengeluh & merungut daripada mensyukuri.Cuba lihat betapa banyak nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita. Ayuh,sekarang ubah cara kita berfikir. Cuba mensyukuri dengan nikmat yang ada  dan cuba lihat orang yang berada di bawah kita dari semua aspek untuk kenal erti betapa "BERTUAHNYA ANDA"
dengan nikmat yang ALLAH kurniakan.


Saya menyeru diri saya & rakan-rakan supaya mensyukuri nikmat yang diberikan walaupun sekecil zarah.Ayuh, hayati video ini.Semoga kita beroleh manfaat.




"sampaikanlah walaupun 1 ayat"


" Janganlah melihat siapa yang menyampaikan, lihatlah apa yang disampaikan."


Semoga ALLAH redha




Friday 3 June 2011

IKHLAS, KUNCI DITERIMA IBADAH

Alhamdulilah, dengan izinnya, saya dpt berkongsi sedikit bahan bacaan dengan para pembaca.Saya berkesempatan membeli beberapa buah buku di Bandung ,Indonesia ketika berkunjung ke sana bulan April lepas bersama rakan-rakan.Memang harga buku lebih murah di sana.Dengan harga 40 ribu rupiah,kita sudah dapat satu buku yang bermutu.40 ribu rupiah bersamaan =lebih kurang RM 16.Bayangkan dengan 100 ribu rupiah kita bisa membeli 3 buah buku yang bermutu tinggi.
Jadi saya tidak melepaskan peluang membeli beberapa buah buku di Palangsari, Bandung.


Saya mula tertarik membaca buku karya AMRU KHALID  kerana bahasanya yang menyentuh jiwa &dekat di hati. Jadi di sini saya ingin berkongsi satu buku yang saya rasa amat relevan dengan kehidupan kita di muka bumi ini.Tidak kira tugas kita sebagai seorang pelajar, anak, pekerja, ibu-bapa dan seorang khalifah di muka bumi.


Buku ini saya ingin kongsikan iaitu "MENUJU JALAN KE SYURGA" by  AMRU KHALID.
Tapi di kesempatan ini saya ingin fokuskan satu topik yang amat kena dengan kita semua iaitu IKHLAS. Saya rasa setiap orang perlu diingatkan "TUJUAN" setiap perkara itu dilakukan.
 Ikhlas : hendaknya menjadikan ucapan, kehidupan, kematian, berdiam diri , beraktiviti ,saat sendiri, saat di tempat keramaian dan semua yang anda kerjakan di dunia dengan satu tujuan iaitu mencari keredhaan ALLAH.Kerana itulah,hal ini menjadi sesuatu yang amat penting untuk difikirkan.
Selain itu ,ia boleh diertikan bahawa IKHLAS adalah tidak adanya keinginan untuk dilihat,disanjung dan di puja saat melaksanakan sesuatu.Anda tidak risau jika tiada seorang pun melihat aktiviti yang anda lakukan kerana apa yang anda harapkan adalah penilaian ALLAH semata-mata.In other words, anda tidak memerlukan sanjungan dan pujian orang ketika melakukan kebaikan.


Kerana bagi anda "dan cukuplah ALLAH  sebagai saksi" (Al-Fath (48):28).


Mungkin satu persoalan timbul di fikiran kita,adakah soal perlunya berbuat ikhlas ini hanya melibatkan urusan IBADAH  semata-mata, bagaimana pula dengan rutin harian kita.Apakah dasarnya?Dasarnya adalah firman ALLAH s.w.t.


"katakanlah sesungguhnya solatku,ibdahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH,tuhan semesta alam,Tiada sekutu baginNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang pertama-pertama menyerahkan diri (kepada ALLAH). (Al-An'am(6) :162-163).

Darjat Keikhlasan yang Paling Utama adalah ikhlas dalam niat 

Sesungguhnya yang menjadi pintu masuk keikhlasan adalah niat.Kerana itu, jika anda ingin mengetahui sejauh mana keikhlasan anda ,lihat dan tinjau ulang niat yang terpendam dalam hati anda.
Hal ini bersesuaian dengan Hadith 40 Imam Nawawi : "Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung niat dan segala perbuatan akan terwujud sesuai dengan yang diniatkan" .


Para  ulama berkata, "Berapa banyak amal perbuatan yang kecil dan remeh,tapi mempunyai nilai yang amat besar kerana niatnya."


Kembali pada hadith Rasulullah ," Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung niat dan segala sesuatu akan bernilai sesuai dengan yang diniatkan.Siapa yang hijrahnya kepada ALLAH  dan rasulNya, maka hijrahnya akan tertuju kepada ALLAH dan rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya,pada dunia yang akan didapatkannya, ataupun wanita yang akan dinikahinya, maka hijrahnya sesuai dengan niat ia berhijrah."

Sekarang saya akan bahagikan niat dengan 3 jenis :
1) Menanamkan Niat untuk Menjalankan Ketaatan kepada ALLAH s.w.t.

Jangan pernah anda melangkahkan kaki anda ke mana pun jua tanpa disertai dengan niat.Saat anda akan keluar rumah & melangkahkan kaki anda utk belajar , tanamkan niat dalam hati terlebih dalu.Begitu juga pada saat anda akan pergi ke Masjid utk solat.

Saudariku, jika kita mengenakan jilbab utk menutup aurat di pagi hari,anda perlu betulkan niat anda utk menutup aurat.Kita mesti bertanya kenapa aku mengambil keputusan utk mengenakan jilbab? Semua ini perlu anda dilakukan sehingga tertanam keinginan yang kuat dlm diri anda utk melakukannya dengan disertai dengan keikhlasan. 
  


2) Menanamkan niat saat melakukan aktiviti yang sudah menjadi rutin harian


 Hadith berkenaan dengan niat sudah berapa kali didengari di halwa telinga .saya yakin anda juga seperti saya sudah kerapkali mendengarnya.Tapi sejauh mana ia memberi kesan kepada kita.Cuba fikir-fikirkan.Namun,saya jarang praktikkannya. Tapi, bila difikir-fikirkan balik,betapa ruginya saya belajar, menuntut ilmu atau membuat kerja harian tanpa menata NIAT yang jelas.Hanya mendapat habuan dunia semata-mata.Jadi ,ayuh jom kejar pahala dengan membetulkan niat kita untuk cari KEREDHAAN ALLAH semata-mata.

Di mana keikhlasan anda saat sedang belajar...begitu byk waktu anda habiskan tapi tidak kerana ALLAH  swt...terus, apakah kehidupan anda seperti ini memilik manfaat? Lantas bagaimana kita mesti ikhlas dlm belajar.

Firstly, kita harus menetapkan niat kerana pertama kali yg menjadi tolak keikhlasan adalah niat.Jadi,apa yg harus dilakukan ? Kenapa aku belajar? Aku belajar kerana tidak sepatutnya bagi orang beriman gagal dalam ujian. Aku belajar kerana aku menganggap bahawa sudah cukup kaum kafir memimpin dunia dan sudah sampai saatnya umat Islam memimpin dunia.Aku belajar dengan tekun agar aku dapat menempati posisi di tengah-tengah masyarakat .Dengan demikian, aku dapat mengajak mereka kembali kepada aturan ALLAH  swt.Dengan ada niatnya seperti ini, setiap gores pena di buku akan bernilai dan berpahala.

Betapa indahnya,Islam itu kan sahabat, dengan niat yang baik ,rutin harian yang kita lakukan dapat dikira sebagai ibadah.Anda belajar,bekerja, dan pada masa yang sama anda mendapat PAHALA. Mungkin dengan ada niat seperti ini, semangat untuk belajar juga semakin meningkat.


Contoh mudah dalam rutin harian kita.Saat anda mengenakan baju.Apa niat anda saat mengenakan baju? Aku ingin mengenakan baju yang bagus. Mengapa?Supaya teman-teman memandang hormat kepadaku dan memuji , "cantiknya, baju awak". Dengan niat seperti ini anda tidak akan mendapatkan pahala kerana ANDA TIDAK IKHLAS.


Lantas,bgmn kita harus berniat? Saat anda mengenakan pakaian ,tanamkan niat dalam diri ANDA bahawa dengan mengenakan pakaian ini ,aku ingin menjadi teladan bagi org lain dan mengajak mereka memenuhi panggilan ALLAH swt. Tiada masalah jika anda ingin mengenakan baju yang indah & bagus asal sahaja dalam sesuai dengan syariat disertai dengan niat utk menjalankan ketaatan kepada ALLAH. Kesannya, baju yg anda kenakan menjadi ibadah bagi anda dan layak mendapat pahala dari ALLAH swt. (reminder 4 me also).


Di antara mereka yang membaca tulisan ini, ada yang mendapatkan balasan satu kebajikan.Ada yang mendapatkan sepuluh kebajikan, ada yang medapatkan tujuh ratus kebajikan dan ada pula yang mendapatkan lebih. Mungkin juga orang yang membaca tulisan ini mendapat balasan yang lebih berbanding penulis nya.Mahasuci, Engkau, Ya ALLAH ! Siapa yang mengetahui nilai balasan dari-Nya? Hanya ALLAH  semata-mata kerana keikhlasan merupakan rahsia ALLAH.


"Sampaikanlah walaupun Satu ayat"
"Janganlah melihat siapa yang menyampaikan ilmu, lihatlah apa manfaat yang dapat kita kutip".


semoga ALLAH redha =).


smbgn...